Friday, March 26, 2010

jangan bercakap tentang "keselamatan" jika "sekular" itu masih menjadi pegangan

khutbah hari ini mencanai tentang isu keselamatan dan pegawai keselamatan. saya menjadi amat tidak selesa ketika mendengar khutbah yang mempersoalkan tentang keselamatan negara bukan disebabkan oleh imam yang membaca khutbah tetapi skrip khutbah yang serasanya amat tidak sesuai dijadikan tajuk khutbah. antara isi khutbah yang dapat saya rakamkan disini ialah

- pentingnya menjaga keselamatan negara
- pentingnya peranan pegawai keselamatan yang bertungkus lumus dan ada yang meninggal dunia ketika bertugas
- banyak kes-kes jenayah yang berlaku di ataranya mencuri merompak merogol meragut korupsi dan lain-lain
- menjadi tanggungjawab masyarakat untuk turut sama-sama membantu menjaga keselamatan negara
- terima kasih kepada pihak polis sempena hari polis

ya, memang kesemua isi khutbah pada jumaat kali ini semuanya berobjektifkan menjaga keselamatan tetapi apabila dinilai semula, dimanakah punca segala masalah yang timbul. adakah memang masalah-masalah ini perlu ada dalam masyarakat, lalu pegawai keselamatanlah yang perlu membenteras. anda pernah mendengar pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati". Seharusnya pepatah ini bukan tingal pepatah tetapi perlu dilihat dari pelbagai sudut dan aspek.

apabila saya mengatakan "masalah" seharusnya saya akan mengaitkan dengan "sistem pemerintahan". kenapa? ini kerana sistem pemerintahan negara sekarang adalah 90% berasaskan sistem pemerintahan negara sekular yang memisahkan antara agama dan kepercayaan dari semua aspek kehidupan. inilah sebenarnya apa yang disebut dalam al quran

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)’. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (al-Baqarah: 120)

apabila agama itu sendiri dipisahkan dari aktiviti hidup disitulah akan timbulnya bibit-bibit masalah terutamanya masalah sosial. itulah sebenarnya punca dan sebab berlakunya pelbagai masalah yang tidak pernah habis walau dibenteras sekeras mana sekalipun. Kita sebenarnya boleh membuat kajian sendiri tentang bertapa lemahnya sistem sekular dalam menjaga prinsip kemanusiaan, pergilah "google" peratus jenayah di seluruh negara yang mengamalkan sekular, boleh dikatakan kesemua negara tersebut mengalami masalah peningkatan masalah sosial dan keruntuhan akhlak. ini kerana, kesemua yang berlandaskan dunia akan berakhir dengan sia-sia dan hanya Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu. konsep ini telah dinyatakan dalam quran

"Barangsiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantunya serta meneguhkan kedudukannya"(muhammad 47:7)

mungkin sesetegah pihak yang berada dalam sistem pemerintahan sedar akan kejahilan yang berlaku tetapi mereka sentiasa berasa takut kerana sebarang perubahan ke arah islam akan menjatuhkan dan menghilangkan segala kuasa dan ativiti-aktiviti mereka. sedar tidak sedar, kesemua sinario ini sebenarnya telah berlaku di zaman pemulaan islam di Mekah, mereka(pemerintah qurais) sentiasa mencantas perkembangan islam untuk menjaga kuasa dan perniagaan berhala dan aktiviti jahil mereka walau pada hakikatknya mereka amat mengenali keperibadian Nabi Muhammad SAW dan kebenaran yang dibawanya.

apa sebenarnya yang hendak disampaikan ialah sistem pemerintahan itu sendiri perlu mengalami perubahan dan perlu menfokuskan, mengintegrasikan, dan mengorientasikan kesemua aspek pemerintahan kepada aspek pemerintahan islam untuk menyelesaikan kesemua masalah yang berlaku secara "total". ya, bukan mudah untuk meniti perubahan tetapi sesungguhnya perubahan itu tidak mustahil untuk berjaya. perubahan tidak semestinya berlaku secara ekstrem tetapi ia berlaku mengikut peringkat dan konsep ini telah pernah berjaya dalam sejarah islam itu sendiri. sebab itulah pentingnya kita meneliti semula sejarah dan mencungkil kesemua konsep-konsep pemerintahan islam itu sendiri.

aspek yang nyata kita lihat sekarang ini ialah media yang mengobjektifkan hiburan sebagai isu utama, dari segi pendidikan, hanya sedikit sahaja penerapan agama dan ia lebih berorentasikan ilmu dunia tanpa diterapkan nilai agama, dan dari aspek politik, ia lebih bermotifkan perebutan kuasa dan penyalahgunaan kuasa. jika mahu diulas kesemua aspek dan sudut yang perlu diberi perhatian, maka ruangan ini tidaklah mencukupi. mungkin perubahan ini lebih layak dilaksanakan oleh orang-orang yang mempunyai kuasa dan kelebihan dalam pemerintahan. ingatlah Allah SWT sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk membuat apa sahaja di dunia ini. tetapi ingatlah segala perbuatan dan aktiviti kita sentiasa dicatat dan kita sendiri akan menerima balasan atau ganjaran di atas apa yang berlaku.

sebelum saya akhiri post ini, sebenarnya ada suatu yang menarik perhatian saya iaitu keperibadian imam yang membaca khutbah, walau keadaan susuk tubuhnya yang sudah tua, tetapi dia masih dapat membaca ayat al Quran dengan jelas dan saya kira dia tahu akan maksud setiap rangkap ayat yang dibaca kerana ada ketika dia mengalunkan nada sedih dan sayup. itulah ruh atau cinta Allah SWT yang ada dalam hatinya. alangkah baiknya jika ruh ini ada dalam
setiap insan di dunia ini, akan tiadalah timbul masalah-masalah seperti yang berlaku sekarang. siknifikan dari ruh dan keperibadian imam itu, sepatutnya khutbah disampaikan secara bebas dan dapat membuka mata para pendengar tentang isu yang lebih rasional dan lebih terperinci dan ini adalah lebih baik dari sekadar membaca. sebenarnya ruh islam itu ada dalam setiap insan kerana setiap manusia itu dilahirkan secara fitrah(islam), tetapi apa yang amat mendukacitakan, ruh-ruh telah disekat dan adalah tangungjawab setiap insan yang mengetahui, memberi tahu kepada yang terleka, itulah dakwah dan itulah peranan kita...

0 comments: