Thursday, August 18, 2011

Hati bulat hati petak hati kecil hati besar

Assalamualaikum

Fuh lama rasanya tidak memblog, tengok post yang terakhir pun dah tahu berapa lama tuan blog ni tak mengupdate blog. Apapun jangan disangka blog ini mati, ia masih hidup tanpa berpenghuni tapi ia masih bertuan.hehe. Memang saya sudah lama berhajat nak melepaskan idea-idea dalam blog ini tapi apakan daya, perasaan malas mengarang menguasai diri, idea-idea hanya mampu diekspresi melalui status facebook.

emm..kadang kala saya terfikir, sejarah menjadi pelajar Maahad Pontian hanya tinggal sejarah, bertapalah ruginya saya kerana banyak benda yang saya belajar di sana telah banyak dilupakan, kerana fikir saya ketika itu adalah untuk mengejar cita-cita sebagai penyelidik dengan berpindah ke sekolah sains. begitulah manusia, kadangkala kerakusan mengejar dunia melupakan matlamat hidup. nasib baik masih ada rahmat dan kasih dariNYA, saya ditempatkan di UIA. dapatlah saya mengutip kembali ilmu-ilmu yang telah lama saya tinggalkan.

memang terasa ketinggalan dari rakan-rakan yang telah jauh terbang kebumi anbiya untuk mendapatkan ilmu yang dapat menjadi jambatan syurga tapi apabila mendengar ceramah-ceramah ustaz shamsuri yang biasa dibeli oleh ayah saya, sebenarnya tidaklah seseorang itu dianggap ketinggalan selagi hayat dikandung badan. maksudnya, selagi seseorang itu ada hati nak menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah ketika hayatnya, selagi itu dia adalah dianggap orang yang beruntung dan yang paling penting adalah ikhlas.

Bercakap tentang hati, mengikut apa yang saya perhatikan dari keadaan sekeliling dan idea yang terlintas dibenak fikiran saya, timbullah istilah hati bulat, hati petak, hati kecil dan hati besar. dua istilah yang pertama akan digandingkan dengan istilah dua yang akhir akan membentuk sifat yang komplek. biasa kita dengar orang akan cakap "sebulat hati..." ertinya matlamat yang satu. "hati petak" ertinya matlamat yang banyak dalam satu masa. "hati kecil" dalam istilah post ini bererti semangat yang kecil dan "hati besar" adalah semangat yang besar. Gabungan keempat-empat istilah ini akan menghasilkan empat ciri.



jom lihat hasil gabungan yang pertama. "hati bulat yang besar" iaitu seseorang yang mempunyai satu matlamat yang mantap dan bersungguh-sungguh untuk dikecapi. dari hasil pemerhatian saya, orang jenis ni biasa nya akan digelar orang hebat kerana dia akan berusaha sedaya upaya mencapai matlamatnya tidak kira ada gangguan, seboleh-bolehnya nak bejaya.  Orang yang macam ni memang senang berjaya.

bagaimana pula dengan gabungan yang kedua? "hati petak yang besar" bunyinya pun sudah wow... hasilnya...seseorang yang mempunyai banyak matlamat dan dia akan bersusah payah untuk kaut semua matlamatnya. dari yang saya lihat, orang jenis adalah 50/50. Ada orang memang boleh buat banyak kerja dalam satu masa dan semua kerja jadi. itu semestinya kelebihan kepadanya. tapi pada yang tidak...mungkin satu benda pun tak jadi..emm

gabungan yang ketiga..."hati bulat yang kecil" matlamat yang satu semangat yang kecil. walaupun bunyinya kecil tapi semangat yang macam nie biasa berterusan. walaupun orang tu sentiasa jatuh dalam perjalanan, dia akan ada masa bangun dan perjalanan tetap diteruskan. menarik bukan?..huhu..kalau jumpa orang macam ni, bagilah semangat gerenti dia boleh berjaya.

Last but not least, "hati petak kecil" yang ni satu hal juga. susah kalau ada banyak matlamat tapi semangatnya sedikit. selalu saya lihat orang macam ni terawang-awang. entah mana dia nak dia pun tidak tahu. maka saya tinggalkan perenggan ini untuk anda fikirkan sendiri..hehe...

Ingin saya nyatakan, teori yang saya kemukakan di atas adalah tiada kena mengena dengan hambaNYA di muka bumi ini. apa yang saya tulis adalah sekadar untuk mengkoreksi diri sendiri. Dalam meniti kehidupan, kadang kala kita terhilang arah dengan segala bagai benda dari segala arah. Mungkin kita akan tergolong dalam salah satu hasilan teori di atas. oleh itu, mari lah sama-sama kita memperbaiki diri dengan meletakkan satu matlamat iaitu mencapai KEREDAAN Allah SWT dan satu usaha iaitu usaha JIHAD dijalanNYA.

waduh...ada lagi rasanya yang tertinggal, tapi tak dapat nak recall. ni yang malas nak menaip sebab tak pernah nak betul-betul complete..tapi yang sikit ni pun jadi la, asalkan ada dari tiada..huhu..semoga yang sedikit ini menjadi faedah..kalau tidak kepada pembaca..kepada diri sendiri pun jadilah..

akhir kata..salam ramadan..salam sepuluh malam terakhir ramadan.. :)






0 comments: