Monday, August 22, 2011

Fokus!..fokus!

Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana kebanyakan tokoh-tokoh islam terdahulu mempunyai daya ingatan dan daya fikiran yang sangat kuat sehinggakan dapat menghafal berjuta-juta hadis. seperti imam syafie ketika belajar, imam syafie perlu menutup helaian yang tidak dibaca andai dia sedang membaca suatu helaian kerana jika dia membukanya, tentunya dia akan menghafal kesemua helaian. begitu hebatnya imam syafie. 

seperti biasa bila ada persoalan yang berlegar-legar dikepala saya, maka akan berlegar-legar juga ia mencari jawapan nya walau kadang tidak berapa tepat.huhu. apapun tidak salah mengutarakan pendapat kerana, mengikut apa yang saya baca, mengeluarkan pendapat juga adalah satu proses yang dapat mengasah minda. anda setuju? maka keluarlah teori Dinz. ketajaman minda biasa akan dikaitkan dengan "fokus". fokus bagi saya bererti peka dan berobjektif tinggi. lebih jelas "determination". sesorang yang fokus biasa akan sentiasa penuh dengan objektif dalam kehidupan nya sehingga menjadi benteng kepada anasir luar seperti ideologi-ideologi luar untuk mempengaruhi objektifnya. anda pula bagaimana?


Tahap fokus bergantung kepada beberapa faktor seperti mental, fizikal dan spiritual. beberapa artikel yang pernah saya singgah, menyatakan kesihatan mental adalah perkara utama dalam pembentukan aliran saraf pada sel otak. Ia sangat menpengaruhi pembentukan jaringan atau rankaian yang menyambungkan sel otak pada seluruh badan [sel badan yang menyambung pada sel tunjang]. Pernah saya terbaca, seorang pesakit yang mengalami kemalangan yang mengakibatkan kecacatan otak pada bahagian yang memproses pergerakan organ badan. mengikut teori, pesakit tersebut akan mengalami lumpuh kerana otaknya sudah rosak. tetapi apa yang mengejutkan. dia masih dapat bejalan, makan dan minum seperti biasa. pakar berpendapat, jaringan sel-sel otak dapat menghasilkan tugas yang sama dan dapat menyeimbangi fungsi otak yang telah rosak seperti kaedah hologram. iaitu penghasilan sesuatu fungsi dalam pelbagai arah. menarik bukan? lebih menarik kalau kita tahu bagaimana hendak menghasilkan jaringan yang optimum. mental atau otak dapat dirangsang melalui pelbagai cara, salah satunya adalah dari getaran bunyi. dengan getaran yang betul, resonan yang berlaku dapat mengaktifkan sel otak. selain itu cara berfikir, seperti berfikir secara mnemonic dan loci method. perbuatan yang disertakan dengan minda juga biasa diperaktikkan seperti bola sepak(strategi mengawal rakan dan musuh), silat(merasa pergerakan kurang sesaat untuk bertindak) dan bermain game(mungkin ramai tak percaya game dapat meningkatkan 30% tahap fokus dari biasa..hehe). mungkin banyak lagi...emm

faktor mental mungkin tidak mempengaruhi semua, jom beralih pada fizikal. ingat lagi masa kecik-kecik dulu, banyak makan tambahan yang di beli oleh mak saya tak makan. akhirnya luput tarikh dan buang begitu saja gara-gara tak suka makan "ubat". lepas tahu betapa pentingnya makan "ubat" barulah merayu-rayu minta belikan.haha. ya, memang makan tambahan amat penting memandangkan kemerosotan makanan sihat zaman sekarang. kalau beli ayam, mungkin ayam sudah di injek, kalau beli sayur mungkin telah ditabur kimia dan kalau beli ikan mungkin telah diawet. semua benda tersebut mengurangkan kadar kebaikan asal makan. oleh itu makan lah makanan tambahan terutamanya vitamin B complex. sangat penting untuk fungsi otak. tidur yang cukup juga mempengaruhi kesihatan fizikal. maka, jagalah fizikal badan agar sentiasa sihat untuk mendapatkan minda yang tajam. :)

faktor last sekali ialah faktor spiritual. tidak banyak saya jumpa atau langsung tidak jumpa jika faktor ini dicari dalam buku atau artikel "barat". mungkin mereka kurang percaya bahawa faktor spiritual adalah faktor yang mendomenasi kedua-dua faktor di atas dalam proses penajaman minda.wah. inilah kehebatan Islam yang makin dilupakan. sedar tidak sedar semakin hari kita makin melupakan bertapa pentingnya ilmu akhirat. persekiratan hanya membawa kita untuk sekadar mengejar kejayaan dunia sehingga meninggalkan akhirat. pernah suatu ketika dahulu, Umar Alkhattab r.a berkata selepas berjaya menawan baitulmaqdis. “Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…”

saya kaikan kekuatan spiritual ini dengan ketaqwaan. bagaimana ketaqwaan dapat menghasilkan kekuatan minda? emm...persolan yang subjektif, memerlukan jawapan yang heuristik. mari kita kembali kepada masa lampau bagaimana salahuddin Al Ayyubi ketika melawan Rechard LionHeart dalam menawan Baitulmaqdis. pada tengah malam sebelum hari peperangan, Salahuddin al ayyubi keluar berjalan-jalan di kemah tenteranya dengan senyap bertujuan untuk memantau. beliau melihat ada beberapa kemah yang masih bernyala lampunya. pada keesokannya, dalam proses mnyusun tetera, hanya beberapa unit tentera sahaja terpilih untuk berada dibarisan hadapan. mereka semua adalah orang-orang yang bangun pada waktu malam dan melakukan ibadah tika orang nyenyak tidur. akhirnya, Salahuddin alayubi mendapat kejayaan yang besar dalam peperangan tersebut.

peristiwa sebegini juga berlaku pada zaman sultan muhammad al fateh yang berjaya mrnawan bandar konstantinopal. pada hari jumaat pertama dalam bandar konstatinopal, berlaku masalah dalam pemilihan imam. kerana pada masa itu, pemilihan imam adalah kepada yang terbaik. oleh itu, Sultan pun meminta seluruh tenteranya berdiri dan bertanya, “Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini, pernah tinggal sholat fardhu silakan duduk!”. Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bererti seluruh tentera Sultan waktu itu, sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan sholat fardhu. “Siapa yang sejak baligh hingga kini, pernah meninggatkan sholat sunat rawatib silakan duduk!” Tanya Sultan lagi. Sebahagian tenteranya masih tetap tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi ada sebahagian dari tentera Sultan yang sejak balighnya tidak pernah meninggalkan sholat sunat rawatib. Kemudian Sultan bertanya lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sholat tahajjud silakan duduk!”. Kali ini seluruh tenteranya itu duduk. Yang tinggal berdiri hanya beliau sendiri. Ternyata, rupanya sejak usia baligh Sultan sendiri belum pernah meninggalkan sholat tahajjud. Maka beliaulah yang paling layak menjadi imam sholat Jumaat. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.”....Berlaku juga pada perang badar. rasanya kalau hendak cerita semua memang tak habis. Memang 100% sejarah kemenangan islam adalah atas dasar ketaqwaan.

Mungkin anda tertanya-tanya, mana jawapan soalan tadi? saya jawab " tiada jawapan". ya, tiada jawapan yang spesifik saya boleh rungkaikan, ia lebih kepada metafizik dan lebih kepada ilmu "samiyyat". tetapi dari hasil kedua-dua cerita tadi, saya rasa jawapannya ada pada orang yang bijak berfikir dan saya tahu andalah orangnya :) maka sama-samalah kita berfikir, bertapa kadang-kadang kita alpa dengan keadaan sekeliling.

ar, lupa pula, tanggal 21 ogos, (semalam) adalah jatuhnya hari al-Qud(boleh google). sama-samalah kita mengingati saudara-saudara kita di Palestin, dan sama-sama kita perjuangkan tanah islam disana. akhir kata, dalam melewati hari-hari akhir ramadan ini, marilah kita tingkatkan ibadah, tingkatkan ketaqwaan tingkatkan spiritual kita kepada Allah SWT. semoga kita dikurniakan ketajaman akal dan minda supaya kita menjadi insan yang cemerlang di Dunia dan Akhirat! Insyaallah..amin ya rabbal alamin..





0 comments: