Alhamdulillah dapat juga bangun tadi. Nasib tak telajak macam semalam, menyesal sungguh. harap saya dapat kekalkan prestasi untuk malam besok dan setereusnya..amin.. hehe. itu lah nak mujahadah kene lah harapkan diri sendiri.emm..
"bersendirian atau bersamaan"?
topik yang tersinggah semalam dalam otak, rase kalau tak keluarkan macam tak free pulak kepala ni. ok. persoalan yang timbul, kita ni duduk dalam dunia ni sebenarnya sendiri atau bersama-sama orang lain. jom kita scan sama-sama.
1. kita lahir dari perut ibu, rasanya semua orang lahir sendiri-sendiri kecuali kembar, betul kalau kembar lahir lebih dari seorang tapi dia still sendiri sebab tak dapat comunicate sama, ada ke lahir-lahir kembar tiba-tiba boleh borak sama-sama, takda kan...
2. kita fikir sendiri-sendiri, rasa semua orang akan bermonolog dalam hati sendiri sorang-sorang,(ada ke telepati? wallahualam).. kalau ada siapa-siapa yang pernah bermonolog lebih dari sorang boleh komen nanti.hehe
3. kita dalam kubur pun sendiri-sendiri, semua orang akan di kebumikan sendiri-sendiri. kalau dikebukan ramai-ramai pun di akhirat nanti pun kita sendiri-sendiri.. sebab dalam hadis nabi banyak menyebut, setiap manuasia itu akan dihisab mengikut amalan masing-masing..emm..
bila kita bersama-sama dengan orang?
jawapan nya kita akan sentiasa bersendiri. sebab itu kita lihat ramai orang yang berjaya adalah datang dari diri sendiri. sebab apa? sebab dia fikir tentang diri sendiri. tiada siapa yang dapat menolong kita selain diri sendiri.
dalam quran juga ada menyebut. dalam surah ArRad Ayat 11:
Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka berusaha merubah nasib mereka sendiri”.
tapi dalam kita bersendirian sebenarnya kita juga bersamaan. dengan siapa?..dengan Allah SWT. sesungguhnya Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan hambanya. Allah SWT tahu segala isi hati kita. sedang saya menulis post ini juga adalah dalam pengetahuan Allah SWT, sedang anda membaca tulisan saya ini juga adalah dalam pengetahuan Allah SWT. Begitulah bertapa dekatnya kita dengan Allah SWT.
jangan kita fikir kita bersendirian, kita boleh buat apa sahaja yang kita suka. tapi ada segelintir pihak yang sengaja menduga kekuasaan Allah SWT. mereka sering membuat dosa dengan tujuan untuk melihat balasan Allah SWT. tetapi sesungguhnya Allah SWT maha bijaksana. mereka hanya tertipu dengan diri sendiri. kerana setiap perbuatan itu PASTI akan dibalas di akhirat.
saya bawakan satu cerita yang biasa saya dengar dari kecil sampailah besar. cerita ini biasa saya dengar dari ceramah. pada zaman dahulu terdapatlah sekumpulan anak murid bersama tok guru. pada suatu hari, tok guru ingin menguji anak-anak murid nya kerana ingin menguji tahap ilmu agama yang diajarkan olehnya kepada semua anak muridnya. tok guru tersebut mengumpulkan anak-anak murid nya seraya berkata "ambillah burung ini dan sembelihlah di tempat yang tersembunyi dan jauh dari sesiapapun". lalu kesemua anak muridnya pun pergi dengan membawa seekor anak burung. setelah beberapa ketika. seorang demi seorang anak murid tok guru itu kembali dengan membawa burung yang telah disembelih. tetapi mereka berasa hairan kerana salah seorang dari anak muridnya tidak pulang-pulang sehingga senja. setelah beberapa ketika barulah nampak kelibat anak muridnya yang terakhir dengan membawa burung yang masih bernyawa. tok guru bertanya" wahai anak muridku, kemanakah engkau pergi? kenapa engkau masih tidak menunaikan permintaanku?". anak murid tersebut menjawab " wahai guruku, aku telah pergi ke merata tempat, tetapi masih tidak jumpa kawasan yang tersembunyi, di mana aku pergi pasti ada yang melihat, lalu aku pulang kerana keletihan" "wahai anak muda, siapakah yang melihatmu? semua rakanmu telah menunaikan perintahku" "wahai guruku, sesungguhnya, dimana aku pergi, aku merasa Allah SWT sedang melihatku, aku minta maaf kerana tidak dapat menunaikan perintahmu" "benarlah engkau wahai pemuda, seungguhnya tiada tempat tersembunyi di dunia ini dari pengetahuan Allah SWT"...begitu lah kisahnya...
Dengan adanya rasa ihsan(rujuk hadis 40 imam nawawi) iaitu rasa keberadaan Allah SWT, kita akan sentiasa dapat menjaga diri dari melakukan dosa, inilah sebenarnya benteng orang yang beriman dan bertaqwa. dalam ayat seribu dinar bermaksud
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
pertolongan Allah SWT sentiasa bersama orang yang bertaqwa (orang yang selalu mengingati Allah SWT). sebab itu kita lihat kebanyakan sahabat Rasullullah SAW berhijrah ke merata tempat untuk menyebarkan agama islam tanpa rasa takut sehingga ada sahabat nabi yang berjaya sampai ke negara China iaitu Saad bin abi Waqas. Orang yang mempunyai ihsan yang tinggi akan sentiasa percaya bahawa bantuan Allah SWT ada dimana-mana dan bila-bila masa. semoga kita adalah dalam kalangan orang yang bertaqwa..amin..
satu lagi persoalan timbul, kalau kita bersendirian adakah kita perlu berasa individualistik dengan meninggalkan perihal orang lain?
jika kita jawab "ya", mungkin kita telah terpengaruh dengan fahaman sekular di mana setiap perkara yang dilakukan adalah untuk kepentingan diri sendiri. oleh itu, jawapannya adalah "tidak" kerana dalam islam, walaupun kita bersendirian, kita perlu menjaga hak orang lain kerana islam menekankan konsep menjaga "hablum minAllah wa hablum minannas" bermaksud menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. bertapa islam itu syumul dan luas.
mungkin selalu atau kadang-kadang kita jumpa keadaan seperti ini....kita buat baik dengan orang tetapi tidak dapat balasan dari apa kebaikan dari seseorang. jika keadaan tersebut membuatkan kita berang atau marah, bererti kita kurang faham lagi tentang konsep "menjaga hubungan". sebenarnya kita berbuat baik kepada orang lain adalah kerana Allah SWT, maka Allah SWT sajalah yang dapat membalasnya. dan perbuatan kita itu juga adalah untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT. kerana banyak dalam hadis nabi menceritakan tentang kepentingan menjaga hubungan dengan manusia dengan keredaan Allah SWT. wah nampak tak bertapa kompleksnya hukum Allah SWT dalam menjaga keharmonian agama Islam. sebab tu semua yang kita buat, ada cerita disebaliknya yang perlu kita kaji supaya kita sentiasa dalam jalan yang benar :). oleh itu berbuat baiklah dengan semua orang tanpa mengira balasan atau habuan. percayalah setiap kebaikan yang ikhlas ada balasan baik dari Allah SWT. semua itu akan dapat dilihat diakhirat kelak..:)
ops, lame sudah menaip, lame sudah duduk depan laptop.huhu.ok. kita sambung lain masa. sekian (penutup yg tak menarik haha)