Friday, May 22, 2009

Pernahkah kita terfikir?


Bismillah...


Pernahkah kita terfikir bahawa selama ini kita belum betul-betul bersyukur kepada Allah SWT, sedangkan pada setiap hari betapa melimpah ruah rezeki yang telah Allah berikan kepada kita? kita selalu berdoa agar Allah mengurniakan rezeki yang luas, tapi kita jarang berdoa agar rezki yang dikurniakan olehNya menjadi pemangkin kepada peningkatan iman di dada. Bahkan lebih teruk lagi, rezki yang diberi olehNya menjadikan kita lebih lalai dan leka untuk mengingati Allah. Jika dikaji dan dilihat kembali amalan-amalan harian kita seperti cara makan, cara berpakaian, cara bergaul dan lain-lain, kita dapat melihat ketidakserasian antara amalan-amalan seharian kita dengan nilai-nilai islam sebenar. ingatlah bahawa kita hidup di atas dunia ini bukanlah dengan sia-sia sesungguhnya Allah telah berfirman


"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku."(azzariat: 56)

dan Allah juga telah berfirman


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras”.
(Ibrahim: 7)

Dengan termaktubnya ayat di atas tahulah bahawa pentingnya kita bersyukur dan meningkatkan ibadah kepada Allah kerana di akhirat kelak akan dibuka buku catitan amalan dan pada ketika kita akan menyesal kerana setiap nikmat yang Allah beri tidak dibalas dengan rasa syukur.


Apakah itu syukur sebenar? Adakah apabila kita mendapat nikmat kita hanya berdoa dan memperbanyakkan sembahyang? tidak, kesemua itu belum memadai bagi kita sebagai seorang hamba untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah. Kita silap dan selalu meremehkan hal-hal kecil seperti cara berpakaian, seperti di kaca tv, selalunya kita akan mendengar segelintir orang mengucapkan, "saya merasa bersyukur kehadrat Allah kerana dengan izinNya, saya dapat memenangi anugerah ini.", sedangkan ketika itu dia sedang berpakaian yang menjolok mata dan membuka aurat, apakah dia tidak sedar apa yang sedang dia lakukan? apakah dia sedar yang dia sedang membuat dosa? apakah dia tidak malu berkata-kata seperti itu? inilah gaya masyarakat kita pada hari ini, dan inilah kita pada hakikat sebenarnya. kita tidak perlu menuding jari kepada orang lain, berkata itu dan ini, walhal sedar atau tidak, tidak dapat dinafikan bahawa kita juga kadangkala melakukan perkara yang sama melalui konteks yang berlainan.


Lihatlah bertapa ceteknya ilmu kita pada hari ini untuk membezakan yang mana dosa dan pahala disebabkan oleh hiburan yang berterusan, bertapa kita alpa dan leka dengan pelbagai hiburan sehingga kadangkala hiburan menjadi agenda utama kehidupan. Ada yang sanggup bersengkang mata untuk berhibur kendatipun hanya memberi sesaat kegembiraan. Perkara ini berlaku sebaliknya kepada orang-orang beriman yang terdahulu, mereka berbengkak mata kerana menangis takutkan azab Allah dan sering memohon keredaanNya. Lemahnya keadaan iman kita pada hari ini, kadang kala tidak sedikitpun di dalam hati ini terasa takutkan Allah dan sanggup melakukan dosa yang berterusan sehingga pada satu tahap di mana ajal itu telah tiba, kembalilah kita kepadaNya dengan berbekalkan dosa yang bertimbun-timbun. ketika itu setiap dosa akan ditukar menjadi hukuman kita di akhirat kelak.


Ada yang berkata, "aku dah berilmu, tengoklah sijil-sijil aku, semuanya tinggi-tinggi, ijazah aku dah ambil, master aku dah master, phD memang dalam tangan, semua aku buat sendiri, tak ada orang pun tolong aku, aku tak suka benda lain selain dari belajar, bagi aku sembahyang ke doa ke tak berapa penting, yang penting belajar". berdoalah supaya kita dijauhkan dari sifat-sifat riak, kufur dan takbur. ya, memang Allah itu maha pemurah lagi maha pengasih, sebab itulah Allah tidak pernah memutuskan nikmat kepada hambaNya walaupun hambaNya itu kufur. Kita perlu tahu bahawa setiap nikmat itu bukanlah nikmat semata-mata, nikmat juga adalah ujian Allah kepada hamba-hambanya samaada hambanNya itu ikhlas beriman kepada Allah ataupun tidak. Allah telah berfirman

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."(AlAnkabut: 2-3)

Jadikanlah nikmat itu sebagai momentum untuk meningkatkan iman sehingga akan ada satu tahap di mana kita akan rasa kemanisan iman sebenar seperti yang dirasa oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW, insyaallah. firman Allah SWT

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal. Orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki yang mulia.” (AlAnfal: 2-4)


Inilah tugas kita, dan inilah masanya yang paling sesuai untuk kita berubah dan merubah keadaan sekeliling kita kepada yang lebih baik. Perubahan tidak mungkin akan berlaku dengan kadar secepat kebilan mata tetapi ia mungkin mengambil masa sekurun lama dengan berbekal segunung ketabahan tetapi tidak mustahil ia akan berlaku. Biarlah usaha kita berterusan, janganlah kita berputus harapan dengan kelemahan iman yang ada sekarang, sesungguhnya Allah SWT rindu akan rintihan hamba-hambaNya, memohon dan berdoa agar diberi semangat untuk terus melakukan perubahan pada diri kita dan orang lain. Walau apa sekalipun hujah kita, kita mesti ingat bahawa segala apa yang ada pada kita pada hari ini adalah hasil bekalan dan pinjaman dari Allah SWT, tidak mustahil Allah akan mengambil semula hakNya kelak.sekian

Saturday, May 9, 2009

dikala dingin malam

Dikala dingin malam, aku terasa sunyi dengan hanya ditemani bunyi deruan angin yang menyejukkan suasana malam yang mendung diselangi dengan rintitan air hujan dan keadaan di luar ketika itu amat gelap gelita dan aku hanya ditemani oleh cahaya lampu kalimantang. Dalam tika itu, telintas di benak fikiranku betapa bumi ini turut menangis kerana takut kepada Allah SWT, walhal aku yang diciptakan lebih sempurna dari makhluk lain di muka bumi ini masih ragu-ragu dengan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Apakah aku akan terus begini? Apakah aku tidak sedar bahawa suatu masa kelak aku akan dihantar ke muka pengadilan dihadapan Allah SWT? Apakah aku tidak takut dengan janji seksaan yang amat pedih kepada hambanya yang lalai dan leka dengan nikmat dunia yang disalahguna?. Disaat itu, deras air mataku mengalir, terasa sebak didadaku, tiada jawapan yang dapat aku ungkapkan, tiada madah yang dapat aku bahaskan, baru aku sedar betapa jahilnye hidup menumpang di dunia ciptaan Allah SWT. Ingin sahaja aku meraung memecah kesunyian malam di atas kelalaian aku tetapi aku tidak mampu, adakah ruang untuk aku kembali kepada fitrah asal kejadian seorang manusia sebagai hamba yang sepatutnya mentauhidkan Allah dimuka bumi ini?. Aku mula melangkah longlai, dengan sedikit iman yang tersimpan didada, aku bangun berdiri menunaikan solat sunat. Setiap gerakan terasa berat tika fikiran singgah memikirkan azab yang disediakan untuk hamba lalai seperti aku, setiap bacaan menambah derasan dan sebak didada, terasa amat malu kepadaNYA tuhan sekelian alam dengan kejahilan lampau yang membutakan mata hatiku. Setiap saat aku merasa risau, dimanakah tempat aku kelak? Adakah lagi tempat aku disisiNYA? Berderai kembali air mataku. Aku amat berharap kepada Allah SWT, yang maha pengampun lagi maha penyayang agar mengampunkan segala dosaku, menerangkan kembali cahaya hati yang telah lama usang, memberi peluang lagi kepada aku untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan nikmatNYA yang tidak putus yang dikurniakan kepada semua hamba, tidak kira kepada yang beriman ataupun tidak. Maha Besar Tuhan sekelian alam. Sesungguhnya aku akan menyesali dosa ini hingga nafas terakhirku.


Wahai sahabat sekalian, sedarlah bahawa hidup kita tidak lama di atas muka bumi ini. Seperti Rasul junjungan telah bersabda, dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Jarak masa aku diutuskan dengan berlakunya Hari Kiamat adalah seperti dua jari ini (iaitu jari telunjuk dan jari tengah)."(HR Muslim), begitulah hampirnya kiamat dengan kita. Ingatlah, walau kita rasa kiamat dunia itu lama, hasil serangan pemikiran orientalis yang mengandaikan kiamat berlaku pada 2100, sesungguhnya ingatlah kiamat kecil itu sendiri yang akan mendatangi kita pada bila-bila masa sahaja. Apakah kita sudah menilai sedalam-dalamnya amalan-amalan kita sehingga kita berpuas hati dengan keadaan kita sekarang? Fikirkanlah sebelum terlambat, sebelum penyesalan itu datang ketika kita sudah tidak punyai apa-apa, dan tika itu peluang sudah tiada lagi, bahawasanya kita adalah orang yang rugi ketika itu.


Dikatakan setelah amalan kita dihisab, kita punyai satu ujian yang akan ditentukan sendiri oleh amalan kita iaitu melepasi titian yang menyambungkan kita ke syurga dan terbentang dibawahnya neraka jahanam yang menyala-nyala apinya. Nabi Muhammad SAW telah mengambarkan bahawa jambatan tersebut adalah lebih tipis dari sehelai rambut dan lebih tajam dari sebilah pedang. Dikatakan semasa merentasinya, ada mereka yang berjaya menyeberangi, ada juga yang berjaya namun luka terkena sabatan duri-duri dan besi-besi kait yang merobek sebahagian anggota tubuhnya sementara ada yang gagal sehingga terjatuh dan terjerembab dengan wajahnya terlebih dahulu masuk ke dalam api menyala-nyala Neraka Jahannam(nauzubillah).


“Dan Neraka Jahannam itu memiliki jembatan yang lebih tipis dari rambut dan lebih tajam dari pedang. Di atasnya ada besi-besi yang berpengait dan duri-duri yang mengambil siapa saja yang dikehendaki Allah. Dan manusia di atas jembatan itu ada yang (melintas) laksana kedipan mata, ada yang laksana kilat dan ada yang laksana angin, ada yang laksana kuda yang berlari kencang dan ada yang laksana onta berjalan. Dan para malaikat berkata: ”Rabbi sallim. Rabbi sallim.” ( ”Ya Allah, selamatkanlah. Selamatkanlah.”) Maka ada yang selamat, ada yang tercabik-cabik lalu diselamatkan dan juga ada yang digulung dalam neraka di atas wajahnya.” (HR Ahmad 23649)


Pada ketika itu orang-orang yang beriman akan termasuk dalam golongan yang melepasi jambatan sirat dengan selamat tanpa sedikit pun kecederaan dan mereka adalah golongan yang berhak untuk melangkah ke pintu syurga. Namun apa yang menjadi persoalan utama, apakah keadaan kita ketika itu?adakah berjaya atau tidak?. Mari kita sama-sama merenung kembali hadis Nabi Muhammad SAW:-


“Allah akan memanggil umat manusia di akhirat nanti dengan nama-nama mereka ada tirai penghalang dari-Nya. Adapun di atas jembatan Allah memberikan cahaya kepada setiap orang beriman dan orang munafiq. Bila mereka telah berada di tengah jembatan, Allah-pun segera merampas cahaya orang-orang munafiq. Mereka menyeru kepada orang-orang beriman: ”Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebagian dari cahaya kamu.” (QS Al-Hadid ayat 13) Dan berdoalah orang-orang beriman: ”Ya Rabb kami, sempurnakanlah untuk kami cahaya kami.”(QS At-Tahrim ayat 8) Ketika itulah setiap orang tidak akan ingat orang lain.” (HR Thabrani 11079)


Tahulah kita bahawa kunci melepasi jambatan sirat adalah dengan keimanan yang nyata dalam hati kerana pada saat menyeberangi jambatan sirat setiap orang dibekali Allah cahaya agar mampu melihat jalan yang sedang disusuri di atas jembatan tersebut. Dan bila ia termasuk dalam golongan mukmin sejati cahaya yang diterimanya itu akan setia menemani dan menyinari dirinya sepanjang perjalanan itu hingga sampai ke ujung menjelang pintu surge. Janganlah kita masuk kepada golongan yang berpura-pura yang pada zahirnya begitu komited kepada islam tetapi pada hakikatnya mereka adalah orang-orang yang mempunyai perasaan benci kepada islam dan sering menunggu masa untuk menghancurkan islam itu sendiri. Sesungguhnya mereka ini akan bersama-sama golongan orang beriman merentasi titian sirat, tetapi cahaya mereka akan hilang di pertengahan jalan dan jatuh ke lembah neraka.


”Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak, (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mu'min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak. Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu". Dikatakan (kepada mereka): "Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)". Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mu'min) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri dan menunggu (kehancuran kami) dan kamu ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kamu telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu. Maka pada hari ini tidak diterima tebusan dari kamu dan tidak pula dari orang-orang kafir. Tempat kamu ialah neraka. Dialah tempat berlindungmu. Dan dia adalah sejahat-jahat tempat kembali.” (QS Al-Hadid ayat 11-15)


Maka apakah amal perbuatan kita yang melayakkan kita Berjaya merentasi jambatan sirat? Apakah cahaya dari amalan kita cukup untuk menerangi perjalan merentasi jambatan sirat? Ternyata tidak, dan ternyata sebaik-baik jalan adalah kembali semula kepada islam sebenar. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Allah SWT telah berfirman:-


”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan Taubatan Nasuhan (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu". (QS At-Tahrim ayat 8)

Al-Hakim meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, dari Nabi Muhammad SAW, beliau bersabda: ”Shirath itu setajam pedang dan sangat menggelincirkan.” Beliau melanjutkan: ”Lalu mereka melintas sesuai dengan cahaya yang mereka miliki. Maka di antara mereka ada yang melintas secepat meteor, ada pula yang melintas secepat kedipan mata, ada pula yang melintas secepat angin, ada pula yang melintas seperti orang berlari, dan ada pula yang berjalan dengan cepat. Mereka melintas sesuai amal perbuatan mereka, hingga tibalah saat orang yang cahayanya ada di jari jempol kedua kakinya melintas, satu tangannya jatuh, dan satu tangannya lagi menggantung, satu kakinya jatuh dan satu kakinya lagi menggantung, kedua sisinya terkena api neraka.”


Dengan ini, sama-samalah kita bergandingan menuju ke jalan syurga. Janganlah kita meninggalkan sahabat-sahabat kita yang sedang lalai dengan hayalan dunia. Janganlah mereka menjadi penyebab kita ditarik ke neraka disebabkan keangkuhan kita dalam beribadah yang akan dijadikan bahan persoalan mereka kepada kita “apakah yang dilakukan oleh kita untuk menyedarkan mereka?” Sebarkanlah islam dengan kadar kemampuan kita, sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada hasil seruan kita tetapi Allah melihat kepada usaha yang ikhlas dari hambaNYA. Marilah kita saling mengingati dan melindungi sahabat-sahabat seiman dengan kita.


“Barangsiapa melindungi seorang Mukmin dari kejahatan orang Munafik, Allah akan mengutus malaikat untuk melindungi daging orang itu –pada hari Kiamat- dari neraka jahannam. Barangsiapa menuduh seorang Muslim dengan tujuan ingin mencemarkannya, maka Allah akan menahannya di atas jembatan neraka jahannam hingga orang itu dibersihkan dari dosa perkataan buruknya.” (HR Abu Dawud 4239)


Sekian, Wallahua’alam.




Wednesday, May 6, 2009

Hari Ibu

Dedikasi untuk ibu


Orang kata aku lahir dari perut mak...

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan ... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... . mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu..... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah..... mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipo n mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......


Tapi kalau mak sudah tiada..... ......

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,


"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.



Best regards,
Hanum Syahida Hussin
Zainal Abidin Hussin

Sunday, May 3, 2009

Apa ada disebalik H1N1?

Kekewatiran warga dunia terhadap ancaman penyakit flu burung baru mula reda, kini kita digoncang lagi dengan ancaman penyakit baru iaitu flu babi. Penyebaran virus influenza tipe A H1N1 ini adalah lebih cepat jika dibandingkan dengan flu burung, sehingga WHO meningkatkan tahap berwaspada dari tingkat empat ke tingkat lima, ini bermakna flu babi ini sudah sampai ke tahap pandemi atau akan menjadi wabak global.

Waktu ini, selain di Maxico, negara AS, Kanada, Spanyol dan Israel telah mewawarkan bahawa ada warganya yang sudah terkena virus flu babi. Bagaimana dengan Malaysia? Untuk sementara waktu kita mungkin masih menghela nafas lega kerana Menteri Kesihatan mengatakan bahwa virus flu babi hanya mampu hidup dalam cuaca dingin, dan tidak dapat bertahan di iklim tropika.

Munculnya penyakit-penyakit menular yang berasal dari virus yang dibawa oleh haiwan, seperti AIDS yang katanya dari monyet, flu burung dan sekarang flu babi, menyebabkan timbulnya banyak persoalan, darimanakah semua virus-virus tersebut datang, apakah mungkin sebuah virus atau penyakit dapat muncul dengan begitu sahaja atau ada pihak yang sengaja menyebarkan virus tersebut?

Sebuah buku berjudul "Deadly Mist, Keupayaan Amerika Merosakkan Kesihatan Manusia" yang ditulis oleh Jerry D Gray mungkin dapat menjawab semua pertanyaan-pertanyaan itu, tanpa bermaksud untuk melontarkan tuduhan pada satu pihak, tapi sebagai bahan ilmiah yang dapat membuat kita lebih waspada terhadap berbagai ancaman penyakit menular yang muncul dalam beberapa tahun belakangan ini.

Jerry D Gray adalah warga negara AS keturunan Jerman yang pernah bergabung di dinas Angkatan Udara AS. Gray yang kini menetap di Indonesia juga adalah seorang mualaf yang aktif berdakwah dan menulis buku berkaitan dengan politik dan media massa di AS.

Dalam bukunya "Deadly Mist" Gray secara jelasnya memaparkan peranan AS dalam pembuatan zat-zat biologi dan kimia yang berbahaya bagi manusia, seperti MSG, Aspartam (gula buatan), fluoride dan zat-zat mematikan lainnya. Penggunaan senjata biologi bahkan sudah dilakukan dalam penaklukan benua Amerika untuk "memusnahkan" orang-orang Indian, penuduk asli benua itu.

Dalam buku tersebut Gray juga memaparkan konspirasi jahat disebalik penyebaran virus AIDS, Antrax sampai flu burung dan menyatakan bahawa penularan penyakit itu telah dengan sengaja dikontaminasi pada manusia sebagai bahan ujikaji malah untuk kepentingan industri ubat-ubatan mereka untuk meraut keuntungan yang berlipat kali ganda. Yang lebih kejam lagi, AS juga menjadikan rakyatnya sendiri sebagai objek ujikaji bahan kimia dan biologi berbahaya buatan mereka sendiri.

Menurut Gray, semua itu dilakukan bukan tanpa alasan. Zat-zat kimia dan biologi berbahaya, pemulaan penyakit dan virus-virus dan vaksin sengaja dicipta dan disebarkan ke manusia untuk satu tujuan, keamanan nasional dan mewujudkan apa yang disebut "World New Order". Dalam buku itu Gray menyebutkan bahwa sejak Perang Dunia II, AS dan pimpinan Nazi, Adolf Hitler secara rahsia bersepakat untuk mewujudkan "world new order" bagi kepentingan mereka. Para pendokong "World New Order" ini mempunyai misi rahsia iaitu;

1. Mencipta satu pemerintahan dunia

2. Mencipta satu pemimpin dunia

3. Mencipta satu kepercayaan (baru) dunia

4. Menjaga dan melindungi ras unggul (orang-orang kulit putih sehat, melalui pengendalian jumlah penduduk)

5. Menjadikan warga negara dunia ketiga sebagai pembantu atau buruh.

Untuk mencapai misi itulah mereka telah mencipta zat-zat kimia dan biologi berbahaya, penularan penyakit dan virus-virus yang boleh membawa maut sebagai "senjata pemusnah massal yang sangat efektif", malah membuat ubat-ubatan yang dicampur dengan racun untuk penduduk negara dunia ketiga.

yang menjadi persoalan,adakah flu babi yang sedang merebak ini adalah sebahagian dari konspirasi jahat mereka? Wallahualam bishowab. Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita dari segala bentuk kejahatan dan penyakit dan sentiasa memberi petunjuk pada yang benar dan yang batil.amin

(Editing by zenal)

Mysteries of H1N1

MANY MYSTERIES

The virus has killed 176 people in Mexico and spread to at least 10 other countries but most of the cases outside Mexico have been mild, an observation that has intrigued everyone.

Nobody knows for sure how this virus came to be, which animal passed it to the first human patient and when that occurred.

But experts expect to find out a little more through analyzing its samples and tracking its DNA changes over time.

"The current analysis indicates this is mainly a swine virus, but further whole genome sequencing throughout the pandemic period and comparison with previous purely swine viruses (isolated from pigs) will be able to tell us which genes are mutating to allow pig-to-human transmission and then more efficient human-to-human transmission," said the scientist with the government hospital in Asia.

"If you can sequence full viral genomes at regular time points during the pandemic, you can see how the pandemic strain is evolving with the human pandemic and which genes are evolving in parallel with new clinical and epidemiological developments, for example, say patients now do not get diarrhea as a routine feature of the current virus strain, but later on, they start to develop diarrhea -- which gene mutation may have lead to this new clinical feature?"

The virus, which had never been seen until it turned up in people in Mexico, is designated H1N1, within the same family as the seasonal human H1N1 flu virus. But curiously, the H1N1 component in the current human flu vaccine offers no protection.

"We need a new vaccine (to fight the new flu virus), it only takes one amino acid change in the whole protein makeup of the virus to escape the vaccine," said Itzstein.

The CDC is making available virus samples for manufacturers to make a vaccine as needed.

"We will quickly get hold of the seed of the new flu virus ... and produce a vaccine," Japan's Health Minister Yoichi Masuzoe told a news conference on Thursday.

However some experts doubt if that is practical. A vaccine is not expected to be commercially available until 3 to 6 months after licensing, by which time a pandemic may have entered another phase, or may just be over. The World Health Organization will decide later whether one is needed.

(Copied from science daily dot com)