Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya...!

:)

Thursday, August 25, 2011

buat baik...buat-buat baik...buat tak baik


bismillah...

emm..sedar tak sedar lagi 5 hari lagi kita dah nak raya..sedar tak sedar umur kita juga semakin meningkat..sedar tak sedar maut itu semakin dekat..sedar tak sedar dunia dah banyak berubah...islam semakin kuat walau dalam berita sering kali menyiarkan tentang kekalahan islam tapi bila dikaji semula banyak negara-negara islam semakin kuat seperti iran, turki, mesir dan libya...kemungkinan kerajaan khalifah akan tertubuh kembali dalam beberapa tahun akan datang...sedar tak sedar dunia semakin dekat kepada penghakhirannya dengan sabda nabi

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­mana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Hadis (Riwayat Ahmad)

marilah sama-sama kita koreksi kembali diri ini, adakah kita bersedia dengan semua ini? adakah kita hanya mahu menjadi orang yang memerhati saja ke atas semua yang akan berlaku?marilah sama-sama kita menjadi agen penggerak dan menjadi penyumbang ke atas kemenangan islam yang pasti..takbir!!!

emm..sesuatu yang besar biasa akan bermula dengan yang kecil begitu juga dengan yang tinggi, memerlukan base yang kuat bagi menahan ketinggiannya supaya tidak tumbang. apa yang saya maksudkan ialah janganlah kita hanya bercita-cita tinggi untuk membuat benda-benda besar sedangkan yang kecil-kecil kita tinggalkan...



pernah tak anda mengalami kejadian di mana, anda sedang memandu kereta dalam keadaan hujan lebat dan hendak masuk ke simpang kanan, ketika itu, jalan hanya ada dua line sahaja dan sesak, anda teraksa memberhentikan kereta di tengah jalan raya yang sesak untuk melintas ke simpangkan. anda melihat kereta belakang sudah beratur panjang, tetapi anda masih lagi tidak dapat peluang untuk belok ke simpang kanan kerana arus kereta yang tak berhenti sejak tadi. tentu anda berasa tidak selesa dan mungkin berpeluh. tiba-tiba sebuah kereta disebelah kanan jalan berhenti dan menyalakan lampu tinggi beberapa kali menendakan orang tu beri laluan untuk anda melintas. "alhamdulillah, baiknya orang nie"..mesti dalam hati anda dengan serta merta memuji kebaikan orang itu kan?.hehe.. tiba-tiba sedang anda melintas sebuah motor laju memotong di hadapan anda, dengan cepat-cepat anda menekan brek, lalu "bodoh! tak ada otak punya orang"..lalu anda teruskan masuk kesimpang tersebut dan memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai goreng pisang yang hanya di jaga oleh seorang wanita tua, anda pun turun dan bertanyakan harga goreng pisang. "berapa makcik?" "seringgit sebiji nak"..dalam hati anda mesti berkata"wah mahalnye, aku beli kat bandar baru 2posen sebiji"..anda melihat makcik tu bersusah payah mengangkat tandan pisang yang nampak berat, "mari makcik saya tolong"..kerana kasihan anda menolong makcik tu.. "terima kasih nak"..disebabkan anda teringin sangat nak makan pisang."saya beli lima ringgit makcik".."nah nak ambil la, tak apa makcik belanja".."wah baiknya makcik nie"...dalam masa yang sama baru anda perasan ada dua orang sedang memerhatikan anda disebelah..dengan tak sengaja anda mendengar.."bodek lebih mamat nie"..dalam hati.."lah dah kenapa budak nie?"..apa perspektif anda melalui cerita ini?

banyak point saya nak amek tapi rasanya tak nak amek semua, yang lain bule pikir sendiri.hehe.

point pertama, buat baik pada orang walau bende tu kecik sangat tapi kadang-kadang ia akan sangat dihargai oleh orang yang sangat memerlukan. kalau kita lihat dari cerita tadi, kalaulah tak ada orang nak bagi laluan, mau tebal muka dan panas telinga kena hon dengan kereta belakang. dengan tak semena-mena, kita telah membuat pahala?uik?.. ya,pahala orang memuji dan pahala orang yang membuat kebaikan.kalau dalam kereta orang tu ada 4orang, tambah lagi pahala, kalau orang tu cerita kebaikan kita untuk teladan orang lain, kita dapat lagi pahala, wah, berganda-ganda!.. senangkan dapat pahala, tapi sedihnya selalu kita tak buat.em..pahala juga boleh digenerate melalui senyum, selalu aja kita dengar "senyum itu sedekah" dan sedekah itu besar pahalanya..keputusannya tetap sama, susah nak senyum..huhu..

tapi ingat...setiap kebaikan itu mestilah dengan ikhlas, sebab, kalau ada sekelumit riak atau apa-apa yang sama dengannya, maka bukan setakat kebaikan yang kita buat tak dapat pahala, malah semua kebaikan lepas juga akan terkesan..sangat menakutkan..

konsep sikit-sikit ni pun boleh jadi pada benda tak baik. macam kita parking kereta tak betol, sampai menyusahkan orang lain. gerenti ada orang yang tak senang, lagi teruk kalau ada orang maki secara tak sengaja. maka jadi lah doa, kalau sehari 40orang maki kita, tak ke buleh makbul..nauzubillah..moga-moga dijauhkan..

sampai kat sini aje post nie, macam tak bes pula berhenti awal-awal, tapi tak boleh nak tulis semua, idea kene simpan untuk post-post akan datang..hehe..quote tok post nie ialah " orang yang bijak dan cerdik adalah orang yang selalu mengambil peluang untuk membuat kebaikan walau kebaikan itu nampak kecil dan sedikit..."

wallahua'lam...

Wednesday, August 24, 2011

bersendirian atau bersamaan

Alhamdulillah dapat juga bangun tadi. Nasib tak telajak macam semalam, menyesal sungguh. harap saya dapat kekalkan prestasi untuk malam besok dan setereusnya..amin.. hehe. itu lah nak mujahadah kene lah harapkan diri sendiri.emm..

"bersendirian atau bersamaan"?

topik yang tersinggah semalam dalam otak, rase kalau tak keluarkan macam tak free pulak kepala ni. ok. persoalan yang timbul, kita ni duduk dalam dunia ni sebenarnya sendiri atau bersama-sama orang lain. jom kita scan sama-sama.

1. kita lahir dari perut ibu, rasanya semua orang lahir sendiri-sendiri kecuali kembar, betul kalau kembar lahir lebih dari seorang tapi dia still sendiri sebab tak dapat comunicate sama, ada ke lahir-lahir kembar tiba-tiba boleh borak sama-sama, takda kan...

2. kita fikir sendiri-sendiri, rasa semua orang akan bermonolog dalam hati sendiri sorang-sorang,(ada ke telepati? wallahualam).. kalau ada siapa-siapa yang pernah bermonolog lebih dari sorang boleh komen nanti.hehe

3. kita dalam kubur pun sendiri-sendiri, semua orang akan di kebumikan sendiri-sendiri. kalau dikebukan ramai-ramai pun di akhirat nanti pun kita sendiri-sendiri.. sebab dalam hadis nabi banyak menyebut, setiap manuasia itu akan dihisab mengikut amalan masing-masing..emm..



bila kita bersama-sama dengan orang?

jawapan nya kita akan sentiasa bersendiri. sebab itu kita lihat ramai orang yang berjaya adalah datang dari diri sendiri. sebab apa? sebab dia fikir tentang diri sendiri. tiada siapa yang dapat menolong kita selain diri sendiri.

dalam quran juga ada menyebut. dalam surah ArRad Ayat 11:

Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka berusaha merubah nasib mereka sendiri”.

tapi dalam kita bersendirian sebenarnya kita juga bersamaan. dengan siapa?..dengan Allah SWT. sesungguhnya Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan hambanya. Allah SWT tahu segala isi hati kita. sedang saya menulis post ini juga adalah dalam pengetahuan Allah SWT, sedang anda membaca tulisan saya ini juga adalah dalam pengetahuan Allah SWT. Begitulah bertapa dekatnya kita dengan Allah SWT.

jangan kita fikir kita bersendirian, kita boleh buat apa sahaja yang kita suka. tapi ada segelintir pihak yang sengaja menduga kekuasaan Allah SWT. mereka sering membuat dosa dengan tujuan untuk melihat balasan Allah SWT. tetapi sesungguhnya Allah SWT maha bijaksana. mereka hanya tertipu dengan diri sendiri. kerana setiap perbuatan itu PASTI akan dibalas di akhirat.

saya bawakan satu cerita yang biasa saya dengar dari kecil sampailah besar. cerita ini biasa saya dengar dari ceramah. pada zaman dahulu terdapatlah sekumpulan anak murid bersama tok guru. pada suatu hari, tok guru ingin menguji anak-anak murid nya kerana ingin menguji tahap ilmu agama yang diajarkan olehnya kepada semua anak muridnya. tok guru tersebut mengumpulkan anak-anak murid nya seraya berkata "ambillah burung ini dan sembelihlah di tempat yang tersembunyi dan jauh dari sesiapapun". lalu kesemua anak muridnya pun pergi dengan membawa seekor anak burung. setelah beberapa ketika. seorang demi seorang anak murid tok guru itu kembali dengan membawa burung yang telah disembelih. tetapi mereka berasa hairan kerana salah seorang dari anak muridnya tidak pulang-pulang sehingga senja. setelah beberapa ketika barulah nampak kelibat anak muridnya yang terakhir dengan membawa burung yang masih bernyawa. tok guru bertanya" wahai anak muridku, kemanakah engkau pergi? kenapa engkau masih tidak menunaikan permintaanku?". anak murid tersebut menjawab " wahai guruku, aku telah pergi ke merata tempat, tetapi masih tidak jumpa kawasan yang tersembunyi, di mana aku pergi pasti ada yang melihat, lalu aku pulang kerana keletihan" "wahai anak muda, siapakah yang melihatmu? semua rakanmu telah menunaikan perintahku" "wahai guruku, sesungguhnya, dimana aku pergi, aku merasa Allah SWT sedang melihatku, aku minta maaf kerana tidak dapat menunaikan perintahmu" "benarlah engkau wahai pemuda, seungguhnya tiada tempat tersembunyi di dunia ini dari pengetahuan Allah SWT"...begitu lah kisahnya...

Dengan adanya rasa ihsan(rujuk hadis 40 imam nawawi) iaitu rasa keberadaan Allah SWT, kita akan sentiasa dapat menjaga diri dari melakukan dosa, inilah sebenarnya benteng orang yang beriman dan bertaqwa. dalam ayat seribu dinar bermaksud

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

pertolongan Allah SWT sentiasa bersama orang yang bertaqwa (orang yang selalu mengingati Allah SWT). sebab itu kita lihat kebanyakan sahabat Rasullullah SAW berhijrah ke merata tempat untuk menyebarkan agama islam tanpa rasa takut sehingga ada sahabat nabi yang berjaya sampai ke negara China iaitu Saad bin abi Waqas. Orang yang mempunyai ihsan yang tinggi akan sentiasa percaya bahawa bantuan Allah SWT ada dimana-mana dan bila-bila masa. semoga kita adalah dalam kalangan orang yang bertaqwa..amin..

satu lagi persoalan timbul, kalau kita bersendirian adakah kita perlu berasa individualistik dengan meninggalkan perihal orang lain?

jika kita jawab "ya", mungkin kita telah terpengaruh dengan fahaman sekular di mana setiap perkara yang dilakukan adalah untuk kepentingan diri sendiri. oleh itu, jawapannya adalah "tidak" kerana dalam islam, walaupun kita bersendirian, kita perlu menjaga hak orang lain kerana islam menekankan konsep menjaga "hablum minAllah wa hablum minannas" bermaksud menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. bertapa islam itu syumul dan luas.

mungkin selalu atau kadang-kadang kita jumpa keadaan seperti ini....kita buat baik dengan orang tetapi tidak dapat balasan dari apa kebaikan dari seseorang. jika keadaan tersebut membuatkan kita berang atau marah, bererti kita kurang faham lagi tentang konsep "menjaga hubungan". sebenarnya kita berbuat baik kepada orang lain adalah kerana Allah SWT, maka Allah SWT sajalah yang dapat membalasnya. dan perbuatan kita itu juga adalah untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT. kerana banyak dalam hadis nabi menceritakan tentang kepentingan menjaga hubungan dengan manusia dengan keredaan Allah SWT. wah nampak tak bertapa kompleksnya hukum Allah SWT dalam menjaga keharmonian agama Islam. sebab tu semua yang kita buat, ada cerita disebaliknya yang perlu kita kaji supaya kita sentiasa dalam jalan yang benar :). oleh itu berbuat baiklah dengan semua orang tanpa mengira balasan atau habuan. percayalah setiap kebaikan yang ikhlas ada balasan baik dari Allah SWT. semua itu akan dapat dilihat diakhirat kelak..:)

ops, lame sudah menaip, lame sudah duduk depan laptop.huhu.ok. kita sambung lain masa. sekian (penutup yg tak menarik haha)



Monday, August 22, 2011

Fokus!..fokus!

Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana kebanyakan tokoh-tokoh islam terdahulu mempunyai daya ingatan dan daya fikiran yang sangat kuat sehinggakan dapat menghafal berjuta-juta hadis. seperti imam syafie ketika belajar, imam syafie perlu menutup helaian yang tidak dibaca andai dia sedang membaca suatu helaian kerana jika dia membukanya, tentunya dia akan menghafal kesemua helaian. begitu hebatnya imam syafie. 

seperti biasa bila ada persoalan yang berlegar-legar dikepala saya, maka akan berlegar-legar juga ia mencari jawapan nya walau kadang tidak berapa tepat.huhu. apapun tidak salah mengutarakan pendapat kerana, mengikut apa yang saya baca, mengeluarkan pendapat juga adalah satu proses yang dapat mengasah minda. anda setuju? maka keluarlah teori Dinz. ketajaman minda biasa akan dikaitkan dengan "fokus". fokus bagi saya bererti peka dan berobjektif tinggi. lebih jelas "determination". sesorang yang fokus biasa akan sentiasa penuh dengan objektif dalam kehidupan nya sehingga menjadi benteng kepada anasir luar seperti ideologi-ideologi luar untuk mempengaruhi objektifnya. anda pula bagaimana?


Tahap fokus bergantung kepada beberapa faktor seperti mental, fizikal dan spiritual. beberapa artikel yang pernah saya singgah, menyatakan kesihatan mental adalah perkara utama dalam pembentukan aliran saraf pada sel otak. Ia sangat menpengaruhi pembentukan jaringan atau rankaian yang menyambungkan sel otak pada seluruh badan [sel badan yang menyambung pada sel tunjang]. Pernah saya terbaca, seorang pesakit yang mengalami kemalangan yang mengakibatkan kecacatan otak pada bahagian yang memproses pergerakan organ badan. mengikut teori, pesakit tersebut akan mengalami lumpuh kerana otaknya sudah rosak. tetapi apa yang mengejutkan. dia masih dapat bejalan, makan dan minum seperti biasa. pakar berpendapat, jaringan sel-sel otak dapat menghasilkan tugas yang sama dan dapat menyeimbangi fungsi otak yang telah rosak seperti kaedah hologram. iaitu penghasilan sesuatu fungsi dalam pelbagai arah. menarik bukan? lebih menarik kalau kita tahu bagaimana hendak menghasilkan jaringan yang optimum. mental atau otak dapat dirangsang melalui pelbagai cara, salah satunya adalah dari getaran bunyi. dengan getaran yang betul, resonan yang berlaku dapat mengaktifkan sel otak. selain itu cara berfikir, seperti berfikir secara mnemonic dan loci method. perbuatan yang disertakan dengan minda juga biasa diperaktikkan seperti bola sepak(strategi mengawal rakan dan musuh), silat(merasa pergerakan kurang sesaat untuk bertindak) dan bermain game(mungkin ramai tak percaya game dapat meningkatkan 30% tahap fokus dari biasa..hehe). mungkin banyak lagi...emm

faktor mental mungkin tidak mempengaruhi semua, jom beralih pada fizikal. ingat lagi masa kecik-kecik dulu, banyak makan tambahan yang di beli oleh mak saya tak makan. akhirnya luput tarikh dan buang begitu saja gara-gara tak suka makan "ubat". lepas tahu betapa pentingnya makan "ubat" barulah merayu-rayu minta belikan.haha. ya, memang makan tambahan amat penting memandangkan kemerosotan makanan sihat zaman sekarang. kalau beli ayam, mungkin ayam sudah di injek, kalau beli sayur mungkin telah ditabur kimia dan kalau beli ikan mungkin telah diawet. semua benda tersebut mengurangkan kadar kebaikan asal makan. oleh itu makan lah makanan tambahan terutamanya vitamin B complex. sangat penting untuk fungsi otak. tidur yang cukup juga mempengaruhi kesihatan fizikal. maka, jagalah fizikal badan agar sentiasa sihat untuk mendapatkan minda yang tajam. :)

faktor last sekali ialah faktor spiritual. tidak banyak saya jumpa atau langsung tidak jumpa jika faktor ini dicari dalam buku atau artikel "barat". mungkin mereka kurang percaya bahawa faktor spiritual adalah faktor yang mendomenasi kedua-dua faktor di atas dalam proses penajaman minda.wah. inilah kehebatan Islam yang makin dilupakan. sedar tidak sedar semakin hari kita makin melupakan bertapa pentingnya ilmu akhirat. persekiratan hanya membawa kita untuk sekadar mengejar kejayaan dunia sehingga meninggalkan akhirat. pernah suatu ketika dahulu, Umar Alkhattab r.a berkata selepas berjaya menawan baitulmaqdis. “Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…”

saya kaikan kekuatan spiritual ini dengan ketaqwaan. bagaimana ketaqwaan dapat menghasilkan kekuatan minda? emm...persolan yang subjektif, memerlukan jawapan yang heuristik. mari kita kembali kepada masa lampau bagaimana salahuddin Al Ayyubi ketika melawan Rechard LionHeart dalam menawan Baitulmaqdis. pada tengah malam sebelum hari peperangan, Salahuddin al ayyubi keluar berjalan-jalan di kemah tenteranya dengan senyap bertujuan untuk memantau. beliau melihat ada beberapa kemah yang masih bernyala lampunya. pada keesokannya, dalam proses mnyusun tetera, hanya beberapa unit tentera sahaja terpilih untuk berada dibarisan hadapan. mereka semua adalah orang-orang yang bangun pada waktu malam dan melakukan ibadah tika orang nyenyak tidur. akhirnya, Salahuddin alayubi mendapat kejayaan yang besar dalam peperangan tersebut.

peristiwa sebegini juga berlaku pada zaman sultan muhammad al fateh yang berjaya mrnawan bandar konstantinopal. pada hari jumaat pertama dalam bandar konstatinopal, berlaku masalah dalam pemilihan imam. kerana pada masa itu, pemilihan imam adalah kepada yang terbaik. oleh itu, Sultan pun meminta seluruh tenteranya berdiri dan bertanya, “Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini, pernah tinggal sholat fardhu silakan duduk!”. Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bererti seluruh tentera Sultan waktu itu, sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan sholat fardhu. “Siapa yang sejak baligh hingga kini, pernah meninggatkan sholat sunat rawatib silakan duduk!” Tanya Sultan lagi. Sebahagian tenteranya masih tetap tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi ada sebahagian dari tentera Sultan yang sejak balighnya tidak pernah meninggalkan sholat sunat rawatib. Kemudian Sultan bertanya lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sholat tahajjud silakan duduk!”. Kali ini seluruh tenteranya itu duduk. Yang tinggal berdiri hanya beliau sendiri. Ternyata, rupanya sejak usia baligh Sultan sendiri belum pernah meninggalkan sholat tahajjud. Maka beliaulah yang paling layak menjadi imam sholat Jumaat. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.”....Berlaku juga pada perang badar. rasanya kalau hendak cerita semua memang tak habis. Memang 100% sejarah kemenangan islam adalah atas dasar ketaqwaan.

Mungkin anda tertanya-tanya, mana jawapan soalan tadi? saya jawab " tiada jawapan". ya, tiada jawapan yang spesifik saya boleh rungkaikan, ia lebih kepada metafizik dan lebih kepada ilmu "samiyyat". tetapi dari hasil kedua-dua cerita tadi, saya rasa jawapannya ada pada orang yang bijak berfikir dan saya tahu andalah orangnya :) maka sama-samalah kita berfikir, bertapa kadang-kadang kita alpa dengan keadaan sekeliling.

ar, lupa pula, tanggal 21 ogos, (semalam) adalah jatuhnya hari al-Qud(boleh google). sama-samalah kita mengingati saudara-saudara kita di Palestin, dan sama-sama kita perjuangkan tanah islam disana. akhir kata, dalam melewati hari-hari akhir ramadan ini, marilah kita tingkatkan ibadah, tingkatkan ketaqwaan tingkatkan spiritual kita kepada Allah SWT. semoga kita dikurniakan ketajaman akal dan minda supaya kita menjadi insan yang cemerlang di Dunia dan Akhirat! Insyaallah..amin ya rabbal alamin..





Friday, August 19, 2011

Ramadan Mission

enjoy this video :)


Thursday, August 18, 2011

Hati bulat hati petak hati kecil hati besar

Assalamualaikum

Fuh lama rasanya tidak memblog, tengok post yang terakhir pun dah tahu berapa lama tuan blog ni tak mengupdate blog. Apapun jangan disangka blog ini mati, ia masih hidup tanpa berpenghuni tapi ia masih bertuan.hehe. Memang saya sudah lama berhajat nak melepaskan idea-idea dalam blog ini tapi apakan daya, perasaan malas mengarang menguasai diri, idea-idea hanya mampu diekspresi melalui status facebook.

emm..kadang kala saya terfikir, sejarah menjadi pelajar Maahad Pontian hanya tinggal sejarah, bertapalah ruginya saya kerana banyak benda yang saya belajar di sana telah banyak dilupakan, kerana fikir saya ketika itu adalah untuk mengejar cita-cita sebagai penyelidik dengan berpindah ke sekolah sains. begitulah manusia, kadangkala kerakusan mengejar dunia melupakan matlamat hidup. nasib baik masih ada rahmat dan kasih dariNYA, saya ditempatkan di UIA. dapatlah saya mengutip kembali ilmu-ilmu yang telah lama saya tinggalkan.

memang terasa ketinggalan dari rakan-rakan yang telah jauh terbang kebumi anbiya untuk mendapatkan ilmu yang dapat menjadi jambatan syurga tapi apabila mendengar ceramah-ceramah ustaz shamsuri yang biasa dibeli oleh ayah saya, sebenarnya tidaklah seseorang itu dianggap ketinggalan selagi hayat dikandung badan. maksudnya, selagi seseorang itu ada hati nak menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah ketika hayatnya, selagi itu dia adalah dianggap orang yang beruntung dan yang paling penting adalah ikhlas.

Bercakap tentang hati, mengikut apa yang saya perhatikan dari keadaan sekeliling dan idea yang terlintas dibenak fikiran saya, timbullah istilah hati bulat, hati petak, hati kecil dan hati besar. dua istilah yang pertama akan digandingkan dengan istilah dua yang akhir akan membentuk sifat yang komplek. biasa kita dengar orang akan cakap "sebulat hati..." ertinya matlamat yang satu. "hati petak" ertinya matlamat yang banyak dalam satu masa. "hati kecil" dalam istilah post ini bererti semangat yang kecil dan "hati besar" adalah semangat yang besar. Gabungan keempat-empat istilah ini akan menghasilkan empat ciri.



jom lihat hasil gabungan yang pertama. "hati bulat yang besar" iaitu seseorang yang mempunyai satu matlamat yang mantap dan bersungguh-sungguh untuk dikecapi. dari hasil pemerhatian saya, orang jenis ni biasa nya akan digelar orang hebat kerana dia akan berusaha sedaya upaya mencapai matlamatnya tidak kira ada gangguan, seboleh-bolehnya nak bejaya.  Orang yang macam ni memang senang berjaya.

bagaimana pula dengan gabungan yang kedua? "hati petak yang besar" bunyinya pun sudah wow... hasilnya...seseorang yang mempunyai banyak matlamat dan dia akan bersusah payah untuk kaut semua matlamatnya. dari yang saya lihat, orang jenis adalah 50/50. Ada orang memang boleh buat banyak kerja dalam satu masa dan semua kerja jadi. itu semestinya kelebihan kepadanya. tapi pada yang tidak...mungkin satu benda pun tak jadi..emm

gabungan yang ketiga..."hati bulat yang kecil" matlamat yang satu semangat yang kecil. walaupun bunyinya kecil tapi semangat yang macam nie biasa berterusan. walaupun orang tu sentiasa jatuh dalam perjalanan, dia akan ada masa bangun dan perjalanan tetap diteruskan. menarik bukan?..huhu..kalau jumpa orang macam ni, bagilah semangat gerenti dia boleh berjaya.

Last but not least, "hati petak kecil" yang ni satu hal juga. susah kalau ada banyak matlamat tapi semangatnya sedikit. selalu saya lihat orang macam ni terawang-awang. entah mana dia nak dia pun tidak tahu. maka saya tinggalkan perenggan ini untuk anda fikirkan sendiri..hehe...

Ingin saya nyatakan, teori yang saya kemukakan di atas adalah tiada kena mengena dengan hambaNYA di muka bumi ini. apa yang saya tulis adalah sekadar untuk mengkoreksi diri sendiri. Dalam meniti kehidupan, kadang kala kita terhilang arah dengan segala bagai benda dari segala arah. Mungkin kita akan tergolong dalam salah satu hasilan teori di atas. oleh itu, mari lah sama-sama kita memperbaiki diri dengan meletakkan satu matlamat iaitu mencapai KEREDAAN Allah SWT dan satu usaha iaitu usaha JIHAD dijalanNYA.

waduh...ada lagi rasanya yang tertinggal, tapi tak dapat nak recall. ni yang malas nak menaip sebab tak pernah nak betul-betul complete..tapi yang sikit ni pun jadi la, asalkan ada dari tiada..huhu..semoga yang sedikit ini menjadi faedah..kalau tidak kepada pembaca..kepada diri sendiri pun jadilah..

akhir kata..salam ramadan..salam sepuluh malam terakhir ramadan.. :)






Sunday, November 28, 2010

Kuatkah aku?


Sedang saya leka membuat kerja di depan komputer, tiba-tiba " enal, jom pergi masjid, kita duduk mesjid sampai insyak" ajak emak yang kelihatan sedikit penat selepas sehari bekerja. "mak macam penat aje, kalau mak penat harini kite berehat aje" saya kasihan melihat emak yang nampak letih hari ini. " tak ape, kalau mak penat mak tido kat mesjid aje" begitu lah hati emak yang tidak mengenal erti penat. " ok lah, nti enal bersiap". sebenarnya saya agak sedikit malas hari ini untuk ke masjid memndangkan ad kerja yang saya belum selesaikan, tapi tidak gamak saya nak kecilkn hati seorng ibu. saya bergegas kerana jam menunjukkan pukul 6.30ptg dan kebiasaannya waktu magrib pada pukul 7.00 malam. fikir saya "emm nak buat ap eh lepas magrib..emm"

selepas smbahyang maghrib, saya bercadang untuk membaca Quran dan menyemak semula hafalan. oh, rupa-rupanya hari ini ada program ceramah di masjid. mmg ceramah di masjid BBU adalah salah satu acara yang saya minati. tanpa belengah saya mngambil tempat di satu sudut dan memang telinga.

ustaz memulakan ceramah dengan bacaan doa. hari ini ceramah bertajuk "mukmin yang kuat" jika saya tidak silap. seperti mana kita lihat muslim itu ramai dan terdapat di serata dunia, tetapi bila melihat pada kekuatan, apa yang kita lihat, tidak dapat dinafikan Kekuatan islam itu masih pada tahap yg lemah. oleh itu sama-sama lah kita hayati bertapa pentingnya kita sebagai muslim untuk menjadi kuat dan bermaruah. bercakap tentang kuat, ada satu pepatah dari China berbunyi " jika hendak mendapat hasil yang cepat, tanam lah pokok, tetapi jika hendak hasil yang berpanjangan tanamlah orng" orang? maksudnya di sini tanamlah jiwa pada seseorng nescaya orang tersebut akan berbakti sehingga akhir hayatnya. Itulah konsep yang diterapkan ketiga zaman permulaan Islam, tauhid atau ilmu ketuhaan itu lebih banyak diterapkan untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH SWT. walau ketika itu islam itu sedikit pada zahirnya, tetapi, mereka kuat sehingga mendatangkan ketakutan pada Kumpulan Qurais pada  waktu itu.

mengikut ustaz, terdapat enam ciri yang terdapat pada seorng mukmin yng kuat. dan setiap enam ciri, terdapat enam pecahan. untuk ceramah ustaz kali ini, dia hanya membincangkan tentang ciri yang pertama iaitu taqwa. apa itu taqwa? ketaqwaan itu adalah bagaimana kita mnghadirkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan amalan ibadah dengan ikhlas dan meninggalkan kemungkaran. sesetengah orng mempunyai pandangn yang berbeza tentang ketaqwaan sehinga ada segelintir orng berkata, " ustaz tgok saja saya macam ni tapi sebenarnya dalam hati saya, saya betaqwa kepada Allah, hanya saya sahaja tahu". ya, memang betul ketaqwaan berada dalam hati seseorng tetapi, kita boleh lihat tahap ketaqwaan seseorng melalui perbuatan dan gerak geri seseorng. apakah seseorng yang berbuat kemungkaran, seperti mncuri atau merompak boleh dikatakan bertaqwa?. begitulah keadaan zahir seseorng, dimana perbuatan seseorng itu juga boleh melambangkan ketaqwaan seseorng.

mengikut kitab yang dibaca oleh ustaz, ketaqwaan boleh dipecahkan kepada enam iaitu, hubugan dengan Tuhan, Hubungan dengan ibu bapa, hubungan dengan kaum kerabat, hubungan dengan jiran, dan yang lagi dua saya tidak berapa ingat. saya akan menyemak semula ciri tersebut dan akan mengulangnya pada post akan datang, insyallah. ustaz tidak menekankan kepada tajuk hubungan Allah swt pada malam smlm, tetapi apa yang sangat ditekankan ialah hubungan dengan ibubapa. saya penah mendengar ceramah ustz shamsuri yang menjelaskan tentang salah satu tanda hari kiamat ialah semakin ramai anak yang menderhakai ibu bapa samaada secara langsung atau tidak langsung. kadang-kadang faktor luar juga mempengaruhi anak-anak zaman sekarang terutamanya rancangan-rancangan dari tv yang kurang memaparkan cerita tentang keagamaan dan keinsafan, kebanyakan nya sekarang adalah cerita tentang perbalahan, serta cerita hantu. berapa banyak la jenis hantu yang dipaparkan, dari jangn padang belakng, sampailah jgn pandang belakang congkak. apalah nak jadi dengan orng-orng yang membuat cerita ini, begitu susah cerita-cerita seperti ini dibenteras oleh para ulama suatu ketika itu, tapi kini mula dihidupkan semula. apabila ditegur merka berkata " ustaz memang kerjanya bercakap, kalau xckap die xd keje, kami hanya bwat cerita untuk dapat rezki halal". mmg mereka akan mmpertahankan cerita sebegitu, kenapa? kerana sambutan masyarkt yng tinggi untuk cerita sebegitu. apa kesannya? ramai orng dalam masyarakt akan lebih takutkan hantu dari takutkan Allah, salah siapa? maka jawablah dihadapan Allah swt di akhirat nanti.

 mengikut hadis nabi muhammad saw, riwayat al-Tarmizi di dalam sunannya, baginda bersabda " Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. maka bertapa pentingnya menjaga hati ibu dan bapa. Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Tiada seorang mukmin mempunyai kedua ibu bapa lalu ia pagi-pagi ia taat dan baik pada keduanya melainkan Allah s.w.t. membukakan untuknya daun pintu syurga, dan tidak mungkin Allah s.w.t. ridho padanya jika salah satu ibu atau bapanya murka kepadanya sehingga mendapat redha dari keduanya. Ditanya: Meskipun orang tua itu zalim? Jawabnya: Meskipun zalim. Dan didalam hadis marfu' ada tambahan: Dan tiada pagi-pagi ia durhaka (menyakiti hati) orang tuanya melainkan Allah s.w.t. membukakan baginya dua pintu neraka dan jika hanya satu maka satu." mungkin akan ada orng berkata, kalau satu pintu tertutup, mungkin masih ada lagi ada lagi satu pintu. anggapan ini adalah salah sama sekali, kedua-dua pintu tesebut adalah mewakili keredhaan Allah. jika satu sahaja pintu terbuka maka tidak sempurnalah keredhaanNYA..wallahualam.

ustaz turut bercerita tentang pengalamnnya berbual dengan seorng hamba Allah yang bermasalah dengan bapanya. "ustaz, saya xpuas hati dengan ayah saya, kedekut nak bagi duit, saya masih belajar dan mmpunyai pasangan" baru lah tahu bahawa pemuda itu lebih mementingkn pasangannya dari ayahnya. bagi kes pemuda ini ustaz tidak terus mengeluarkn hadis dan nas-nas tetapi menggunakan jawapan yng mudah untuk difikirkan. " emm..berapa lama awak kenal dengan pasangan awak? buleh saya tahu" "sudah dua tahun, saya sangat sayangkannya, kami dh bercadang untuk brkahwin" "macam mane dengan ayah awak? dah berapa lama awak kenal?" pemuda tersebut sedikit bigung "emm..mestila semenjak dari lahir ustz" " berapa umur awak sekarang?" "23" "kiranya awak dah kenal dengan ayah awak sudah 23 tahun, ok la, kita tolak dengan umur akil baligh 13 tahun, lebih kurang 20 tahun awak sudah kenal dengan ayah awak, campur tolak duduk asrama dan lain kira-kira lebih 10 tahun. awak rase yang manakah lebih penting antara 2tahun dan 10tahun." pemuda itu diam " begini lah, fikirlah ketika awak kecil, siapkah yang mnjaga awak, makan minum awak, ayah awak sentiasa jaga awak, kalau buleh sedikit pun tak mahu awak tercalar" "ya Allah ustaz, kenapa saya jahil sangat, kenapa saya tidak terfikir begitu sebelum ini, ustaz terima kasih banyak-banyak, barulah saya sedar yg saya bersalah" berkata pemuda itu dengan nada yang sangat sayu. setelah berterima kasih, pemuda itu meletakkan ganggangn talifon. ustaz itu berkata, "bagaimana orang lain yg sama seperti pemuda td? bagaimana jika mereka tidak diberi peringatan?".beginilah sedikit gambaran generasi sekarang, mereka kadang kala tidak tahu membezakan antara yang hak dan batil. begitu lah keadaan yang dikatakan seperti iman setebal kulit bawang. inilah tugas kita, kepada yang mengetahui, tegurlah sekiranya anda melihat manusia yng membuat silap.

cermah ustaz tidak berhenti disitu sahaja tetapi disebabkan sy kurang bersedia untuk mndengar cermah smlm, saya hanya menyampaikan apa yang terlintas difikiran sahaja. minta maaf. insyallah saya akan lebih bersedia untuk mnerima ilmu pada masa akan datang.

selepas tamat ceramah, tiba-tiba terfikir pula, bagaimanakah hubungan saya dengan ibu dan ayah, adakah selama ini cukup kasih saya dan berapa bnyakkah kalikah mereka terluka kerana saya? ya Allah, sesungguhnya hambaMU ini mengharap petunjuk dariMU untuk menjadi anak yang soleh dan anak yg banyak berbakti kepada orang tuanya. berbalik semula kepada ciri-ciri mukmin yang kuat, perbincangan kali ini hanya pada ciri pertama pada pecahan yang kedua, tetapi tetap diri ini terase belum dpat lagi memenuhi hubungan dengan ibubapa, saya mula ragu dan tertanya "kuatkah aku?" emmm...

Friday, March 26, 2010

jangan bercakap tentang "keselamatan" jika "sekular" itu masih menjadi pegangan

khutbah hari ini mencanai tentang isu keselamatan dan pegawai keselamatan. saya menjadi amat tidak selesa ketika mendengar khutbah yang mempersoalkan tentang keselamatan negara bukan disebabkan oleh imam yang membaca khutbah tetapi skrip khutbah yang serasanya amat tidak sesuai dijadikan tajuk khutbah. antara isi khutbah yang dapat saya rakamkan disini ialah

- pentingnya menjaga keselamatan negara
- pentingnya peranan pegawai keselamatan yang bertungkus lumus dan ada yang meninggal dunia ketika bertugas
- banyak kes-kes jenayah yang berlaku di ataranya mencuri merompak merogol meragut korupsi dan lain-lain
- menjadi tanggungjawab masyarakat untuk turut sama-sama membantu menjaga keselamatan negara
- terima kasih kepada pihak polis sempena hari polis

ya, memang kesemua isi khutbah pada jumaat kali ini semuanya berobjektifkan menjaga keselamatan tetapi apabila dinilai semula, dimanakah punca segala masalah yang timbul. adakah memang masalah-masalah ini perlu ada dalam masyarakat, lalu pegawai keselamatanlah yang perlu membenteras. anda pernah mendengar pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati". Seharusnya pepatah ini bukan tingal pepatah tetapi perlu dilihat dari pelbagai sudut dan aspek.

apabila saya mengatakan "masalah" seharusnya saya akan mengaitkan dengan "sistem pemerintahan". kenapa? ini kerana sistem pemerintahan negara sekarang adalah 90% berasaskan sistem pemerintahan negara sekular yang memisahkan antara agama dan kepercayaan dari semua aspek kehidupan. inilah sebenarnya apa yang disebut dalam al quran

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)’. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (al-Baqarah: 120)

apabila agama itu sendiri dipisahkan dari aktiviti hidup disitulah akan timbulnya bibit-bibit masalah terutamanya masalah sosial. itulah sebenarnya punca dan sebab berlakunya pelbagai masalah yang tidak pernah habis walau dibenteras sekeras mana sekalipun. Kita sebenarnya boleh membuat kajian sendiri tentang bertapa lemahnya sistem sekular dalam menjaga prinsip kemanusiaan, pergilah "google" peratus jenayah di seluruh negara yang mengamalkan sekular, boleh dikatakan kesemua negara tersebut mengalami masalah peningkatan masalah sosial dan keruntuhan akhlak. ini kerana, kesemua yang berlandaskan dunia akan berakhir dengan sia-sia dan hanya Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu. konsep ini telah dinyatakan dalam quran

"Barangsiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantunya serta meneguhkan kedudukannya"(muhammad 47:7)

mungkin sesetegah pihak yang berada dalam sistem pemerintahan sedar akan kejahilan yang berlaku tetapi mereka sentiasa berasa takut kerana sebarang perubahan ke arah islam akan menjatuhkan dan menghilangkan segala kuasa dan ativiti-aktiviti mereka. sedar tidak sedar, kesemua sinario ini sebenarnya telah berlaku di zaman pemulaan islam di Mekah, mereka(pemerintah qurais) sentiasa mencantas perkembangan islam untuk menjaga kuasa dan perniagaan berhala dan aktiviti jahil mereka walau pada hakikatknya mereka amat mengenali keperibadian Nabi Muhammad SAW dan kebenaran yang dibawanya.

apa sebenarnya yang hendak disampaikan ialah sistem pemerintahan itu sendiri perlu mengalami perubahan dan perlu menfokuskan, mengintegrasikan, dan mengorientasikan kesemua aspek pemerintahan kepada aspek pemerintahan islam untuk menyelesaikan kesemua masalah yang berlaku secara "total". ya, bukan mudah untuk meniti perubahan tetapi sesungguhnya perubahan itu tidak mustahil untuk berjaya. perubahan tidak semestinya berlaku secara ekstrem tetapi ia berlaku mengikut peringkat dan konsep ini telah pernah berjaya dalam sejarah islam itu sendiri. sebab itulah pentingnya kita meneliti semula sejarah dan mencungkil kesemua konsep-konsep pemerintahan islam itu sendiri.

aspek yang nyata kita lihat sekarang ini ialah media yang mengobjektifkan hiburan sebagai isu utama, dari segi pendidikan, hanya sedikit sahaja penerapan agama dan ia lebih berorentasikan ilmu dunia tanpa diterapkan nilai agama, dan dari aspek politik, ia lebih bermotifkan perebutan kuasa dan penyalahgunaan kuasa. jika mahu diulas kesemua aspek dan sudut yang perlu diberi perhatian, maka ruangan ini tidaklah mencukupi. mungkin perubahan ini lebih layak dilaksanakan oleh orang-orang yang mempunyai kuasa dan kelebihan dalam pemerintahan. ingatlah Allah SWT sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk membuat apa sahaja di dunia ini. tetapi ingatlah segala perbuatan dan aktiviti kita sentiasa dicatat dan kita sendiri akan menerima balasan atau ganjaran di atas apa yang berlaku.

sebelum saya akhiri post ini, sebenarnya ada suatu yang menarik perhatian saya iaitu keperibadian imam yang membaca khutbah, walau keadaan susuk tubuhnya yang sudah tua, tetapi dia masih dapat membaca ayat al Quran dengan jelas dan saya kira dia tahu akan maksud setiap rangkap ayat yang dibaca kerana ada ketika dia mengalunkan nada sedih dan sayup. itulah ruh atau cinta Allah SWT yang ada dalam hatinya. alangkah baiknya jika ruh ini ada dalam
setiap insan di dunia ini, akan tiadalah timbul masalah-masalah seperti yang berlaku sekarang. siknifikan dari ruh dan keperibadian imam itu, sepatutnya khutbah disampaikan secara bebas dan dapat membuka mata para pendengar tentang isu yang lebih rasional dan lebih terperinci dan ini adalah lebih baik dari sekadar membaca. sebenarnya ruh islam itu ada dalam setiap insan kerana setiap manusia itu dilahirkan secara fitrah(islam), tetapi apa yang amat mendukacitakan, ruh-ruh telah disekat dan adalah tangungjawab setiap insan yang mengetahui, memberi tahu kepada yang terleka, itulah dakwah dan itulah peranan kita...

Saturday, March 20, 2010

Di manakah "ia" bermula?

Tangan ini sebenarnya sudah lame gatal hendak menulis, hati ini sudah lama meraung hendak meluahkan kata-kata, tetapi apakan daya tiada lagi kekuatan untuk menulis sehinggalah saat ini. sudah dekat sebulan blog ni mendiamkan diri, banyak perkara yang ingin diperkatakan banyak kejadian perlu disampaikan, semuanya adalah datang dari petunjuk yang maha ESA.dan sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hamba-hambaNYA terkapai-kapai berseorangan di Dunia yang penuh onak dan duri. sekali tersalah jalan maka tercariklah dengan seribu duri. tetapi duri-duri ini sentiasa dilitupi dengan bunga-bunga yang sentiasa memikat sesiapa yang lemah dan terleka dari mengingati Allah. kesan carikan itu mungkin tidak dirasai didunia tetapi masanya akan tiba diakhirat. sentiasalah bertaubat selagi pintu taubat itu masih terbuka.

" Ya Allah bertapa hati ini lemah dengan ujian MU, Bertapa hati sedih dan duka tanpa keadiran MU, Ya Allah dengarlah rintihan HambamU yang hina ini, sesungguhnya aku mendambarkan keampunan dari sifat belas kasihanMu Ya allah, Sesungguhnya hidup ku ini hanyalah sepenuhnya dari Rahmat Mu Ya Allah, sekiranya engkau meninggalkan aku, Apakah daya ku untuk hidup beseorangan di dunia ini. Ya Allah, kasihanilah daku..ampunilah daku..sesungguhnya hambamu ini hanya mampu berdoa memohon belas dariMU Ya Allah Ya rabbal A'lami..."

apakah anda rasa selepas anda baca ayat di atas? sebenarnya kita sendiri yang dapat menentukan bertapa hati ini dekat pada Allah. bagi mereka yang mempunyai hati yang sentiasa mngingati Allah dan cinta sepenuhnya kepada Allah, mereka akan berasa sedih dan selalu menangis apabila menyentuh soal ketuhanan dan kebesaran Allah. hati mereka sangat sensitif pada setiap apa yang berlaku disekeliling mereka. mereka selalu mencari tanda-tanda kebesaran Allah untuk menambah iman di hati dan inilah sebenarnya rahsia keimanan yang telah diterapkan di dalam hati para sahabat nabi yang telah dilatih sejak awal pergerakan islam di Mekah.

Rasullullah melatih sahabatnya bukan bermula dari perlakuan tetapi segalanya bermula dengan hati iaitu punca segala amalan. Pada awal permulaan pergerakan islam, sahabat-sahabat Nabi SAW berkumpul di rumah Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam(Dar al-Arqam) bagi membesarkan Allah dan membersihkan hati sehinggalah hati-hati mereka cinta sepenuhnya kepada Allah dan tiada cinta dunia. dan dari situlah lahirnya, sahabat seperti Abu Bakar assiddiq, Umar Alkhattab, Uthman Alaffan dan Ali karamulwajhah. Dan perkara ini diteruskan pada zaman selepas Nabi dan lahirlah salahuddin Al Ayubi, Muhamad Al fateh juga lahirlah Hassan Al Banna dan ramai lagi. Mereka semua ini bermula dengan hati, dan diteruskan dengan perbuatan.

apabila hati telah terpaut pada cinta Allah, di situlah datangnya keikhlasan dalam membuat ibadah. Dan mereka ini tidak pernah rasa terpaksa dalam menunaikan perintah Allah malah keinginan untuk membuat ibadah itu sentiasa ada dalam hati. waima ketika menyedut udara sekalipun mereka akan menjadikan ia sebagai satu ibadah. Ya Allah, bertapa beruntungnya pada sesiapa yang mempunyai hati yang kasih kepada-MU, kurniakan lah hati itu pada kami ya Allah, sesungguhnya kami tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang rugi...

saya ingin membuat sedikit perbandingan dengan hati yang tidak dilatih dan diterapkan rasa iman. bagi golongan ini, hati mereka akan terasa berat untuk melakukan ibadah, walaupun dalam perkara yang kecil. selalunya mereka lebih cenderung kepada nafsu Ammarah yang cenderung untuk melakukan dosa walaupun sekecil-kecil dosa sehingga seberat-berat dosa seperti dalam bab menutup aurat, tidak memakai tudung atau memakai seluar pendek. iman mereka tidak mampu melawan kuasa nafsu yang menguasai hati dan sedikitpun mereka tidak berasa malu dan berdosa kepada Allah. maka bertaubatlah bagi sesiapa yang telah terlanjur melakukan dosa, ingatlah pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang ingin bertaubat. Ya Allah, jauhkan kami dari golongan ini, sesungguhnya engkau telah memberi iman didalam hati kami, dan janganlah engkau memesongkan hati kami, nescaya jika terpesong hati kami, jadilah kami dari golongan yang rugi, Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung dibawah arasy MU, Sesungguhnya Engkau Maha pengasih lagi maha penyayang kepada hamba yang selalu memngingati MU...

keimanan itu sebenarnya tidak sempurna apabila tidak diiringi dengan ilmu. kedua-duanya(iman dan ilmu) perlu seimbang dan bergerak sama. sebab itulah surah yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah surah "Iqraq" yang membawa erti "bacalah". Surah ini menunjukan betapa pentingnya bagi seorang muslim itu mencari ilmu untuk mencapai keredaan Allah. dengan ilmu itu, datanglah keimanan, kerana apabila seseorang itu mempunyai ilmu dia akan dapat membongkar segala keajaiban dan kebesaran Allah. dengan itu bertambahlah imannya. seseorang itu akan mudah tertipu dengan syaitan apabila salah satu dari keduanya tidak seimbang.

orang yang mempunyai iman yang tinggi dengan ibadah tetapi kurang ilmunya akan mudah ditipu dengan syaitan. Mari kita sama-sama selami cerita ini, pada masa dahulu terdapat seorang alim yang kuat beribadah siang dan malam. pada suatu hari, datanglah syaitan yang menyerupai manusia untuk menguji bertapa kuatnya keteguhan imannya kepada Allah SWT. lelaki ini datang dengan bertujuan untuk menumpang tidur di rumah orang alim tersebut, syaitan memulakan rancangannya dengan berpura-pura beribadah dengan berpuasa tanpa berbuka , berzikir , dan bersolat sehingga tidak tidur sehari semalam. orang alim itu berasa hairan dan begitu takjub kepada apa yang dilakukan oleh pemuda itu, lalu dia bertanya "wahai pemuda, apakah rahsia mu sehingga engkau dapat beribadah tanpa henti". Syaitan dengan gembiranya menjawab " wahai orang alim, aku dahulunya seorang peminum arak, pejudi, penzina dan pembunuh, maka jika engkau ingin menjadi sepertiku, pilihlah mana-mana sekalipun kesalahan dan bertaubatlah dan engkau akan dapat apa yang aku dapat sekarang". disebabkan orang alim itu menaruh kepercayaan yang tinggi tanpa memikirkan akibat, dia segera ke kedai menjual arak lalu meminum arak, dalam keadaan mabuk dia mula bermain judi. keadaan menjadi teruk apabila dia melakukan zina dan seterusnya membunuh orang untuk menyembunyikan perbuatannya. orang alim tersebut ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati, dengan perasaan takut tiba-tiba datanglah syaitan tadi, "wahai pemuda apakah aku patut lakukan", syaitan menjawab, "tunduk lah kepadaku", lalu orang Alim itu tunduk dan dengan serta merta mati dalam keadaan kafir. nauzubillah...


sama juga ceritanya bagi seseorang yang mempunyai banyak ilmu tetapi tidak mempunyai iman yang sempurna. ini berlaku ketika zaman nabi musa a.s, ketika seorang pemuda yang bernama Qarun meminta nabi Musa a.s untuk berdoa kepada Allah supaya dia dikurniakan kekayaan. selepas nabi Musa a.s berdoa, maka selepas beberapa lama, Qarun pun menjadi kaya, ada yang mengatakan Qarun mempunyai kelebihan dan kebijaksanaan untuk menukarkan besi kepada emas. dengan kekayaan dan kebijaksanaan yang telah dikurniakan, dia menjadi sombong dan mula melupakan Allah dan rasulnya sehingga pada suatu hari, Allah SWT telah menghukum Qarun dengan memerintahkan Bumi untuk menelan Qarun serta harta-hartanya. ternyata dari cerita ini dapatlah kita mengambil iktibar kerana pada kebiasaannya orang yang memiliki ilmu yang tinggi akan disanjung oleh orang sekeliling dan akan melemahkan iman , maka sebab itulah keseimbangan ilmu dan iman itu perlu ada dalam diri setiap insan yang bernama muslim. seperti imam mazhab (imam Malik, Imam syafie, Imam hanbali dan Imam Hanafi), walaupun mereka mempunyai ilmu yang tersangat tinggi sehingga pemikiran dan ijtihad yang dikeluarkan oleh mereka menjadi mazhab dan ikutan, mereka tidak pernah meninggi diri, malah dengan ilmu yang ada, mereka menjadi lebih tunduk dan cinta kepada Allah SWT. inilah contoh yang terbaik bagi bagaimana ilmu dan iman itu mancapai kesempurnaan.

kemungkinan contoh di atas adalah contoh yang susah untuk diterima, kerana sesetengah orang akan mempertikaikan taraf diantara imam dan orang biasa. ya, mungkin benar, tetapi tidak, kerana setiap orang itu diciptakan dengan keadaan yang sama. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya dengan meletakkan taraf atau kasta bagi kehidupan seseorang. tetapi apa yang membezakan kita ialah keimanan yang berpandukan ilmu. kita sendiri mempunyai hak samaada untuk meningkatkan iman sehingga mencapai keredaan Allah SWT atau merendahkan iman sehingga menjadi seorang yang hina disisi Allah SWT. sesunggguhnya Allah SWT telah memberi nikmat terbesar kepada manusia iaitu nikmat "kebebasan memilih". oleh itu, pilihlah cinta Allah SWT sesungguhnya janji kejayaan bukan setakat di dunia malah berpanjangan di Akhirat,insyallah, ingatlah sesungguhnya beruntung bagi orang yang mengetahui...

salah satu faktor kejayaan di Dunia dan akhirat ialah apabila kita mengetahui konsep Qada' dan Qadar. Mugkin bunyinya mudah tetapi hakikatnya tidak ramai yang betul-betul memahami konsepnya yang sebenar dan mungkin apa yang saya ingin sampaikan ini hanyalah sedikit dari maksudnya yang sebenar. kehidupan ini sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu bahagian yang dapat kita kawal dan bahagian yang hanya ditentukan oleh Allah. Jika kita faham maksud sebenar Qada dan Qadar, maka perkataan "putus asa" tidak akan pernah timbul dalam kamus hidup kita. Ayat ini mungkin biasa kita dengar "berusaha dan bertawakal", tetapi apakah maksud "berusaha" itu sendiri, dalam Al quran telah menyebut

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” (Surah Ar-Ra’d ayat 11)

dari ayat di atas dapat kita lihat bahawa memang kehidupan ini memerlukan kita untuk berusaha bagi mencapai matlamat kehidupan iaitu untuk mendapatkan keredaan Allah. Tetapi, selalunya kita hilang kawalan apabila segala usaha kita dipatahkan dengan kejadian-kejadian yang tidak diigini. ya, perkara ini sering kali berlaku pada setiap insan. inilah yang dikatakan dengan bahagian yang hanya ditentukan oleh Allah SWT yang saya sebutkan sebentar tadi iaitu bahagian yang tidak sedikitpun dapat dikawal oleh manusia. Apabila berlaku sebegini, perlulah kita memperkuatkan tawakal dan berputus asa akan membawa lagi kita kepada benih-benih kekufuran. seperti firman Allah


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (Al-Ankabut 29:1-3)

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku itu adalah dari ujian Allah SWT dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui apakah perkara yang terbaik untuk hambanya. Segala yang terjadi adalah pelindungan Allah SWT kepada hambaNYA. kemungkinan apa yang kita ingini itu sebenarnya ada tersimpan keburukan yang kita sendiri tidak tahu. jalan terbaik ialah bersangka baiklah kepada Allah SWT kerana Allah SWT tidak pernah melakukan kezaliman kepada hamba-hambanya tetapi kezaliman datang dari tangan-tangan manusia itu sendiri..

"Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan."(surah Hud 11:101)

luangkanlah sedikit masa untuk kita memuhasah dan mengkoreksi diri dan menilai kembali sejauh mana tahap cinta kita kepada Allah SWT. jika kita berasa cukup dan sudah tinggi iman kita, maka hakikatnya iman kita masih lagi bermasalah, kerana sebanyak manapun amalan kita, sebanyak manapun cinta kita, kesemuanya tidak mungkin dapat membalas sebanyak nikmat dan rahmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita. Beribadahlah, berimanlah, dan carilah ilmu sekadar yang terbaik yang kita mampu, semoga kesungguhan dan keikhlasan kita itu dinilai mulia disisi Allah SWT. rasanya cukup lah setakat ini untuk post saya kali ini, sebenarnya banyak lagi perkara yang masih lagi terbuku di hati untuk diperkatakan, tetapi apakan daya dengan ruangan post yang sedikit ini dan masa yang terhad, apa yang dapat saya katakan ialah kesyukuran yang tidak terhingga sepada Allah SWT kerana memberi saya peluang kembali untuk menulis. saya berdoa agak perjuangan ini akan berterusan sehingga nyawa di hujung halkum. biarlah kadang tertangguh tetapi janganlah ia mati ditengah jalan. apa yang saya sampaikan ini adalah datang dari Allah SWT. Segala yang baik itu adalah kesemuanya milik Allah SWT dan segala yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. Isyallah saya akan terus menulis walau satu ayat kerana nabi SAW pernah bersabda " sampaikanlah dariku walu satu ayat". sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui... wallahua'lam.

Monday, December 21, 2009

nothing "Me"

bismillah...

O Allah, Almighty One, please forgive me, Im afraid my sins will drawn me into your hell.
All my love are for YOU, i have no right to love other but YOU.
O Allah, please give me your light to guide me to the right path, i have no courage without YOU to face the tests in my life, all I get now is because of your mercy, definitely, im nothing whithout YOU. Please, help me to move my life to be a faithful best muslim, to execute the roles as Khalifah in the world, to bring Islam on the top and to bring others together to the right way to the Paradise as YOU promise to people who worship YOU.
O Allah, please hear my voice as YOUR slave, there is no way for me to succeed in the world and the hereafter without YOUR mercy. Please, hear my voice and our voice, YOU are Ar-Rahman and Ar-Rahim.



Amin ya rabbal a'lamin...




Sunday, November 29, 2009

harapan bukan tingal harapan...

bismillah

Post kali ini adalah tertumpu pada situasi yang biasa terjadi disekeliling kita yang disebabkan oleh konsep yang kadang kala disalah tafsir oleh kita sendiri. kadangkala kita mengharap sesuatu pada seseorang tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. contohnya seperti kita mengharapkan seseorang untuk menyukai kita dan dengan itu kita berusaha untuk itu, akhirnya setelah bersusah payah, tiba-tiba ia tidak berlaku. lalu menyebabkan kita rasa sedih dan akhirnya timbullah kejadian-kejadian negatif seperti "tension", "depressed" dan sebagainya.

Sebenarnya kita terlupa bahawa diantara kita dan kejadian-kejadian yang berlaku disekeliling kita adalah Allah, Tuhan yang Maha mengetahui lagi Maha Penyayang dan Pengasih. oleh itu konsep yang sebetulnya ialah pengharapan kita hanyalah kepada Allah SWT. mari kita sama-sama cungkil ayat di dalam Al-Quran yang menjadi bukti penyataan di atas..

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina" -Surah Al-Mukmin ayat 60

terdapat banyak lagi ayat al quran yang menyuruh kita berharap hanya kepadaNYA.

mari kita fikir sejenak, jika kita kesemua perbuatan kita adalah diniatkan kerana Allah SWT nescaya tiada lagi rasa kecewa dan berputus asa dalam diri. lihat dan bandingkan dengan contoh di atas. kita mengharapkan seseorang menyukai kita dan selaras dengan itu kita mengharap kepada Allah SWT supaya orang itu menyukai kita. Dengan itu kita berusaha dan berdoa, dan akhirnya orang yang kita harapkan tidak menyukai kita. sekiranya kita betul-betul mengharap hanya kepada Allah SWT, kita tidak akan berasa kecewa dan putus asa, malah iman kita semakin bertambah dan kita akan menjadi semakin bersyukur. kerana apa? kerana sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui segala apa yang telah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi dan sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, DIA tidak akan membiarkan hambanya terjerumus kekancah kejahilan dan Allah SWT sentiasa akan memberi yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Mungkin orang yang kita harapkan itu tidak sesuai untuk kita, ataupun mungkin ada lagi yang terbaik untuk kita. Lihatlah bertapa kasihnya Allah SWT kepada HambaNYA walaupun kadangkala kita terleka untuk mengingatiNYA walau dalam kadar sesaat setiap masa.


jika semua orang mengamalkan konsep yang dianjurkan oleh Islam nescaya, tiada lagi salah faham, pergaduhan, zalim menzalimi, tamak dan seangkatan dengannya. marilah kita sama-sama kembali kepada asas islam sebenar, seperti di zaman Rasullah dan para sahabat. Nescaya hidup ini akan aman dan harmoni didunia, bahkan juga di akhirat...insyallah

wallahua'lam

Sunday, November 22, 2009

"nothing personal"

"nal, nape tak tulis blog lagi?" itulah pertanyaan yang keluar dari mulut seorang kawan saya yang menyebabkan saya berfikir semula untuk menghidupkan semula blog ni. ya, tetapi penulisan selepas ini adalah hanya tetumpu pada pendapat dan pandangan saya tentang keadaan semasa. kenapa?ar, itu yang perlu anda tahu... ikutilah "post-post" yang akan datang...sekian




p/s: blog santai ak lg satu kat sedusendawa.blogspot.com harap maklum.. 8)

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...
ada salah silap harap dimaafkan...


p/s pada yang kena mengena: maapkan aku ye klo ad salah silap, klo ad terhutang tu kire halal-halalkan aje la, dose-dose korang kat ak sume ak da maafkan dh. ar, ak x le nak join raye taon ney coz naik cuti ak ader exam. pape pon kemsalam dgan sume. jempot datang kenduri mkcik aku kat kg..okies, Selamat hari rayer.. ;)


Monday, September 14, 2009

We are born...

We are born with two eyes in front,
Because we must not always look behind,
But see what lies ahead beyond us.

We are born with two ears,
One left, one right,
So we can hear both sides,
Collect the compliments and criticisms,
Taking which are right.

We are born with a brain concealed in a skull,
Then no matter how poor we are, we are still rich,
For no one can steal what our brain contains,
Packing in more jewels and rings than you can think.

We are born with two eyes, two ears,
But one mouth, for the mouth is a sharp weapon,
It can hurt, flirt and kill,
Remember our motto: talk less, listen and see more.

We are born with only one heart,
Deep in our ribs,
It reminds us to appreciate,
And give love from deep within.

dedicated to Y

Saturday, August 29, 2009

secrets of ramadhan

Today is 29 august 2009, means this is the 7th day of ramadhan. maybe some of us dont feel anything, and just fasting and breaking without taking any opportunity from this 'bulan barakah'. i myself also having the same problem in term of doing ibadah because most of us feel sleepy and lazy in the whole day. and i not refuse that there are people who have success in doing ibadah, cangratulate to them. how come they have powerful vigour to do that? complicated question for us but for them, it is simple, the answer is they know the secret of ramadhan. from hadis, Rasullullah said " if people know about the advantanges of ramadhan, for sure, they want ramadhan continue for whole year"


let me share little secrets of ramadhan in order to gain little strenght to improve our ibadah and feel what other people feel about "kemanisan beribadah di bulan ramadhan".

1. each 'pahala' of 'amalan kebajikan' will be multiple by 1000 times.
2. each 'pahala' of 'amalan sunat' will be same with pahala of 'amalan fardhu'.
3. Ramadhan is divided into three parts especially for 'orang puasa'. first, there is a lot of 'rahmat Allah', second, there is full of 'keampunan dari Allah', third, freedom from hell.

hope the dribblet of informations give us great impact to make paradigm shift. wassalam

Friday, August 28, 2009

Malaysia and Malaysianism

have you heard about "islam sekular" or "islam liberal"? when the first time i heard the words, i didnt mind anything because it actually common in malaysia, but when i go through the actual meaning of secularism and liberalism, then i know that is nonsense to hold islamic principle with secularism or liberalism or both at the same time. this must not happen in million years because they definitely different between each other. unfortunately, people just accept simply the combination without thinking and accept the formula to be implimented in national jurisprudence and then now become civil court and syaria court. let me share the surface about both, secularism and liberalism.

Secularism is the term of“secular” is from Latin word “saeculum” which conveys dual meaning of time and location. harvey cox said "secularization as the deliverance of man away from religious ideas and beliefs, understandings, forms or systems, and from metaphysical control over his reason and his language". Max Webber, a German sociologist, provides three essential components of secularization. First, "Disenchantment of Nature", It implies separation of God from the nature so that man will no longer regard nature as a divine entity. second, "Desacralization of Politics", Desacralizing means giving the secular full autonomy without reference to any ultimate foundation (like holy book). third, "Deconsecration of Values", this implies that all cultural creations and values systems which include religion and worldviews having ultimate significance as temporary.

ok then, liberalism is a belief, which is founded on humanism, in the integrity and sacredness of free individual. It emphasizes on the freedom of the individual to express their faith, thought and ideas. The ultimate claim of liberalism is the religious freedom of man who has the choice to reject or accept it. There are some history about how and liberalism was founded. Before Europe reached the new era called renaissance, they were entirely dominated by the church. The only universal European institution was the church, and even there a fragmentation of authority was the rule; all power within the church hierarchy was in the hands of local bishops. The church saw itself as the spiritual community of Christian believers and they don't believe anything about science theory. in 1610, galileo galilei, one of scientists at that time, published telescopic observations of moons of jupiter. Using this observation, he denied the theory of sun-centered released by church. from his argument, Galileo was placed under house
arrest and his movements restricted by the Pope untillsuffering fever and heart palpitations, he died. From the case, all scientists gather and founded new believe to counter Church institution. that is contradictive in history of Islam, science and teaching of Islam was coming together and there are no contradidictive between science and religious. science was studied in the mosque and imam is science teacher. This is one of beautiful things in Islam that never exist in other religions.

but it is different when we talk about liberal in islam (i emphasize liberal, not liberalism, don't create new name of islam, islam is islam). liberal in islam means, the flexibility in islam that can accept modification. it is about the way to perform ibadah, according to certain cultures or lifestyles, but not over the limit, pertaining to quran and hadith.

what im going to say is, please, don't hold any statement or ideology if you don't know about them. It will ruin your thinking style and also your and other people life. Because todays, there are organisation like to use other people in order to achieve their secret goal by making speculation and "memutarbelitkan isu" and make people confuse. for advice, make some research and you will find the truth.

like recent case about "Kartika to be caned", the issues is not really about kartika,for sure she is guilty, as muslim we must stay away from beer(or alcohol drink) even we cannot touched its bottle for any purpose, but it about syaria court, how syaria court can release the punishment with many defiance from other sides, especially from people do not understand about canning punishment in islam and from civil law that state "women cannot be subjected caning as a punishment for any offence.” Section 289 of the Criminal Procedure Code (CPC) expressly provides that no female shall be punishable with whipping. they think that the canning punishment is cruel like canning punishment that release by civil law but in reality,but it is more about simpathy and giving awareness. to know further infomation about the canning punishment, click here. actually there are many issues are contradictive between civil and syaria law. for me, syaria law is the best law to be only for jurisprudence in malaysia.

i want stress here, think and get more information before choose. i feel i want to finish my post here and every single word from this post is only my opinion, if this post make other feel annoy, forgive me,i have no point to point to anyone. if i was wrong, please help me to find the right path. wassalam

Wednesday, June 10, 2009

kisah tukaang gunting rambut dan si kene gunting

Punye la busan aku malam ni sebab aku kene tunggu abang aku balik dari shah alam dan kemungkinan sampai jb pukul 2.30am dan aku kene amik die kat bustand..mata ni pun dah mengantuk gile. Tapi tibe-tibe je aku teringat kisah tukang gunting dan si kene gunting yang aku dengar aritu kat kaset..katenye kisah benar..agak menarik..jom dengar aku cerite, hilang sikit busan aku ni..cerite die macam ni...

pada satu hari, seorang lelaki masuk la ke sebuah kedai gunting rambut yang agak besar dan berhawa dingin.. lalu lelaki itu disapa oleh sorang tukang gunting..(zaman ni orang pakai mesin kot).."Bang, nak gunting rambut ke? haa, duduk sni"..lelaki itu pun dengan tenangnye duduk di kerusi empuk yang ditunjukkan tadi dan berkata "potong pendek ye, macam biase".."oh,boleh-boleh".. suasana senyap seketika yang kedengaran hanyalah bunyi deruan mesin potong rambut.. tiba-tiba, tukang gunting rambut tu memulakan perbualan dan sehingga ke satu tajuk yang mnyentak hati lelaki itu..tukang rambut itu berkata "awak tahu tak, kat dunia ni mane ada tuhan?"..lelaki itu hanya berdiam diri untuk mendengar hujah tukang gunting tu seterusnya.."klo ada tuhan kat dunia ni, takkan la ade orang yang hidup susah, sampai ada melarat aku tengok, lagi-lagi yang kne penyakit teruk, ade yang merempat kat jalan-jalan. klo ade tuhan mesti die xkan biarkan hamba-hambanya mcm 2"..."tengok dekat palestin, kat thailand..banyak lagi la...".. tukang gunting rambut tu meneruskan hujahnya sehinga tiada apa lagi yang hendak die katakan..sementara itu, di luar kedai gunting rambut itu, lalulah seorang lelaki yang berambut panjang dan kelihatan rambutnya melekat-lekat dan duduk di sudut tiang di hadapan kedai.. lelaki, si kene gunting rambut pun berkata "emm..dkat dunia ni kalau awak nak tahu, mane ade tukang gunting rambut"..."eh,mane boleh tak ade, ni saya tengah gunting rambut ni, tak nampak ke?" tukang gunting rambut itu menjadi pelik..."ar, cube tengok lelaki kat luar tu, kalau ada tukang gunting rambut kat dunia ni..macam mane ade orang yang berambut panjang macam orang tu"..."saya tukang gunting rambut dkat sini, saya tahulah, die mmg selalu duduk situ, tak pernah datang sini. macam mane saya nak gunting rambut die. kalau orang datang mintak tolong gunting rambut kat kedai ni, saya gunting punye la".."haaa, macam tu la analoginya..tuhan ada kat dunia ni.. cuma hambaNya saje yang tidak datang kepada tuhan..tidak meminta pada tuhan...sebab tu la diorang jadi macam tu..klo tak mintak macam mane tuhan nak bagi"... lelaki itu meneruskan hujahnya.." klau tengok kat quran pon ader tulis "Mintalah kamu kepadaku, Aku perkenankan permintaan kamu itu". ( Al-Mukmin, 60)".."btol x ape yang saya cakap ni?".. tukang gunting rambut tu hanya diam membisu..

brilliant.. best tak?best kan..huhu.. bule la kite same-same amek iktibar kat cite ni..ok la, abang aku pon dah sampi dah..aku gerak dlu..

wsalam

Sunday, June 7, 2009

Jangan tunggu lame-lame(updated)

huh...lame betul aku cuti kat rumah.. penat aku tunggu.. dah dekat sebulan result offer letter.. bile la nak keluar ni... mcm mne aku nak hantar kat jpa nie?...ades..
ar, pada sape-sape yang nak mengisi borang tawaran biasiswa on9 jpa.. korang sebenarnye dah boleh buat sekarang... aku nasihatkan jangan tunggu lame-lame nti server jpa tu mesti sesak... bile sesak, kemungkinan korang xdapat nak access website esila 2...

disebabkan sekarang jpa x keluarkan butang register pade website die lagi... aku nak tunjuk kn care nak keluarkan butang register tu pade korang..hehe.. aku bagi tutorial skit dekat bawah ni...

(sowi la kawan-kawan sekalian - ader kesilapan teknikal lak kat post ney, patot ramai yang komen xle bwat..aku salah ajar rupenye... ni aku dah upadate ni..lagi detail.. insyallah bulenye..)

yang pertame skali, kne la masuk laman esila...lepas tu pegi pade kotak log masuk pengguna.. isi no. mykad korang kat ruang no mykad.. lepas 2 letak ajer password ap2... lepas tu tekan butang masuk..seperti gambar kat bawah ni...





ok, korang akan nampak seperti rajah kat bawah ni...



lepas klik akan keluar seperti ini




boleh dah register...lepas register boleh isi dah borang on9..ikut je arahan die.. pade sape-sape yang xdapat buat tu rasenye bukan time korang isi la...tapi, yang pastinye aku dah bejaye isi borang on9..hehe.. ok, tu je tok post aku yang ni..harap korang sume berjaye..gudluck ye..

wsalam

p/s: sori la..laen kali kalo aku ader silap post bagitau aje...

Wednesday, June 3, 2009

Petikan dari seorang imam...

Entry kali ni saya nak ketengahkan beberapa petikan dan riwayat dari seorang imam semoga kita dapat renung-renungkan kehidupan kita pada hari ini dengan kehidupan orang-orang terdahulu dan menjadi pedoman untuk kehidupan sehari-harian.

- Berkata Ar-rabi' : "Adalah imam Asy-Syafi'i ra. mengkhatamkan Al-Quran dalam bulan ramadhan, enam puluh kali. Semuanya dibaca dalam solat.

- Berkata Al-Hassan Al-Karabisi : "aku bermalam bersama imam Asy-Syafi'i ra. selama beberapa malam. aku lihat dia melakukan solat hampir sepertiga malam dan aku tidak melihat dia melebihkan bacaan Al-Quran melebihi 50 ayat. apabila dia memperbanyakkan maka dia akan membaca sehingga seratus ayat. apabila dia membaca ayat rahmat, dia akan berdoa kepada Allah SWT untuk dirinya dan untuk sekalian kaum muslimin dan mu'minin. Dan apabila ia membaca ayah 'azab. lalu dia akan memohon pelindungan dan kelepasan azab untuk dirinya dan untuk orang mukmin. Dia seakan-akan mengumpulkan harapan bersama dengan ketakutan."

- Imam Asy-Syafi'i pernah berkata, "Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun. Kerana kekenyangan itu memberatkan tubuh, mengesatkan hati, menghilangkan cerdik, menarikkan tidur dan melemahkan orang yang kenyang itu daripada beribadah".

- Berkata Imam Asy-Syafi'i, "Tidak pernah aku bersumpah dengan nama Allah SWT, BAik dalam hal yang benar dan apalagi bohong".

- di tanya Imam Asy-Syafi'i tentang suatu masalah, maka dia diam. Ketika ditanya kembali, "mengapa tuan tidak menjawab? Kiranya Allah merahmati tuan". Maka beliau menjawab : "aku berfikir, sehingga aku mengetahui, mana yang lebih baik,samaada diamku atau jawabku"

- Berkata Ahmad bin Yahya bin Wazir : "Pda suatu hari, keluarlah imam Asy-Syafi'i ra. pergi ke pasar lampu, lalu kami ikuti dia dari belakang. tiba-tiba ada orang yang memperbodohkan seorang ahli ilmu. Maka Imam Asy-Syafi'i menoleh kepada kami seraya berkata: "bersihkanlah pendengaranmu dari mendengar kata-kata kejiseperti kamu membersihkan lidahmu dari mengucapkannya. Sesungguhnya si pendengar adalah sekutu bagi yang berkata. Orang yang lemah fikiran, melihat kepada barang yang sangatburuk di dalam wadahnya. maka ia berusaha menuangkannya ke dalam wadahmu. Kalau ditolak perkataan orang yang lemah fikiran itu, maka akan bahagialah orang yang menolaknya, sebagaimana akan celakalah orang yang mengatakannya".

- berkata imam Asy-Syafi'i ra. : "seorang filosuf menulis surat kepada seorang filosuf. Di antara isinya ialah: Engkau telah mendapat ilmu, maka janganlah engkau kotorkan ilmumu itu dengankegelapan dosa. Nanti engkau akan tinggal dalam kegelapan, pada hari di mana ahli ilmu bekerja dengan nur ilmunya".

- Imam Asy-Syafi'i berkata: "Barang siapa mendakwa bahawa ia mengumpulkan antara cinta kepada dunia dan cinta kepada Pencipta dunia dalam hati nuraninya, maka dia adalah pembohong".

- pernah suatu ketika al-Harits, anak murid Imam Asy-Syafi'i ra, yang mempunyai suara merdu, membaca ayat :

" inilah hari yang dikala itu mereka tiada dapat berbicara. dan kepada mereka tiada diberikan keizinan, sehingga merekan dapat memajukan keberatan(pembelaan)" ( Al-Mursalat, 35-36)

dengan tiba-tiba imam Asy-Syafi'i berubah warna mukanya, berkerut kulit keningnya, badannya gementar lalu jatuh tersungkur. ketika ia sedar kembali, maka ia berkata : "Aku berlindung dengan Engkau ya Allah dari Tempat berdirinya orang-orang dusta dan penyelewengan orang-orang lengah. Ya Allah, kepadaMU jua tunduk hati orang-orang 'arifin (orang-orang yang mengenal Allah) dan membungkuk merendahkan diri orang-orang yang rindu kepada Engkau! Tuhanku! anugerahilah kepadaku limpah kurniaMu! Muliakanlah aku dengan lindunganMu! maafkanlah keteledoranku(kelalaianku) dengan kemurahanMu(Belas kasihanMu)!"

- Abdullah bin Muhammad Al-Balawi menerangkan : "kemudian ia pergi dan kamipun pergi, tatkala aku masuk Bagdad dan Asy-Syafi'i masih di Irak(tidak pernah jumpa). maka aku duduk di tepi sungai, mengambil wuduk dan bersolat. tiba-tiba lewat di sampingku seorang laki-laki, seraya berkata kepadaku :"ya, saudara!berwuduklah dengan baik, niscaya Allah SWT memberikan kepadamu kebaikan di dunia da akhirat". Lalu aku menoleh, dan bergegaslah aku berwuduk dan mengikutinya dari belakang. Mka ia memandangku seraya bertanya : "Adakah bagimu keperluan?"

"ada!", jawabku. "Ajarilah aku sedikit dari pengetahuan yang dianugerahkan kepadamu".

Maka ia menjawab : "ketahuilah! Orang yang membenarkan AllahSWT, niscaya terlepas dari bahaya. Orang yang sayang kepada agamanNya, niscaya selamat dari kehinaan.Orang yang zuhud pada dunia, niscayatetaplah dua matanya memandang pahala daripada Allah SWT pada hari esok. Apakah aku perlu tambahkan lagi?"

"ya" jawabku.

Lalu ia menyambung : "Orang yang ada padanya tiga perkara, maka sempurnalah imannya : orang yang menegakkan amar ma'ruf terhadap orang lain dan terhadap dirinya, orang yang menjalankan nahi mungkar terhadap orang lain dan terhadap dirinya dan orang-orang yang menjaga batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah SWT. apakah aku perlu tambahkan lagi?"

"ya!", jawabku.

Mka ia menyambung : "hendaklah kamu zuhud di dunia dan gemar ke akhirat. dan benarkanlah akan Allah SWT dalam segala pekerjaanmu, niscaya engkau terlepas serta orang-orang, yang terlepas dari segala mara bahaya". Kemudian ia pergi lalu aku tanyakan, siapakah orang itu? Maka orang sekeliling menjawab : "itulah imam Asy-Syafi'i"

- Menurut riwayat, perna orang bertanya kepada Imam Asy-Syafi'i ra. tentang ria', maka ia menjawab dengan tegas : "ria' adalah suatu fitnah yang diikatkan hawa nafsu untuk mendindingi pengelihatan mata hati para ulama. Lalu mereka melihat kepada ria' itu, dengan jahatnya pilihan jiwa. Maka binasalah segala amalannya".

berkata imam Asy-Syafi'i ra. : "apabila engkau takuti timbul 'ujub pada amalanmu, maka pandanglah kepada rela Tuhan yang engkau cari, pada pahala yang engkau gemari, pada siksa manapun yang engkau takuti, pada sihat yang engkau syukuri, dan pada bala yang engkau ingati. Apabila engkau renungkan salah satu dari perkara-perkara tadi maka kecillah rasanya pada matamu amalan itu"".

- Berkata imam Asy-Syafi'i : "barangsiapa tiada menjaga dirinya maka tidak bergunalah ilmunya"

- Di ceritakan bahawa Abdul kadir bin abdul Aziz adalah seorang salih dan wara'. Maka ia bertanya kepada Imam Asy-Syafi'i : "manakah yang lebih utama : sabar atau diuji atau diberikan keteguhan hati?

maka imam Asy-Syafi'i menjawab : " Diberi keteguhan hati adalah derajat Nabi-nabi. dan tak ada keteguhan hati itu selain sesudah diuji. Apabila diuji maka bersabar. Apabila sudah bersabar maka teguhlah hati. Tidakkah engkau lihat, bahwa Allah SWT menguji Nabi Ibrahim as. kemudian Allah memberikannya ketetapan hati? Allah menguji Nabi Musa as., kemdian Allah memberikannya ketetapan hati. Allah menguji Nabi Ayub as., kemudian Allah memberikannya ketetapan hati. dan Allah menguji nabi Sulaiman as., kemudian Allah memberikannya ketetapan hati dan menganugerahkannya kerajaan. maka ketetapan hati itu adalah derajat yang paling utama."

- Ditanya kepada imam Asy-Syafi'i ra.: "bilakah seorang itu dipanggil 'alim ?".

ia menjawab : "apabila ia yakin pada sesuatu ilmu lalu diajarinya ilmu itu. Kemudian ia menempuh ilmu-ilmu yang lain, maka dilihatnya, mana yang belum diperolehinya. ketika itu, barulah dia seorang 'alim ".

Friday, May 22, 2009

Pernahkah kita terfikir?


Bismillah...


Pernahkah kita terfikir bahawa selama ini kita belum betul-betul bersyukur kepada Allah SWT, sedangkan pada setiap hari betapa melimpah ruah rezeki yang telah Allah berikan kepada kita? kita selalu berdoa agar Allah mengurniakan rezeki yang luas, tapi kita jarang berdoa agar rezki yang dikurniakan olehNya menjadi pemangkin kepada peningkatan iman di dada. Bahkan lebih teruk lagi, rezki yang diberi olehNya menjadikan kita lebih lalai dan leka untuk mengingati Allah. Jika dikaji dan dilihat kembali amalan-amalan harian kita seperti cara makan, cara berpakaian, cara bergaul dan lain-lain, kita dapat melihat ketidakserasian antara amalan-amalan seharian kita dengan nilai-nilai islam sebenar. ingatlah bahawa kita hidup di atas dunia ini bukanlah dengan sia-sia sesungguhnya Allah telah berfirman


"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku."(azzariat: 56)

dan Allah juga telah berfirman


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras”.
(Ibrahim: 7)

Dengan termaktubnya ayat di atas tahulah bahawa pentingnya kita bersyukur dan meningkatkan ibadah kepada Allah kerana di akhirat kelak akan dibuka buku catitan amalan dan pada ketika kita akan menyesal kerana setiap nikmat yang Allah beri tidak dibalas dengan rasa syukur.


Apakah itu syukur sebenar? Adakah apabila kita mendapat nikmat kita hanya berdoa dan memperbanyakkan sembahyang? tidak, kesemua itu belum memadai bagi kita sebagai seorang hamba untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah. Kita silap dan selalu meremehkan hal-hal kecil seperti cara berpakaian, seperti di kaca tv, selalunya kita akan mendengar segelintir orang mengucapkan, "saya merasa bersyukur kehadrat Allah kerana dengan izinNya, saya dapat memenangi anugerah ini.", sedangkan ketika itu dia sedang berpakaian yang menjolok mata dan membuka aurat, apakah dia tidak sedar apa yang sedang dia lakukan? apakah dia sedar yang dia sedang membuat dosa? apakah dia tidak malu berkata-kata seperti itu? inilah gaya masyarakat kita pada hari ini, dan inilah kita pada hakikat sebenarnya. kita tidak perlu menuding jari kepada orang lain, berkata itu dan ini, walhal sedar atau tidak, tidak dapat dinafikan bahawa kita juga kadangkala melakukan perkara yang sama melalui konteks yang berlainan.


Lihatlah bertapa ceteknya ilmu kita pada hari ini untuk membezakan yang mana dosa dan pahala disebabkan oleh hiburan yang berterusan, bertapa kita alpa dan leka dengan pelbagai hiburan sehingga kadangkala hiburan menjadi agenda utama kehidupan. Ada yang sanggup bersengkang mata untuk berhibur kendatipun hanya memberi sesaat kegembiraan. Perkara ini berlaku sebaliknya kepada orang-orang beriman yang terdahulu, mereka berbengkak mata kerana menangis takutkan azab Allah dan sering memohon keredaanNya. Lemahnya keadaan iman kita pada hari ini, kadang kala tidak sedikitpun di dalam hati ini terasa takutkan Allah dan sanggup melakukan dosa yang berterusan sehingga pada satu tahap di mana ajal itu telah tiba, kembalilah kita kepadaNya dengan berbekalkan dosa yang bertimbun-timbun. ketika itu setiap dosa akan ditukar menjadi hukuman kita di akhirat kelak.


Ada yang berkata, "aku dah berilmu, tengoklah sijil-sijil aku, semuanya tinggi-tinggi, ijazah aku dah ambil, master aku dah master, phD memang dalam tangan, semua aku buat sendiri, tak ada orang pun tolong aku, aku tak suka benda lain selain dari belajar, bagi aku sembahyang ke doa ke tak berapa penting, yang penting belajar". berdoalah supaya kita dijauhkan dari sifat-sifat riak, kufur dan takbur. ya, memang Allah itu maha pemurah lagi maha pengasih, sebab itulah Allah tidak pernah memutuskan nikmat kepada hambaNya walaupun hambaNya itu kufur. Kita perlu tahu bahawa setiap nikmat itu bukanlah nikmat semata-mata, nikmat juga adalah ujian Allah kepada hamba-hambanya samaada hambanNya itu ikhlas beriman kepada Allah ataupun tidak. Allah telah berfirman

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."(AlAnkabut: 2-3)

Jadikanlah nikmat itu sebagai momentum untuk meningkatkan iman sehingga akan ada satu tahap di mana kita akan rasa kemanisan iman sebenar seperti yang dirasa oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW, insyaallah. firman Allah SWT

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal. Orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.” (AlAnfal: 2-4)


Inilah tugas kita, dan inilah masanya yang paling sesuai untuk kita berubah dan merubah keadaan sekeliling kita kepada yang lebih baik. Perubahan tidak mungkin akan berlaku dengan kadar secepat kebilan mata tetapi ia mungkin mengambil masa sekurun lama dengan berbekal segunung ketabahan tetapi tidak mustahil ia akan berlaku. Biarlah usaha kita berterusan, janganlah kita berputus harapan dengan kelemahan iman yang ada sekarang, sesungguhnya Allah SWT rindu akan rintihan hamba-hambaNya, memohon dan berdoa agar diberi semangat untuk terus melakukan perubahan pada diri kita dan orang lain. Walau apa sekalipun hujah kita, kita mesti ingat bahawa segala apa yang ada pada kita pada hari ini adalah hasil bekalan dan pinjaman dari Allah SWT, tidak mustahil Allah akan mengambil semula hakNya kelak.sekian