Showing posts with label Tarbiah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiah. Show all posts

Sunday, November 28, 2010

Kuatkah aku?


Sedang saya leka membuat kerja di depan komputer, tiba-tiba " enal, jom pergi masjid, kita duduk mesjid sampai insyak" ajak emak yang kelihatan sedikit penat selepas sehari bekerja. "mak macam penat aje, kalau mak penat harini kite berehat aje" saya kasihan melihat emak yang nampak letih hari ini. " tak ape, kalau mak penat mak tido kat mesjid aje" begitu lah hati emak yang tidak mengenal erti penat. " ok lah, nti enal bersiap". sebenarnya saya agak sedikit malas hari ini untuk ke masjid memndangkan ad kerja yang saya belum selesaikan, tapi tidak gamak saya nak kecilkn hati seorng ibu. saya bergegas kerana jam menunjukkan pukul 6.30ptg dan kebiasaannya waktu magrib pada pukul 7.00 malam. fikir saya "emm nak buat ap eh lepas magrib..emm"

selepas smbahyang maghrib, saya bercadang untuk membaca Quran dan menyemak semula hafalan. oh, rupa-rupanya hari ini ada program ceramah di masjid. mmg ceramah di masjid BBU adalah salah satu acara yang saya minati. tanpa belengah saya mngambil tempat di satu sudut dan memang telinga.

ustaz memulakan ceramah dengan bacaan doa. hari ini ceramah bertajuk "mukmin yang kuat" jika saya tidak silap. seperti mana kita lihat muslim itu ramai dan terdapat di serata dunia, tetapi bila melihat pada kekuatan, apa yang kita lihat, tidak dapat dinafikan Kekuatan islam itu masih pada tahap yg lemah. oleh itu sama-sama lah kita hayati bertapa pentingnya kita sebagai muslim untuk menjadi kuat dan bermaruah. bercakap tentang kuat, ada satu pepatah dari China berbunyi " jika hendak mendapat hasil yang cepat, tanam lah pokok, tetapi jika hendak hasil yang berpanjangan tanamlah orng" orang? maksudnya di sini tanamlah jiwa pada seseorng nescaya orang tersebut akan berbakti sehingga akhir hayatnya. Itulah konsep yang diterapkan ketiga zaman permulaan Islam, tauhid atau ilmu ketuhaan itu lebih banyak diterapkan untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH SWT. walau ketika itu islam itu sedikit pada zahirnya, tetapi, mereka kuat sehingga mendatangkan ketakutan pada Kumpulan Qurais pada  waktu itu.

mengikut ustaz, terdapat enam ciri yang terdapat pada seorng mukmin yng kuat. dan setiap enam ciri, terdapat enam pecahan. untuk ceramah ustaz kali ini, dia hanya membincangkan tentang ciri yang pertama iaitu taqwa. apa itu taqwa? ketaqwaan itu adalah bagaimana kita mnghadirkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan amalan ibadah dengan ikhlas dan meninggalkan kemungkaran. sesetengah orng mempunyai pandangn yang berbeza tentang ketaqwaan sehinga ada segelintir orng berkata, " ustaz tgok saja saya macam ni tapi sebenarnya dalam hati saya, saya betaqwa kepada Allah, hanya saya sahaja tahu". ya, memang betul ketaqwaan berada dalam hati seseorng tetapi, kita boleh lihat tahap ketaqwaan seseorng melalui perbuatan dan gerak geri seseorng. apakah seseorng yang berbuat kemungkaran, seperti mncuri atau merompak boleh dikatakan bertaqwa?. begitulah keadaan zahir seseorng, dimana perbuatan seseorng itu juga boleh melambangkan ketaqwaan seseorng.

mengikut kitab yang dibaca oleh ustaz, ketaqwaan boleh dipecahkan kepada enam iaitu, hubugan dengan Tuhan, Hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan kaum kerabat, hubungan dengan jiran, dan yang lagi dua saya tidak berapa ingat. saya akan menyemak semula ciri tersebut dan akan mengulangnya pada post akan datang, insyallah. ustaz tidak menekankan kepada tajuk hubungan Allah swt pada malam smlm, tetapi apa yang sangat ditekankan ialah hubungan dengan ibubapa. saya penah mendengar ceramah ustz shamsuri yang menjelaskan tentang salah satu tanda hari kiamat ialah semakin ramai anak yang menderhakai ibu bapa samaada secara langsung atau tidak langsung. kadang-kadang faktor luar juga mempengaruhi anak-anak zaman sekarang terutamanya rancangan-rancangan dari tv yang kurang memaparkan cerita tentang keagamaan dan keinsafan, kebanyakan nya sekarang adalah cerita tentang perbalahan, serta cerita hantu. berapa banyak la jenis hantu yang dipaparkan, dari jangn padang belakng, sampailah jgn pandang belakang congkak. apalah nak jadi dengan orng-orng yang membuat cerita ini, begitu susah cerita-cerita seperti ini dibenteras oleh para ulama suatu ketika itu, tapi kini mula dihidupkan semula. apabila ditegur merka berkata " ustaz memang kerjanya bercakap, kalau xckap die xd keje, kami hanya bwat cerita untuk dapat rezki halal". mmg mereka akan mmpertahankan cerita sebegitu, kenapa? kerana sambutan masyarkt yng tinggi untuk cerita sebegitu. apa kesannya? ramai orng dalam masyarakt akan lebih takutkan hantu dari takutkan Allah, salah siapa? maka jawablah dihadapan Allah swt di akhirat nanti.

 mengikut hadis nabi muhammad saw, riwayat al-Tarmizi di dalam sunannya, baginda bersabda " Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. maka bertapa pentingnya menjaga hati ibu dan bapa. Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat redha dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu." mungkin akan ada orng berkata, kalau satu pintu tertutup, mungkin masih ada lagi ada lagi satu pintu. anggapan ini adalah salah sama sekali, kedua-dua pintu tesebut adalah mewakili keredhaan Allah. jika satu sahaja pintu terbuka maka tidak sempurnalah keredhaanNYA..wallahualam.

ustaz turut bercerita tentang pengalamnnya berbual dengan seorng hamba Allah yang bermasalah dengan bapanya. "ustaz, saya xpuas hati dengan ayah saya, kedekut nak bagi duit, saya masih belajar dan mmpunyai pasangan" baru lah tahu bahawa pemuda itu lebih mementingkn pasangannya dari ayahnya. bagi kes pemuda ini ustaz tidak terus mengeluarkn hadis dan nas-nas tetapi menggunakan jawapan yng mudah untuk difikirkan. " emm..berapa lama awak kenal dengan pasangan awak? buleh saya tahu" "sudah dua tahun, saya sangat sayangkannya, kami dh bercadang untuk brkahwin" "macam mane dengan ayah awak? dah berapa lama awak kenal?" pemuda tersebut sedikit bigung "emm..mestila semenjak dari lahir ustz" " berapa umur awak sekarang?" "23" "kiranya awak dah kenal dengan ayah awak sudah 23 tahun, ok la, kita tolak dengan umur akil baligh 13 tahun, lebih kurang 20 tahun awak sudah kenal dengan ayah awak, campur tolak duduk asrama dan lain kira-kira lebih 10 tahun. awak rase yang manakah lebih penting antara 2tahun dan 10tahun." pemuda itu diam " begini lah, fikirlah ketika awak kecil, siapkah yang mnjaga awak, makan minum awak, ayah awak sentiasa jaga awak, kalau buleh sedikit pun tak mahu awak tercalar" "ya Allah ustaz, kenapa saya jahil sangat, kenapa saya tidak terfikir begitu sebelum ini, ustaz terima kasih banyak-banyak, barulah saya sedar yg saya bersalah" berkata pemuda itu dengan nada yang sangat sayu. setelah berterima kasih, pemuda itu meletakkan ganggangn talifon. ustaz itu berkata, "bagaimana orang lain yg sama seperti pemuda td? bagaimana jika mereka tidak diberi peringatan?".beginilah sedikit gambaran generasi sekarang, mereka kadang kala tidak tahu membezakan antara yang hak dan batil. begitu lah keadaan yang dikatakan seperti iman setebal kulit bawang. inilah tugas kita, kepada yang mengetahui, tegurlah sekiranya anda melihat manusia yng membuat silap.

cermah ustaz tidak berhenti disitu sahaja tetapi disebabkan sy kurang bersedia untuk mndengar cermah smlm, saya hanya menyampaikan apa yang terlintas difikiran sahaja. minta maaf. insyallah saya akan lebih bersedia untuk mnerima ilmu pada masa akan datang.

selepas tamat ceramah, tiba-tiba terfikir pula, bagaimanakah hubungan saya dengan ibu dan ayah, adakah selama ini cukup kasih saya dan berapa bnyakkah kalikah mereka terluka kerana saya? ya Allah, sesungguhnya hambaMU ini mengharap petunjuk dariMU untuk menjadi anak yang soleh dan anak yg banyak berbakti kepada orang tuanya. berbalik semula kepada ciri-ciri mukmin yang kuat, perbincangan kali ini hanya pada ciri pertama pada pecahan yang kedua, tetapi tetap diri ini terase belum dpat lagi memenuhi hubungan dengan ibubapa, saya mula ragu dan tertanya "kuatkah aku?" emmm...

Saturday, March 20, 2010

Di manakah "ia" bermula?

Tangan ini sebenarnya sudah lame gatal hendak menulis, hati ini sudah lama meraung hendak meluahkan kata-kata, tetapi apakan daya tiada lagi kekuatan untuk menulis sehinggalah saat ini. sudah dekat sebulan blog ni mendiamkan diri, banyak perkara yang ingin diperkatakan banyak kejadian perlu disampaikan, semuanya adalah datang dari petunjuk yang maha ESA.dan sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hamba-hambaNYA terkapai-kapai berseorangan di Dunia yang penuh onak dan duri. sekali tersalah jalan maka tercariklah dengan seribu duri. tetapi duri-duri ini sentiasa dilitupi dengan bunga-bunga yang sentiasa memikat sesiapa yang lemah dan terleka dari mengingati Allah. kesan carikan itu mungkin tidak dirasai didunia tetapi masanya akan tiba diakhirat. sentiasalah bertaubat selagi pintu taubat itu masih terbuka.

" Ya Allah bertapa hati ini lemah dengan ujian MU, Bertapa hati sedih dan duka tanpa keadiran MU, Ya Allah dengarlah rintihan HambamU yang hina ini, sesungguhnya aku mendambarkan keampunan dari sifat belas kasihanMu Ya allah, Sesungguhnya hidup ku ini hanyalah sepenuhnya dari Rahmat Mu Ya Allah, sekiranya engkau meninggalkan aku, Apakah daya ku untuk hidup beseorangan di dunia ini. Ya Allah, kasihanilah daku..ampunilah daku..sesungguhnya hambamu ini hanya mampu berdoa memohon belas dariMU Ya Allah Ya rabbal A'lami..."

apakah anda rasa selepas anda baca ayat di atas? sebenarnya kita sendiri yang dapat menentukan bertapa hati ini dekat pada Allah. bagi mereka yang mempunyai hati yang sentiasa mngingati Allah dan cinta sepenuhnya kepada Allah, mereka akan berasa sedih dan selalu menangis apabila menyentuh soal ketuhanan dan kebesaran Allah. hati mereka sangat sensitif pada setiap apa yang berlaku disekeliling mereka. mereka selalu mencari tanda-tanda kebesaran Allah untuk menambah iman di hati dan inilah sebenarnya rahsia keimanan yang telah diterapkan di dalam hati para sahabat nabi yang telah dilatih sejak awal pergerakan islam di Mekah.

Rasullullah melatih sahabatnya bukan bermula dari perlakuan tetapi segalanya bermula dengan hati iaitu punca segala amalan. Pada awal permulaan pergerakan islam, sahabat-sahabat Nabi SAW berkumpul di rumah Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam(Dar al-Arqam) bagi membesarkan Allah dan membersihkan hati sehinggalah hati-hati mereka cinta sepenuhnya kepada Allah dan tiada cinta dunia. dan dari situlah lahirnya, sahabat seperti Abu Bakar assiddiq, Umar Alkhattab, Uthman Alaffan dan Ali karamulwajhah. Dan perkara ini diteruskan pada zaman selepas Nabi dan lahirlah salahuddin Al Ayubi, Muhamad Al fateh juga lahirlah Hassan Al Banna dan ramai lagi. Mereka semua ini bermula dengan hati, dan diteruskan dengan perbuatan.

apabila hati telah terpaut pada cinta Allah, di situlah datangnya keikhlasan dalam membuat ibadah. Dan mereka ini tidak pernah rasa terpaksa dalam menunaikan perintah Allah malah keinginan untuk membuat ibadah itu sentiasa ada dalam hati. waima ketika menyedut udara sekalipun mereka akan menjadikan ia sebagai satu ibadah. Ya Allah, bertapa beruntungnya pada sesiapa yang mempunyai hati yang kasih kepada-MU, kurniakan lah hati itu pada kami ya Allah, sesungguhnya kami tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang rugi...

saya ingin membuat sedikit perbandingan dengan hati yang tidak dilatih dan diterapkan rasa iman. bagi golongan ini, hati mereka akan terasa berat untuk melakukan ibadah, walaupun dalam perkara yang kecil. selalunya mereka lebih cenderung kepada nafsu Ammarah yang cenderung untuk melakukan dosa walaupun sekecil-kecil dosa sehingga seberat-berat dosa seperti dalam bab menutup aurat, tidak memakai tudung atau memakai seluar pendek. iman mereka tidak mampu melawan kuasa nafsu yang menguasai hati dan sedikitpun mereka tidak berasa malu dan berdosa kepada Allah. maka bertaubatlah bagi sesiapa yang telah terlanjur melakukan dosa, ingatlah pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang ingin bertaubat. Ya Allah, jauhkan kami dari golongan ini, sesungguhnya engkau telah memberi iman didalam hati kami, dan janganlah engkau memesongkan hati kami, nescaya jika terpesong hati kami, jadilah kami dari golongan yang rugi, Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung dibawah arasy MU, Sesungguhnya Engkau Maha pengasih lagi maha penyayang kepada hamba yang selalu memngingati MU...

keimanan itu sebenarnya tidak sempurna apabila tidak diiringi dengan ilmu. kedua-duanya(iman dan ilmu) perlu seimbang dan bergerak sama. sebab itulah surah yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah surah "Iqraq" yang membawa erti "bacalah". Surah ini menunjukan betapa pentingnya bagi seorang muslim itu mencari ilmu untuk mencapai keredaan Allah. dengan ilmu itu, datanglah keimanan, kerana apabila seseorang itu mempunyai ilmu dia akan dapat membongkar segala keajaiban dan kebesaran Allah. dengan itu bertambahlah imannya. seseorang itu akan mudah tertipu dengan syaitan apabila salah satu dari keduanya tidak seimbang.

orang yang mempunyai iman yang tinggi dengan ibadah tetapi kurang ilmunya akan mudah ditipu dengan syaitan. Mari kita sama-sama selami cerita ini, pada masa dahulu terdapat seorang alim yang kuat beribadah siang dan malam. pada suatu hari, datanglah syaitan yang menyerupai manusia untuk menguji bertapa kuatnya keteguhan imannya kepada Allah SWT. lelaki ini datang dengan bertujuan untuk menumpang tidur di rumah orang alim tersebut, syaitan memulakan rancangannya dengan berpura-pura beribadah dengan berpuasa tanpa berbuka , berzikir , dan bersolat sehingga tidak tidur sehari semalam. orang alim itu berasa hairan dan begitu takjub kepada apa yang dilakukan oleh pemuda itu, lalu dia bertanya "wahai pemuda, apakah rahsia mu sehingga engkau dapat beribadah tanpa henti". Syaitan dengan gembiranya menjawab " wahai orang alim, aku dahulunya seorang peminum arak, pejudi, penzina dan pembunuh, maka jika engkau ingin menjadi sepertiku, pilihlah mana-mana sekalipun kesalahan dan bertaubatlah dan engkau akan dapat apa yang aku dapat sekarang". disebabkan orang alim itu menaruh kepercayaan yang tinggi tanpa memikirkan akibat, dia segera ke kedai menjual arak lalu meminum arak, dalam keadaan mabuk dia mula bermain judi. keadaan menjadi teruk apabila dia melakukan zina dan seterusnya membunuh orang untuk menyembunyikan perbuatannya. orang alim tersebut ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati, dengan perasaan takut tiba-tiba datanglah syaitan tadi, "wahai pemuda apakah aku patut lakukan", syaitan menjawab, "tunduk lah kepadaku", lalu orang Alim itu tunduk dan dengan serta merta mati dalam keadaan kafir. nauzubillah...


sama juga ceritanya bagi seseorang yang mempunyai banyak ilmu tetapi tidak mempunyai iman yang sempurna. ini berlaku ketika zaman nabi musa a.s, ketika seorang pemuda yang bernama Qarun meminta nabi Musa a.s untuk berdoa kepada Allah supaya dia dikurniakan kekayaan. selepas nabi Musa a.s berdoa, maka selepas beberapa lama, Qarun pun menjadi kaya, ada yang mengatakan Qarun mempunyai kelebihan dan kebijaksanaan untuk menukarkan besi kepada emas. dengan kekayaan dan kebijaksanaan yang telah dikurniakan, dia menjadi sombong dan mula melupakan Allah dan rasulnya sehingga pada suatu hari, Allah SWT telah menghukum Qarun dengan memerintahkan Bumi untuk menelan Qarun serta harta-hartanya. ternyata dari cerita ini dapatlah kita mengambil iktibar kerana pada kebiasaannya orang yang memiliki ilmu yang tinggi akan disanjung oleh orang sekeliling dan akan melemahkan iman , maka sebab itulah keseimbangan ilmu dan iman itu perlu ada dalam diri setiap insan yang bernama muslim. seperti imam mazhab (imam Malik, Imam syafie, Imam hanbali dan Imam Hanafi), walaupun mereka mempunyai ilmu yang tersangat tinggi sehingga pemikiran dan ijtihad yang dikeluarkan oleh mereka menjadi mazhab dan ikutan, mereka tidak pernah meninggi diri, malah dengan ilmu yang ada, mereka menjadi lebih tunduk dan cinta kepada Allah SWT. inilah contoh yang terbaik bagi bagaimana ilmu dan iman itu mancapai kesempurnaan.

kemungkinan contoh di atas adalah contoh yang susah untuk diterima, kerana sesetengah orang akan mempertikaikan taraf diantara imam dan orang biasa. ya, mungkin benar, tetapi tidak, kerana setiap orang itu diciptakan dengan keadaan yang sama. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya dengan meletakkan taraf atau kasta bagi kehidupan seseorang. tetapi apa yang membezakan kita ialah keimanan yang berpandukan ilmu. kita sendiri mempunyai hak samaada untuk meningkatkan iman sehingga mencapai keredaan Allah SWT atau merendahkan iman sehingga menjadi seorang yang hina disisi Allah SWT. sesunggguhnya Allah SWT telah memberi nikmat terbesar kepada manusia iaitu nikmat "kebebasan memilih". oleh itu, pilihlah cinta Allah SWT sesungguhnya janji kejayaan bukan setakat di dunia malah berpanjangan di Akhirat,insyallah, ingatlah sesungguhnya beruntung bagi orang yang mengetahui...

salah satu faktor kejayaan di Dunia dan akhirat ialah apabila kita mengetahui konsep Qada' dan Qadar. Mugkin bunyinya mudah tetapi hakikatnya tidak ramai yang betul-betul memahami konsepnya yang sebenar dan mungkin apa yang saya ingin sampaikan ini hanyalah sedikit dari maksudnya yang sebenar. kehidupan ini sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu bahagian yang dapat kita kawal dan bahagian yang hanya ditentukan oleh Allah. Jika kita faham maksud sebenar Qada dan Qadar, maka perkataan "putus asa" tidak akan pernah timbul dalam kamus hidup kita. Ayat ini mungkin biasa kita dengar "berusaha dan bertawakal", tetapi apakah maksud "berusaha" itu sendiri, dalam Al quran telah menyebut

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” (Surah Ar-Ra’d ayat 11)

dari ayat di atas dapat kita lihat bahawa memang kehidupan ini memerlukan kita untuk berusaha bagi mencapai matlamat kehidupan iaitu untuk mendapatkan keredaan Allah. Tetapi, selalunya kita hilang kawalan apabila segala usaha kita dipatahkan dengan kejadian-kejadian yang tidak diigini. ya, perkara ini sering kali berlaku pada setiap insan. inilah yang dikatakan dengan bahagian yang hanya ditentukan oleh Allah SWT yang saya sebutkan sebentar tadi iaitu bahagian yang tidak sedikitpun dapat dikawal oleh manusia. Apabila berlaku sebegini, perlulah kita memperkuatkan tawakal dan berputus asa akan membawa lagi kita kepada benih-benih kekufuran. seperti firman Allah


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (Al-Ankabut 29:1-3)

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku itu adalah dari ujian Allah SWT dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui apakah perkara yang terbaik untuk hambanya. Segala yang terjadi adalah pelindungan Allah SWT kepada hambaNYA. kemungkinan apa yang kita ingini itu sebenarnya ada tersimpan keburukan yang kita sendiri tidak tahu. jalan terbaik ialah bersangka baiklah kepada Allah SWT kerana Allah SWT tidak pernah melakukan kezaliman kepada hamba-hambanya tetapi kezaliman datang dari tangan-tangan manusia itu sendiri..

"Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan."(surah Hud 11:101)

luangkanlah sedikit masa untuk kita memuhasah dan mengkoreksi diri dan menilai kembali sejauh mana tahap cinta kita kepada Allah SWT. jika kita berasa cukup dan sudah tinggi iman kita, maka hakikatnya iman kita masih lagi bermasalah, kerana sebanyak manapun amalan kita, sebanyak manapun cinta kita, kesemuanya tidak mungkin dapat membalas sebanyak nikmat dan rahmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita. Beribadahlah, berimanlah, dan carilah ilmu sekadar yang terbaik yang kita mampu, semoga kesungguhan dan keikhlasan kita itu dinilai mulia disisi Allah SWT. rasanya cukup lah setakat ini untuk post saya kali ini, sebenarnya banyak lagi perkara yang masih lagi terbuku di hati untuk diperkatakan, tetapi apakan daya dengan ruangan post yang sedikit ini dan masa yang terhad, apa yang dapat saya katakan ialah kesyukuran yang tidak terhingga sepada Allah SWT kerana memberi saya peluang kembali untuk menulis. saya berdoa agak perjuangan ini akan berterusan sehingga nyawa di hujung halkum. biarlah kadang tertangguh tetapi janganlah ia mati ditengah jalan. apa yang saya sampaikan ini adalah datang dari Allah SWT. Segala yang baik itu adalah kesemuanya milik Allah SWT dan segala yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. Isyallah saya akan terus menulis walau satu ayat kerana nabi SAW pernah bersabda " sampaikanlah dariku walu satu ayat". sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui... wallahua'lam.

Saturday, August 29, 2009

secrets of ramadhan

Today is 29 august 2009, means this is the 7th day of ramadhan. maybe some of us dont feel anything, and just fasting and breaking without taking any opportunity from this 'bulan barakah'. i myself also having the same problem in term of doing ibadah because most of us feel sleepy and lazy in the whole day. and i not refuse that there are people who have success in doing ibadah, cangratulate to them. how come they have powerful vigour to do that? complicated question for us but for them, it is simple, the answer is they know the secret of ramadhan. from hadis, Rasullullah said " if people know about the advantanges of ramadhan, for sure, they want ramadhan continue for whole year"


let me share little secrets of ramadhan in order to gain little strenght to improve our ibadah and feel what other people feel about "kemanisan beribadah di bulan ramadhan".

1. each 'pahala' of 'amalan kebajikan' will be multiple by 1000 times.
2. each 'pahala' of 'amalan sunat' will be same with pahala of 'amalan fardhu'.
3. Ramadhan is divided into three parts especially for 'orang puasa'. first, there is a lot of 'rahmat Allah', second, there is full of 'keampunan dari Allah', third, freedom from hell.

hope the dribblet of informations give us great impact to make paradigm shift. wassalam

Wednesday, June 3, 2009

Petikan dari seorang imam...

Entry kali ni saya nak ketengahkan beberapa petikan dan riwayat dari seorang imam semoga kita dapat renung-renungkan kehidupan kita pada hari ini dengan kehidupan orang-orang terdahulu dan menjadi pedoman untuk kehidupan sehari-harian.

- Berkata Ar-rabi' : "Adalah imam Asy-Syafi'i ra. mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan ramadhan, enam puluh kali. Semuanya dibaca dalam solat.

- Berkata Al-Hassan Al-Karabisi : "aku bermalam bersama imam Asy-Syafi'i ra. selama beberapa malam. aku lihat dia melakukan solat hampir sepertiga malam dan aku tidak melihat dia melebihkan bacaan Al-Quran melebihi 50 ayat. apabila dia memperbanyakkan maka dia akan membaca sehingga seratus ayat. apabila dia membaca ayat rahmat, dia akan berdoa kepada Allah SWT untuk dirinya dan untuk sekalian kaum muslimin dan mu'minin. Dan apabila ia membaca ayah 'azab. lalu dia akan memohon pelindungan dan kelepasan azab untuk dirinya dan untuk orang mukmin. Dia seakan-akan mengumpulkan harapan bersama dengan ketakutan."

- Imam Asy-Syafi'i pernah berkata, "Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun. Kerana kekenyangan itu memberatkan tubuh, mengesatkan hati, menghilangkan cerdik, menarikkan tidur dan melemahkan orang yang kenyang itu daripada beribadah".

- Berkata Imam Asy-Syafi'i, "Tidak pernah aku bersumpah dengan nama Allah SWT, BAik dalam hal yang benar dan apalagi bohong".

- di tanya Imam Asy-Syafi'i tentang suatu masalah, maka dia diam. Ketika ditanya kembali, "mengapa tuan tidak menjawab? Kiranya Allah merahmati tuan". Maka beliau menjawab : "aku berfikir, sehingga aku mengetahui, mana yang lebih baik,samaada diamku atau jawabku"

- Berkata Ahmad bin Yahya bin Wazir : "Pda suatu hari, keluarlah imam Asy-Syafi'i ra. pergi ke pasar lampu, lalu kami ikuti dia dari belakang. tiba-tiba ada orang yang memperbodohkan seorang ahli ilmu. Maka Imam Asy-Syafi'i menoleh kepada kami seraya berkata: "bersihkanlah pendengaranmu dari mendengar kata-kata kejiseperti kamu membersihkan lidahmu dari mengucapkannya. Sesungguhnya si pendengar adalah sekutu bagi yang berkata. Orang yang lemah fikiran, melihat kepada barang yang sangatburuk di dalam wadahnya. maka ia berusaha menuangkannya ke dalam wadahmu. Kalau ditolak perkataan orang yang lemah fikiran itu, maka akan bahagialah orang yang menolaknya, sebagaimana akan celakalah orang yang mengatakannya".

- berkata imam Asy-Syafi'i ra. : "seorang filosuf menulis surat kepada seorang filosuf. Di antara isinya ialah: Engkau telah mendapat ilmu, maka janganlah engkau kotorkan ilmumu itu dengankegelapan dosa. Nanti engkau akan tinggal dalam kegelapan, pada hari di mana ahli ilmu bekerja dengan nur ilmunya".

- Imam Asy-Syafi'i berkata: "Barang siapa mendakwa bahawa ia mengumpulkan antara cinta kepada dunia dan cinta kepada Pencipta dunia dalam hati nuraninya, maka dia adalah pembohong".

- pernah suatu ketika al-Harits, anak murid Imam Asy-Syafi'i ra, yang mempunyai suara merdu, membaca ayat :

" inilah hari yang dikala itu mereka tiada dapat berbicara. dan kepada mereka tiada diberikan keizinan, sehingga merekan dapat memajukan keberatan(pembelaan)" ( Al-Mursalat, 35-36)

dengan tiba-tiba imam Asy-Syafi'i berubah warna mukanya, berkerut kulit keningnya, badannya gementar lalu jatuh tersungkur. ketika ia sedar kembali, maka ia berkata : "Aku berlindung dengan Engkau ya Allah dari Tempat berdirinya orang-orang dusta dan penyelewengan orang-orang lengah. Ya Allah, kepadaMU jua tunduk hati orang-orang 'arifin (orang-orang yang mengenal Allah) dan membungkuk merendahkan diri orang-orang yang rindu kepada Engkau! Tuhanku! anugerahilah kepadaku limpah kurniaMu! Muliakanlah aku dengan lindunganMu! maafkanlah keteledoranku(kelalaianku) dengan kemurahanMu(Belas kasihanMu)!"

- Abdullah bin Muhammad Al-Balawi menerangkan : "kemudian ia pergi dan kamipun pergi, tatkala aku masuk Bagdad dan Asy-Syafi'i masih di Irak(tidak pernah jumpa). maka aku duduk di tepi sungai, mengambil wuduk dan bersolat. tiba-tiba lewat di sampingku seorang laki-laki, seraya berkata kepadaku :"ya, saudara!berwuduklah dengan baik, niscaya Allah SWT memberikan kepadamu kebaikan di dunia da akhirat". Lalu aku menoleh, dan bergegaslah aku berwuduk dan mengikutinya dari belakang. Mka ia memandangku seraya bertanya : "Adakah bagimu keperluan?"

"ada!", jawabku. "Ajarilah aku sedikit dari pengetahuan yang dianugerahkan kepadamu".

Maka ia menjawab : "ketahuilah! Orang yang membenarkan AllahSWT, niscaya terlepas dari bahaya. Orang yang sayang kepada agamanNya, niscaya selamat dari kehinaan.Orang yang zuhud pada dunia, niscayatetaplah dua matanya memandang pahala daripada Allah SWT pada hari esok. Apakah aku perlu tambahkan lagi?"

"ya" jawabku.

Lalu ia menyambung : "Orang yang ada padanya tiga perkara, maka sempurnalah imannya : orang yang menegakkan amar ma'ruf terhadap orang lain dan terhadap dirinya, orang yang menjalankan nahi mungkar terhadap orang lain dan terhadap dirinya dan orang-orang yang menjaga batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah SWT. apakah aku perlu tambahkan lagi?"

"ya!", jawabku.

Mka ia menyambung : "hendaklah kamu zuhud di dunia dan gemar ke akhirat. dan benarkanlah akan Allah SWT dalam segala pekerjaanmu, niscaya engkau terlepas serta orang-orang, yang terlepas dari segala mara bahaya". Kemudian ia pergi lalu aku tanyakan, siapakah orang itu? Maka orang sekeliling menjawab : "itulah imam Asy-Syafi'i"

- Menurut riwayat, perna orang bertanya kepada Imam Asy-Syafi'i ra. tentang ria', maka ia menjawab dengan tegas : "ria' adalah suatu fitnah yang diikatkan hawa nafsu untuk mendindingi pengelihatan mata hati para ulama. Lalu mereka melihat kepada ria' itu, dengan jahatnya pilihan jiwa. Maka binasalah segala amalannya".

berkata imam Asy-Syafi'i ra. : "apabila engkau takuti timbul 'ujub pada amalanmu, maka pandanglah kepada rela Tuhan yang engkau cari, pada pahala yang engkau gemari, pada siksa manapun yang engkau takuti, pada sihat yang engkau syukuri, dan pada bala yang engkau ingati. Apabila engkau renungkan salah satu dari perkara-perkara tadi maka kecillah rasanya pada matamu amalan itu"".

- Berkata imam Asy-Syafi'i : "barangsiapa tiada menjaga dirinya maka tidak bergunalah ilmunya"

- Di ceritakan bahawa Abdul kadir bin abdul Aziz adalah seorang salih dan wara'. Maka ia bertanya kepada Imam Asy-Syafi'i : "manakah yang lebih utama : sabar atau diuji atau diberikan keteguhan hati?

maka imam Asy-Syafi'i menjawab : " Diberi keteguhan hati adalah derajat Nabi-nabi. dan tak ada keteguhan hati itu selain sesudah diuji. Apabila diuji maka bersabar. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. Tidakkah engkau lihat, bahwa Allah SWT menguji Nabi Ibrahim as. kemudian Allah memberikannya ketetapan hati? Allah menguji Nabi Musa as., kemdian Allah memberikannya ketetapan hati. Allah menguji Nabi Ayub as., kemudian Allah memberikannya ketetapan hati. dan Allah menguji nabi Sulaiman as., kemudian Allah memberikannya ketetapan hati dan menganugerahkannya kerajaan. maka ketetapan hati itu adalah derajat yang paling utama."

- Ditanya kepada imam Asy-Syafi'i ra.: "bilakah seorang itu dipanggil 'alim ?".

ia menjawab : "apabila ia yakin pada sesuatu ilmu lalu diajarinya ilmu itu. Kemudian ia menempuh ilmu-ilmu yang lain, maka dilihatnya, mana yang belum diperolehinya. ketika itu, barulah dia seorang 'alim ".

Friday, May 22, 2009

Pernahkah kita terfikir?


Bismillah...


Pernahkah kita terfikir bahawa selama ini kita belum betul-betul bersyukur kepada Allah SWT, sedangkan pada setiap hari betapa melimpah ruah rezeki yang telah Allah berikan kepada kita? kita selalu berdoa agar Allah mengurniakan rezeki yang luas, tapi kita jarang berdoa agar rezki yang dikurniakan olehNya menjadi pemangkin kepada peningkatan iman di dada. Bahkan lebih teruk lagi, rezki yang diberi olehNya menjadikan kita lebih lalai dan leka untuk mengingati Allah. Jika dikaji dan dilihat kembali amalan-amalan harian kita seperti cara makan, cara berpakaian, cara bergaul dan lain-lain, kita dapat melihat ketidakserasian antara amalan-amalan seharian kita dengan nilai-nilai islam sebenar. ingatlah bahawa kita hidup di atas dunia ini bukanlah dengan sia-sia sesungguhnya Allah telah berfirman


"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku."(azzariat: 56)

dan Allah juga telah berfirman


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras”.
(Ibrahim: 7)

Dengan termaktubnya ayat di atas tahulah bahawa pentingnya kita bersyukur dan meningkatkan ibadah kepada Allah kerana di akhirat kelak akan dibuka buku catitan amalan dan pada ketika kita akan menyesal kerana setiap nikmat yang Allah beri tidak dibalas dengan rasa syukur.


Apakah itu syukur sebenar? Adakah apabila kita mendapat nikmat kita hanya berdoa dan memperbanyakkan sembahyang? tidak, kesemua itu belum memadai bagi kita sebagai seorang hamba untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah. Kita silap dan selalu meremehkan hal-hal kecil seperti cara berpakaian, seperti di kaca tv, selalunya kita akan mendengar segelintir orang mengucapkan, "saya merasa bersyukur kehadrat Allah kerana dengan izinNya, saya dapat memenangi anugerah ini.", sedangkan ketika itu dia sedang berpakaian yang menjolok mata dan membuka aurat, apakah dia tidak sedar apa yang sedang dia lakukan? apakah dia sedar yang dia sedang membuat dosa? apakah dia tidak malu berkata-kata seperti itu? inilah gaya masyarakat kita pada hari ini, dan inilah kita pada hakikat sebenarnya. kita tidak perlu menuding jari kepada orang lain, berkata itu dan ini, walhal sedar atau tidak, tidak dapat dinafikan bahawa kita juga kadangkala melakukan perkara yang sama melalui konteks yang berlainan.


Lihatlah bertapa ceteknya ilmu kita pada hari ini untuk membezakan yang mana dosa dan pahala disebabkan oleh hiburan yang berterusan, bertapa kita alpa dan leka dengan pelbagai hiburan sehingga kadangkala hiburan menjadi agenda utama kehidupan. Ada yang sanggup bersengkang mata untuk berhibur kendatipun hanya memberi sesaat kegembiraan. Perkara ini berlaku sebaliknya kepada orang-orang beriman yang terdahulu, mereka berbengkak mata kerana menangis takutkan azab Allah dan sering memohon keredaanNya. Lemahnya keadaan iman kita pada hari ini, kadang kala tidak sedikitpun di dalam hati ini terasa takutkan Allah dan sanggup melakukan dosa yang berterusan sehingga pada satu tahap di mana ajal itu telah tiba, kembalilah kita kepadaNya dengan berbekalkan dosa yang bertimbun-timbun. ketika itu setiap dosa akan ditukar menjadi hukuman kita di akhirat kelak.


Ada yang berkata, "aku dah berilmu, tengoklah sijil-sijil aku, semuanya tinggi-tinggi, ijazah aku dah ambil, master aku dah master, phD memang dalam tangan, semua aku buat sendiri, tak ada orang pun tolong aku, aku tak suka benda lain selain dari belajar, bagi aku sembahyang ke doa ke tak berapa penting, yang penting belajar". berdoalah supaya kita dijauhkan dari sifat-sifat riak, kufur dan takbur. ya, memang Allah itu maha pemurah lagi maha pengasih, sebab itulah Allah tidak pernah memutuskan nikmat kepada hambaNya walaupun hambaNya itu kufur. Kita perlu tahu bahawa setiap nikmat itu bukanlah nikmat semata-mata, nikmat juga adalah ujian Allah kepada hamba-hambanya samaada hambanNya itu ikhlas beriman kepada Allah ataupun tidak. Allah telah berfirman

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."(AlAnkabut: 2-3)

Jadikanlah nikmat itu sebagai momentum untuk meningkatkan iman sehingga akan ada satu tahap di mana kita akan rasa kemanisan iman sebenar seperti yang dirasa oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW, insyaallah. firman Allah SWT

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal. Orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.” (AlAnfal: 2-4)


Inilah tugas kita, dan inilah masanya yang paling sesuai untuk kita berubah dan merubah keadaan sekeliling kita kepada yang lebih baik. Perubahan tidak mungkin akan berlaku dengan kadar secepat kebilan mata tetapi ia mungkin mengambil masa sekurun lama dengan berbekal segunung ketabahan tetapi tidak mustahil ia akan berlaku. Biarlah usaha kita berterusan, janganlah kita berputus harapan dengan kelemahan iman yang ada sekarang, sesungguhnya Allah SWT rindu akan rintihan hamba-hambaNya, memohon dan berdoa agar diberi semangat untuk terus melakukan perubahan pada diri kita dan orang lain. Walau apa sekalipun hujah kita, kita mesti ingat bahawa segala apa yang ada pada kita pada hari ini adalah hasil bekalan dan pinjaman dari Allah SWT, tidak mustahil Allah akan mengambil semula hakNya kelak.sekian

Saturday, May 9, 2009

dikala dingin malam

Dikala dingin malam, aku terasa sunyi dengan hanya ditemani bunyi deruan angin yang menyejukkan suasana malam yang mendung diselangi dengan rintitan air hujan dan keadaan di luar ketika itu amat gelap gelita dan aku hanya ditemani oleh cahaya lampu kalimantang. Dalam tika itu, telintas di benak fikiranku betapa bumi ini turut menangis kerana takut kepada Allah SWT, walhal aku yang diciptakan lebih sempurna dari makhluk lain di muka bumi ini masih ragu-ragu dengan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Apakah aku akan terus begini? Apakah aku tidak sedar bahawa suatu masa kelak aku akan dihantar ke muka pengadilan dihadapan Allah SWT? Apakah aku tidak takut dengan janji seksaan yang amat pedih kepada hambanya yang lalai dan leka dengan nikmat dunia yang disalahguna?. Disaat itu, deras air mataku mengalir, terasa sebak didadaku, tiada jawapan yang dapat aku ungkapkan, tiada madah yang dapat aku bahaskan, baru aku sedar betapa jahilnye hidup menumpang di dunia ciptaan Allah SWT. Ingin sahaja aku meraung memecah kesunyian malam di atas kelalaian aku tetapi aku tidak mampu, adakah ruang untuk aku kembali kepada fitrah asal kejadian seorang manusia sebagai hamba yang sepatutnya mentauhidkan Allah dimuka bumi ini?. Aku mula melangkah longlai, dengan sedikit iman yang tersimpan didada, aku bangun berdiri menunaikan solat sunat. Setiap gerakan terasa berat tika fikiran singgah memikirkan azab yang disediakan untuk hamba lalai seperti aku, setiap bacaan menambah derasan dan sebak didada, terasa amat malu kepadaNYA tuhan sekelian alam dengan kejahilan lampau yang membutakan mata hatiku. Setiap saat aku merasa risau, dimanakah tempat aku kelak? Adakah lagi tempat aku disisiNYA? Berderai kembali air mataku. Aku amat berharap kepada Allah SWT, yang maha pengampun lagi maha penyayang agar mengampunkan segala dosaku, menerangkan kembali cahaya hati yang telah lama usang, memberi peluang lagi kepada aku untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan nikmatNYA yang tidak putus yang dikurniakan kepada semua hamba, tidak kira kepada yang beriman ataupun tidak. Maha Besar Tuhan sekelian alam. Sesungguhnya aku akan menyesali dosa ini hingga nafas terakhirku.


Wahai sahabat sekalian, sedarlah bahawa hidup kita tidak lama di atas muka bumi ini. Seperti Rasul junjungan telah bersabda, dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini (iaitu jari telunjuk dan jari tengah)."(HR Muslim), begitulah hampirnya kiamat dengan kita. Ingatlah, walau kita rasa kiamat dunia itu lama, hasil serangan pemikiran orientalis yang mengandaikan kiamat berlaku pada 2100, sesungguhnya ingatlah kiamat kecil itu sendiri yang akan mendatangi kita pada bila-bila masa sahaja. Apakah kita sudah menilai sedalam-dalamnya amalan-amalan kita sehingga kita berpuas hati dengan keadaan kita sekarang? Fikirkanlah sebelum terlambat, sebelum penyesalan itu datang ketika kita sudah tidak punyai apa-apa, dan tika itu peluang sudah tiada lagi, bahawasanya kita adalah orang yang rugi ketika itu.


Dikatakan setelah amalan kita dihisab, kita punyai satu ujian yang akan ditentukan sendiri oleh amalan kita iaitu melepasi titian yang menyambungkan kita ke syurga dan terbentang dibawahnya neraka jahanam yang menyala-nyala apinya. Nabi Muhammad SAW telah mengambarkan bahawa jambatan tersebut adalah lebih tipis dari sehelai rambut dan lebih tajam dari sebilah pedang. Dikatakan semasa merentasinya, ada mereka yang berjaya menyeberangi, ada juga yang berjaya namun luka terkena sabatan duri-duri dan besi-besi kait yang merobek sebahagian anggota tubuhnya sementara ada yang gagal sehingga terjatuh dan terjerembab dengan wajahnya terlebih dahulu masuk ke dalam api menyala-nyala Neraka Jahannam(nauzubillah).


“Dan Neraka Jahannam itu memiliki jembatan yang lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang. Di atasnya ada besi-besi yang berpengait dan duri-duri yang mengambil siapa saja yang dikehendaki Allah. Dan manusia di atas jembatan itu ada yang (melintas) laksana kedipan mata, ada yang laksana kilat dan ada yang laksana angin, ada yang laksana kuda yang berlari kencang dan ada yang laksana onta berjalan. Dan para malaikat berkata: ”Rabbi sallim. Rabbi sallim.” ( ”Ya Allah, selamatkanlah. Selamatkanlah.”) Maka ada yang selamat, ada yang tercabik-cabik lalu diselamatkan dan juga ada yang digulung dalam neraka di atas wajahnya.” (HR Ahmad 23649)


Pada ketika itu orang-orang yang beriman akan termasuk dalam golongan yang melepasi jambatan sirat dengan selamat tanpa sedikit pun kecederaan dan mereka adalah golongan yang berhak untuk melangkah ke pintu syurga. Namun apa yang menjadi persoalan utama, apakah keadaan kita ketika itu?adakah berjaya atau tidak?. Mari kita sama-sama merenung kembali hadis Nabi Muhammad SAW:-


“Allah akan memanggil umat manusia di akhirat nanti dengan nama-nama mereka ada tirai penghalang dari-Nya. Adapun di atas jembatan Allah memberikan cahaya kepada setiap orang beriman dan orang munafiq. Bila mereka telah berada di tengah jembatan, Allah-pun segera merampas cahaya orang-orang munafiq. Mereka menyeru kepada orang-orang beriman: ”Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebagian dari cahaya kamu.” (QS Al-Hadid ayat 13) Dan berdoalah orang-orang beriman: ”Ya Rabb kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami.”(QS At-Tahrim ayat 8) Ketika itulah setiap orang tidak akan ingat orang lain.” (HR Thabrani 11079)


Tahulah kita bahawa kunci melepasi jambatan sirat adalah dengan keimanan yang nyata dalam hati kerana pada saat menyeberangi jambatan sirat setiap orang dibekali Allah cahaya agar mampu melihat jalan yang sedang disusuri di atas jembatan tersebut. Dan bila ia termasuk dalam golongan mukmin sejati cahaya yang diterimanya itu akan setia menemani dan menyinari dirinya sepanjang perjalanan itu hingga sampai ke ujung menjelang pintu surge. Janganlah kita masuk kepada golongan yang berpura-pura yang pada zahirnya begitu komited kepada islam tetapi pada hakikatnya mereka adalah orang-orang yang mempunyai perasaan benci kepada islam dan sering menunggu masa untuk menghancurkan islam itu sendiri. Sesungguhnya mereka ini akan bersama-sama golongan orang beriman merentasi titian sirat, tetapi cahaya mereka akan hilang di pertengahan jalan dan jatuh ke lembah neraka.


”Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak, (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mu'min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak. Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu". Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)". Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mu'min) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu. Maka pada hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat kamu ialah neraka. Dialah tempat berlindungmu. Dan dia adalah sejahat-jahat tempat kembali.” (QS Al-Hadid ayat 11-15)


Maka apakah amal perbuatan kita yang melayakkan kita Berjaya merentasi jambatan sirat? Apakah cahaya dari amalan kita cukup untuk menerangi perjalan merentasi jambatan sirat? Ternyata tidak, dan ternyata sebaik-baik jalan adalah kembali semula kepada islam sebenar. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Allah SWT telah berfirman:-


”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan Taubatan Nasuhan (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu". (QS At-Tahrim ayat 8)

Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda: ”Shirath itu setajam pedang dan sangat menggelincirkan.” Beliau melanjutkan: ”Lalu mereka melintas sesuai dengan cahaya yang mereka miliki. Maka di antara mereka ada yang melintas secepat meteor, ada pula yang melintas secepat kedipan mata, ada pula yang melintas secepat angin, ada pula yang melintas seperti orang berlari, dan ada pula yang berjalan dengan cepat. Mereka melintas sesuai amal perbuatan mereka, hingga tibalah saat orang yang cahayanya ada di jari jempol kedua kakinya melintas, satu tangannya jatuh, dan satu tangannya lagi menggantung, satu kakinya jatuh dan satu kakinya lagi menggantung, kedua sisinya terkena api neraka.”


Dengan ini, sama-samalah kita bergandingan menuju ke jalan syurga. Janganlah kita meninggalkan sahabat-sahabat kita yang sedang lalai dengan hayalan dunia. Janganlah mereka menjadi penyebab kita ditarik ke neraka disebabkan keangkuhan kita dalam beribadah yang akan dijadikan bahan persoalan mereka kepada kita “apakah yang dilakukan oleh kita untuk menyedarkan mereka?” Sebarkanlah islam dengan kadar kemampuan kita, sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada hasil seruan kita tetapi Allah melihat kepada usaha yang ikhlas dari hambaNYA. Marilah kita saling mengingati dan melindungi sahabat-sahabat seiman dengan kita.


“Barangsiapa melindungi seorang Mukmin dari kejahatan orang Munafik, Allah akan mengutus malaikat untuk melindungi daging orang itu –pada hari Kiamat- dari neraka jahannam. Barangsiapa menuduh seorang Muslim dengan tujuan ingin mencemarkannya, maka Allah akan menahannya di atas jembatan neraka jahannam hingga orang itu dibersihkan dari dosa perkataan buruknya.” (HR Abu Dawud 4239)


Sekian, Wallahua’alam.




Friday, November 28, 2008

syiar...?

minggu ni adelah minggu yang sibuk bagi ak sebab bnyak keje projek, tutor melambak, kuiz jagan cite mmg sah kene ad..dan yang sewaktu dengannye..bnyak lah program2 aku x pegi..lepas cam2 ajer..terutame nye skali program agame..diebabkan aku dah banyak kali xpegi ta'alim, tepakselah aku dok mendiamkn diri kat usrah..tercengang xtau ap yang sedang belaku..so, ak mengambil inisiatif tok dnga jer ngn tulis ap yang patot2.. kat sini ak nak kongsi sikit bende yang ak catit tadik tok dikongsi2 besame..yang ak rase penting gaknye..klo xdapat nak amalkan pon sekurang2nye tau pon ok la jugak..

Syiar Islam...(asas keteguhan Islam)

1. Meletakkan Allah sebagai tujuan dalam setiap perkara
2. Menjadikan Rasullullah sebagai teladan
3. Menjadikan Quran dan Sunnah sebagai panduan
4. Jihad sebagai matlamat hidup

Sifat peribadi muslim(muasifa fardal muslim)

1. salimul aqidah...akidah yang sejahtera
2. matirul halaq...akhlak yang kukuh
3. sohihul ibadah...ibadah yang sahih
4. harithul ala wakti...menjaga waktunya
5. munazzhomun fii shuu'nihi...teratur dalam urusannya
6. quwwatul jismi...kuat tubuh badan
7. mujahidu linafsihi...berjihat untuk diri sendiri
8. musqqaful fikri...pemikiran secara terperinci dan pengetahuan luas tentang sesuatu
9. qadirun ala kasbihi...menjaga diri sendiri
10. naafiun lighairihi... bermanfaat kepada orang lain

pikir2kan lah bersame...sekian..

salam syahadah

Thursday, November 20, 2008

Ghazul Fikri...

bismillah...

Hari ni ialah hari yang agak membusankan bagi ak disebabkan tiada aktiviti yang menarik yang ak buat...tiba-tiba,
mmber:nal, jom ikot ak gi 'tayangan' malam ni?
Ak:lah, tayangn ap pulak ko ni dh memlm ni?
member:ala, ikout je..kat ax102 kout..
Ak:oh, pham2...okey r..tapi ak lom isyak lagi..
member:xp2 no hal ak tgu..
ak pon pergi lah sembhyang...dan ikout member 2 g "tayangan"..
-sbenarnye tayangan kat sni ialah tayangan tentang "serangan pemikiran orng2 kafir ke atas orang islam dan kehidupan orang2 yang tidak mengamalkan cara hidup islam"

dan..kat sni ak nak kongsi tentang point yang pentnng dalam tayangan 2...

Ghazwul Fikri(perang pemikiran)
sesungguhnya perang pemikiran telah bermula sejak tamatnya perang salib VII, apabila orang-orang kafir mula berfikir cara alternatif untuk mengalahkan islam setelah mereka menyedari bahawa peperangan secara terus terhadap orng islam adalah mustahil untuk mereka mendapat kemenangan. Oleh itu, mereka muncul dengan strategi baru bagi menghancurkan kekuatan umat islam dari dalam diri mereka sendiri melalui ghazul fikri yang berasal daripada idea paderi kristian yang bernama Ghaz. Sebagai umat Islam, kita hendaklan menyedari hakikat bahawa perjuangan umat islam belum berakhir sehingga semua individu di dalam dunia ini tidak merasakan kemanisan sebenar. Mereka, kafir, tidak akan berhenti menentang orang-orang islam dengan apa cara sekalipun sehingga orang-orang islam mengikut mereka...sedarlah selagimana ada lagi peluang untuk kita kembali ke jalan sebenar. Adalah penting bagi umat islam untuk mengetahui erti sebenar ghazwul fikri...

musuh- musuh islam
1) zionis-ingin menubuhkan zionis raya(pakatan zionis) dengan menakluki tanah palestin
2) nasrani- penyelewengan terhadap hukum-hukum islam dan mencetuskan was-was dalam hati umat islam
3) orientalis- pakar/pengkaji ilmu islam bagi tujuan untuk menggelirukan dan menyasatkan orng muslim
4) sekular- membeze-bezekan hukum islam dari konsep pemerintahan(negara)
5) kapitalis- membenarkan perbutan haram terutamanya dalam konsep jual beli (menghalalkan riba)
6) nasionalis-sikap berpuak-puak yang menghalang penyatuan hati uumat-umat islam

strategi musuh islam
1) merosakkan akhlak orang-orang islam(menghilangkan rasa malu dalam diri umat islam menyebabkan mereka membuat perkara-perkara yang dilarang)
2) menghancurkan fikrah insani
3) melarutkan keperibadian islam

serangan melalui
1) media
2) pendidikan
3) penerbitan
4) hiburan

tu je la yang ak sempah kongsi...moge dapat same-same kite renung-renungkan bahawa siapakah lagi yang akan menentang musuh-musuh islam itu sendiri jika tidak kita....sekian

salam syahadah...

Orang kuat program...





Friday, November 14, 2008

as-sob'ru minal iman...

setelah beberape lame x mengepost post2 yang berkaitan ngan islamic ni..ak rase baik kali ni ak kongsi cerite tentang usrah tadik..

beberape bulan lamenye rase x jumpe member2 usrah ak..dan sehingge hari ni brulah ad chance ak nak jumpe..2 ponn sbb ad programme malam ni, klo x, xd lah ak dpat jumpe diorang ni coz ad yang datang darik gombak..kkdang ad gak datang drik kuantan..huh, 2 lah pluang ak nak tanye diorang tentang mase depan ak kat kuantan nti..huhuh..so, ak trus straight to the usrah tdik..

malam ni yang datang adelah bro.ismad(ktue grop ak) , bro. faiz dan bro.tengku..mjlis dimulekan dengan fatihah dan doa..disebabkan ramai ahli baru darik budak2 first year ngn yang baru masuk kali ni..sesi takruf pon didahulukan..



tajuk kali ni ialah bersabar di atas segala musibah..
apakah sebenarnya erti sabar?..(carila sendrik..haha)..sabar terbahagi kepada banyak cabang..tapi malam ni yang diterangkan hanyelah dua..iaitu pertama, bersabar dalam ketaatan..maksudnya disni ialah bersabar dalam mentaati perintah Allah..contohnya dalam melakukan solat..bagi orng2 yang jarang2 atau suke sangat ponteng sembahyang..mereka akan berase berat untuk melakukan solat fardhu ..apetah lagi dengan solat sunat..dalam ini, tidak semestinya berlaku pada perbuatan solat sahaja..ia merangkumi seluruh ibadah yg kita kerjakan seharian yang perlu dilakukan secara istiqamah atau berterusan...yang kedue, bersabar dari melakukan kemungkaran..seperti yang kita tahu, sebagai seorng islam dan orng yang beriman kepada Allah SWT..kite mestilah ikot segala suruhan-Nya dan menjauhi segala Larangan-Nya..ramai d kalangan orng islam terutamanya bagi kaum muuda yang mudah terjebak dalam kancah kemungkaran dan kemaksiatan disebabkan mereka tidak dapat bersabar atau menahan hawa nafsu dalam diri mereka..seperti isu couple..tidak dapat dinafikan disini, ramai orng tidak dapat menerima bahawa perbuatan tersebut dilarang dari segi uundang2 islam..adakah mereka kekuasaan Allah?..adakah mereka tidak takut dengan siksaan Allah?...oleh itu, kite hendaklah bersabar dalam segala ap jua keadaan yang memerlukan kita untuk bersabar....terdapat ayat yang menyarankan umat islam supaa bersabar...ayatnya bermaksud.."wahai orang-orang yang beriman bersabarlah dan kuatkanlah kesabaran"..maksud ayat disini ialah Allah menyebut dua kali perkataan sabar untuk membuktikan sabar itu adalah salah satu sifat penting yg perlu ada dalam diri orng2 yang beriman...seorang cendikiawan, Sheikh Najib adalah antara orng2 yang mempunyai sifat kesabaran yang tinggi..sehinggakan beliau belajar ilmu tidak kurang 10jam sehari dan hanya berhenti untuk makan dan sembahyang..telah dapat menghafal alquran pada usia 13thun..dan menghafal hadis2 yang mashur...terdapat juga ayat lain yang menyatakan tentang kesabaran..dari surah albaqarah ayat 115.."dan kami pasti menguji kamu dengan sedikit rasa takut, rasa lapar, dan kekurangan harta....dan berilah khabar gembira bagi orang2 yang bersabar"..sesungguh nya amat lah tinggi darjat orng2 beriman disisi Allah..dan pahala bagi orng yag bersabar akan disampaikan tanpa hisab...bersabar juga berkaitann dengan doa yang selalu dilakukan selepas solat..selalu bermain dipikiran kita bahawa doa yang selalu kita lakukan adalah sia2 kerana ap yang kita hajat kan tidak termakbul..kenapakah perkara ini berlaku?...antara sebab-sebabnya ialah kita perlu sedar bahawa ada lagi hak2 Allah yang belum kita selesaikan dan perlu diselesaikan...ada juga diantara doa orng2 ynag beriman ditangguhkan diAkhirat dan diganti dengan perkara2 yang lebih baik...tidak kuarng juga kepadadoa oarg2 yang tidak bersabar yang menghajatkan sesuatu untuk dimakbulkan dengan keaadaan segera...adalah perbutan tersebut tidak disukai oleh tuhan..Sesungguhnya Allah suka kepada hamba2nya yang kerap memhon sesuatu daripada-Nya..dinyakankan dalam sebuah hadis dari suhaib, daripada nabi Muhammad SAW...adalah ajaib semua urusan orng2 mukmin, menyebbkan semuanya dilakukan adalah baik...seseunnguhnya orng mukmin akan bersabar..apabila ditimpa nikmat dia bersyukur dan jika ditimpa malang dia bersabar...dapat disimpulkan disini..hendaklah kita bersabar dalam ap jua masalah yyang kita hadapi demi mencapai keredaan Allah..





huh, sebenarnye bnyak lagi..lagi setngah kout ..tapi xlarat dh nk type semua...ak rase skit pon jadilah daripada xad..sekian..selamat beramal..;)