Friday, March 26, 2010

jangan bercakap tentang "keselamatan" jika "sekular" itu masih menjadi pegangan

khutbah hari ini mencanai tentang isu keselamatan dan pegawai keselamatan. saya menjadi amat tidak selesa ketika mendengar khutbah yang mempersoalkan tentang keselamatan negara bukan disebabkan oleh imam yang membaca khutbah tetapi skrip khutbah yang serasanya amat tidak sesuai dijadikan tajuk khutbah. antara isi khutbah yang dapat saya rakamkan disini ialah

- pentingnya menjaga keselamatan negara
- pentingnya peranan pegawai keselamatan yang bertungkus lumus dan ada yang meninggal dunia ketika bertugas
- banyak kes-kes jenayah yang berlaku di ataranya mencuri merompak merogol meragut korupsi dan lain-lain
- menjadi tanggungjawab masyarakat untuk turut sama-sama membantu menjaga keselamatan negara
- terima kasih kepada pihak polis sempena hari polis

ya, memang kesemua isi khutbah pada jumaat kali ini semuanya berobjektifkan menjaga keselamatan tetapi apabila dinilai semula, dimanakah punca segala masalah yang timbul. adakah memang masalah-masalah ini perlu ada dalam masyarakat, lalu pegawai keselamatanlah yang perlu membenteras. anda pernah mendengar pepatah "mencegah lebih baik dari mengubati". Seharusnya pepatah ini bukan tingal pepatah tetapi perlu dilihat dari pelbagai sudut dan aspek.

apabila saya mengatakan "masalah" seharusnya saya akan mengaitkan dengan "sistem pemerintahan". kenapa? ini kerana sistem pemerintahan negara sekarang adalah 90% berasaskan sistem pemerintahan negara sekular yang memisahkan antara agama dan kepercayaan dari semua aspek kehidupan. inilah sebenarnya apa yang disebut dalam al quran

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)’. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (al-Baqarah: 120)

apabila agama itu sendiri dipisahkan dari aktiviti hidup disitulah akan timbulnya bibit-bibit masalah terutamanya masalah sosial. itulah sebenarnya punca dan sebab berlakunya pelbagai masalah yang tidak pernah habis walau dibenteras sekeras mana sekalipun. Kita sebenarnya boleh membuat kajian sendiri tentang bertapa lemahnya sistem sekular dalam menjaga prinsip kemanusiaan, pergilah "google" peratus jenayah di seluruh negara yang mengamalkan sekular, boleh dikatakan kesemua negara tersebut mengalami masalah peningkatan masalah sosial dan keruntuhan akhlak. ini kerana, kesemua yang berlandaskan dunia akan berakhir dengan sia-sia dan hanya Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu. konsep ini telah dinyatakan dalam quran

"Barangsiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantunya serta meneguhkan kedudukannya"(muhammad 47:7)

mungkin sesetegah pihak yang berada dalam sistem pemerintahan sedar akan kejahilan yang berlaku tetapi mereka sentiasa berasa takut kerana sebarang perubahan ke arah islam akan menjatuhkan dan menghilangkan segala kuasa dan ativiti-aktiviti mereka. sedar tidak sedar, kesemua sinario ini sebenarnya telah berlaku di zaman pemulaan islam di Mekah, mereka(pemerintah qurais) sentiasa mencantas perkembangan islam untuk menjaga kuasa dan perniagaan berhala dan aktiviti jahil mereka walau pada hakikatknya mereka amat mengenali keperibadian Nabi Muhammad SAW dan kebenaran yang dibawanya.

apa sebenarnya yang hendak disampaikan ialah sistem pemerintahan itu sendiri perlu mengalami perubahan dan perlu menfokuskan, mengintegrasikan, dan mengorientasikan kesemua aspek pemerintahan kepada aspek pemerintahan islam untuk menyelesaikan kesemua masalah yang berlaku secara "total". ya, bukan mudah untuk meniti perubahan tetapi sesungguhnya perubahan itu tidak mustahil untuk berjaya. perubahan tidak semestinya berlaku secara ekstrem tetapi ia berlaku mengikut peringkat dan konsep ini telah pernah berjaya dalam sejarah islam itu sendiri. sebab itulah pentingnya kita meneliti semula sejarah dan mencungkil kesemua konsep-konsep pemerintahan islam itu sendiri.

aspek yang nyata kita lihat sekarang ini ialah media yang mengobjektifkan hiburan sebagai isu utama, dari segi pendidikan, hanya sedikit sahaja penerapan agama dan ia lebih berorentasikan ilmu dunia tanpa diterapkan nilai agama, dan dari aspek politik, ia lebih bermotifkan perebutan kuasa dan penyalahgunaan kuasa. jika mahu diulas kesemua aspek dan sudut yang perlu diberi perhatian, maka ruangan ini tidaklah mencukupi. mungkin perubahan ini lebih layak dilaksanakan oleh orang-orang yang mempunyai kuasa dan kelebihan dalam pemerintahan. ingatlah Allah SWT sentiasa memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk membuat apa sahaja di dunia ini. tetapi ingatlah segala perbuatan dan aktiviti kita sentiasa dicatat dan kita sendiri akan menerima balasan atau ganjaran di atas apa yang berlaku.

sebelum saya akhiri post ini, sebenarnya ada suatu yang menarik perhatian saya iaitu keperibadian imam yang membaca khutbah, walau keadaan susuk tubuhnya yang sudah tua, tetapi dia masih dapat membaca ayat al Quran dengan jelas dan saya kira dia tahu akan maksud setiap rangkap ayat yang dibaca kerana ada ketika dia mengalunkan nada sedih dan sayup. itulah ruh atau cinta Allah SWT yang ada dalam hatinya. alangkah baiknya jika ruh ini ada dalam
setiap insan di dunia ini, akan tiadalah timbul masalah-masalah seperti yang berlaku sekarang. siknifikan dari ruh dan keperibadian imam itu, sepatutnya khutbah disampaikan secara bebas dan dapat membuka mata para pendengar tentang isu yang lebih rasional dan lebih terperinci dan ini adalah lebih baik dari sekadar membaca. sebenarnya ruh islam itu ada dalam setiap insan kerana setiap manusia itu dilahirkan secara fitrah(islam), tetapi apa yang amat mendukacitakan, ruh-ruh telah disekat dan adalah tangungjawab setiap insan yang mengetahui, memberi tahu kepada yang terleka, itulah dakwah dan itulah peranan kita...

Saturday, March 20, 2010

Di manakah "ia" bermula?

Tangan ini sebenarnya sudah lame gatal hendak menulis, hati ini sudah lama meraung hendak meluahkan kata-kata, tetapi apakan daya tiada lagi kekuatan untuk menulis sehinggalah saat ini. sudah dekat sebulan blog ni mendiamkan diri, banyak perkara yang ingin diperkatakan banyak kejadian perlu disampaikan, semuanya adalah datang dari petunjuk yang maha ESA.dan sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hamba-hambaNYA terkapai-kapai berseorangan di Dunia yang penuh onak dan duri. sekali tersalah jalan maka tercariklah dengan seribu duri. tetapi duri-duri ini sentiasa dilitupi dengan bunga-bunga yang sentiasa memikat sesiapa yang lemah dan terleka dari mengingati Allah. kesan carikan itu mungkin tidak dirasai didunia tetapi masanya akan tiba diakhirat. sentiasalah bertaubat selagi pintu taubat itu masih terbuka.

" Ya Allah bertapa hati ini lemah dengan ujian MU, Bertapa hati sedih dan duka tanpa keadiran MU, Ya Allah dengarlah rintihan HambamU yang hina ini, sesungguhnya aku mendambarkan keampunan dari sifat belas kasihanMu Ya allah, Sesungguhnya hidup ku ini hanyalah sepenuhnya dari Rahmat Mu Ya Allah, sekiranya engkau meninggalkan aku, Apakah daya ku untuk hidup beseorangan di dunia ini. Ya Allah, kasihanilah daku..ampunilah daku..sesungguhnya hambamu ini hanya mampu berdoa memohon belas dariMU Ya Allah Ya rabbal A'lami..."

apakah anda rasa selepas anda baca ayat di atas? sebenarnya kita sendiri yang dapat menentukan bertapa hati ini dekat pada Allah. bagi mereka yang mempunyai hati yang sentiasa mngingati Allah dan cinta sepenuhnya kepada Allah, mereka akan berasa sedih dan selalu menangis apabila menyentuh soal ketuhanan dan kebesaran Allah. hati mereka sangat sensitif pada setiap apa yang berlaku disekeliling mereka. mereka selalu mencari tanda-tanda kebesaran Allah untuk menambah iman di hati dan inilah sebenarnya rahsia keimanan yang telah diterapkan di dalam hati para sahabat nabi yang telah dilatih sejak awal pergerakan islam di Mekah.

Rasullullah melatih sahabatnya bukan bermula dari perlakuan tetapi segalanya bermula dengan hati iaitu punca segala amalan. Pada awal permulaan pergerakan islam, sahabat-sahabat Nabi SAW berkumpul di rumah Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam(Dar al-Arqam) bagi membesarkan Allah dan membersihkan hati sehinggalah hati-hati mereka cinta sepenuhnya kepada Allah dan tiada cinta dunia. dan dari situlah lahirnya, sahabat seperti Abu Bakar assiddiq, Umar Alkhattab, Uthman Alaffan dan Ali karamulwajhah. Dan perkara ini diteruskan pada zaman selepas Nabi dan lahirlah salahuddin Al Ayubi, Muhamad Al fateh juga lahirlah Hassan Al Banna dan ramai lagi. Mereka semua ini bermula dengan hati, dan diteruskan dengan perbuatan.

apabila hati telah terpaut pada cinta Allah, di situlah datangnya keikhlasan dalam membuat ibadah. Dan mereka ini tidak pernah rasa terpaksa dalam menunaikan perintah Allah malah keinginan untuk membuat ibadah itu sentiasa ada dalam hati. waima ketika menyedut udara sekalipun mereka akan menjadikan ia sebagai satu ibadah. Ya Allah, bertapa beruntungnya pada sesiapa yang mempunyai hati yang kasih kepada-MU, kurniakan lah hati itu pada kami ya Allah, sesungguhnya kami tidak mahu tergolong dalam kalangan orang yang rugi...

saya ingin membuat sedikit perbandingan dengan hati yang tidak dilatih dan diterapkan rasa iman. bagi golongan ini, hati mereka akan terasa berat untuk melakukan ibadah, walaupun dalam perkara yang kecil. selalunya mereka lebih cenderung kepada nafsu Ammarah yang cenderung untuk melakukan dosa walaupun sekecil-kecil dosa sehingga seberat-berat dosa seperti dalam bab menutup aurat, tidak memakai tudung atau memakai seluar pendek. iman mereka tidak mampu melawan kuasa nafsu yang menguasai hati dan sedikitpun mereka tidak berasa malu dan berdosa kepada Allah. maka bertaubatlah bagi sesiapa yang telah terlanjur melakukan dosa, ingatlah pintu taubat sentiasa terbuka kepada orang yang ingin bertaubat. Ya Allah, jauhkan kami dari golongan ini, sesungguhnya engkau telah memberi iman didalam hati kami, dan janganlah engkau memesongkan hati kami, nescaya jika terpesong hati kami, jadilah kami dari golongan yang rugi, Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung dibawah arasy MU, Sesungguhnya Engkau Maha pengasih lagi maha penyayang kepada hamba yang selalu memngingati MU...

keimanan itu sebenarnya tidak sempurna apabila tidak diiringi dengan ilmu. kedua-duanya(iman dan ilmu) perlu seimbang dan bergerak sama. sebab itulah surah yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah surah "Iqraq" yang membawa erti "bacalah". Surah ini menunjukan betapa pentingnya bagi seorang muslim itu mencari ilmu untuk mencapai keredaan Allah. dengan ilmu itu, datanglah keimanan, kerana apabila seseorang itu mempunyai ilmu dia akan dapat membongkar segala keajaiban dan kebesaran Allah. dengan itu bertambahlah imannya. seseorang itu akan mudah tertipu dengan syaitan apabila salah satu dari keduanya tidak seimbang.

orang yang mempunyai iman yang tinggi dengan ibadah tetapi kurang ilmunya akan mudah ditipu dengan syaitan. Mari kita sama-sama selami cerita ini, pada masa dahulu terdapat seorang alim yang kuat beribadah siang dan malam. pada suatu hari, datanglah syaitan yang menyerupai manusia untuk menguji bertapa kuatnya keteguhan imannya kepada Allah SWT. lelaki ini datang dengan bertujuan untuk menumpang tidur di rumah orang alim tersebut, syaitan memulakan rancangannya dengan berpura-pura beribadah dengan berpuasa tanpa berbuka , berzikir , dan bersolat sehingga tidak tidur sehari semalam. orang alim itu berasa hairan dan begitu takjub kepada apa yang dilakukan oleh pemuda itu, lalu dia bertanya "wahai pemuda, apakah rahsia mu sehingga engkau dapat beribadah tanpa henti". Syaitan dengan gembiranya menjawab " wahai orang alim, aku dahulunya seorang peminum arak, pejudi, penzina dan pembunuh, maka jika engkau ingin menjadi sepertiku, pilihlah mana-mana sekalipun kesalahan dan bertaubatlah dan engkau akan dapat apa yang aku dapat sekarang". disebabkan orang alim itu menaruh kepercayaan yang tinggi tanpa memikirkan akibat, dia segera ke kedai menjual arak lalu meminum arak, dalam keadaan mabuk dia mula bermain judi. keadaan menjadi teruk apabila dia melakukan zina dan seterusnya membunuh orang untuk menyembunyikan perbuatannya. orang alim tersebut ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati, dengan perasaan takut tiba-tiba datanglah syaitan tadi, "wahai pemuda apakah aku patut lakukan", syaitan menjawab, "tunduk lah kepadaku", lalu orang Alim itu tunduk dan dengan serta merta mati dalam keadaan kafir. nauzubillah...


sama juga ceritanya bagi seseorang yang mempunyai banyak ilmu tetapi tidak mempunyai iman yang sempurna. ini berlaku ketika zaman nabi musa a.s, ketika seorang pemuda yang bernama Qarun meminta nabi Musa a.s untuk berdoa kepada Allah supaya dia dikurniakan kekayaan. selepas nabi Musa a.s berdoa, maka selepas beberapa lama, Qarun pun menjadi kaya, ada yang mengatakan Qarun mempunyai kelebihan dan kebijaksanaan untuk menukarkan besi kepada emas. dengan kekayaan dan kebijaksanaan yang telah dikurniakan, dia menjadi sombong dan mula melupakan Allah dan rasulnya sehingga pada suatu hari, Allah SWT telah menghukum Qarun dengan memerintahkan Bumi untuk menelan Qarun serta harta-hartanya. ternyata dari cerita ini dapatlah kita mengambil iktibar kerana pada kebiasaannya orang yang memiliki ilmu yang tinggi akan disanjung oleh orang sekeliling dan akan melemahkan iman , maka sebab itulah keseimbangan ilmu dan iman itu perlu ada dalam diri setiap insan yang bernama muslim. seperti imam mazhab (imam Malik, Imam syafie, Imam hanbali dan Imam Hanafi), walaupun mereka mempunyai ilmu yang tersangat tinggi sehingga pemikiran dan ijtihad yang dikeluarkan oleh mereka menjadi mazhab dan ikutan, mereka tidak pernah meninggi diri, malah dengan ilmu yang ada, mereka menjadi lebih tunduk dan cinta kepada Allah SWT. inilah contoh yang terbaik bagi bagaimana ilmu dan iman itu mancapai kesempurnaan.

kemungkinan contoh di atas adalah contoh yang susah untuk diterima, kerana sesetengah orang akan mempertikaikan taraf diantara imam dan orang biasa. ya, mungkin benar, tetapi tidak, kerana setiap orang itu diciptakan dengan keadaan yang sama. Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya dengan meletakkan taraf atau kasta bagi kehidupan seseorang. tetapi apa yang membezakan kita ialah keimanan yang berpandukan ilmu. kita sendiri mempunyai hak samaada untuk meningkatkan iman sehingga mencapai keredaan Allah SWT atau merendahkan iman sehingga menjadi seorang yang hina disisi Allah SWT. sesunggguhnya Allah SWT telah memberi nikmat terbesar kepada manusia iaitu nikmat "kebebasan memilih". oleh itu, pilihlah cinta Allah SWT sesungguhnya janji kejayaan bukan setakat di dunia malah berpanjangan di Akhirat,insyallah, ingatlah sesungguhnya beruntung bagi orang yang mengetahui...

salah satu faktor kejayaan di Dunia dan akhirat ialah apabila kita mengetahui konsep Qada' dan Qadar. Mugkin bunyinya mudah tetapi hakikatnya tidak ramai yang betul-betul memahami konsepnya yang sebenar dan mungkin apa yang saya ingin sampaikan ini hanyalah sedikit dari maksudnya yang sebenar. kehidupan ini sebenarnya terbahagi kepada dua, iaitu bahagian yang dapat kita kawal dan bahagian yang hanya ditentukan oleh Allah. Jika kita faham maksud sebenar Qada dan Qadar, maka perkataan "putus asa" tidak akan pernah timbul dalam kamus hidup kita. Ayat ini mungkin biasa kita dengar "berusaha dan bertawakal", tetapi apakah maksud "berusaha" itu sendiri, dalam Al quran telah menyebut

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” (Surah Ar-Ra’d ayat 11)

dari ayat di atas dapat kita lihat bahawa memang kehidupan ini memerlukan kita untuk berusaha bagi mencapai matlamat kehidupan iaitu untuk mendapatkan keredaan Allah. Tetapi, selalunya kita hilang kawalan apabila segala usaha kita dipatahkan dengan kejadian-kejadian yang tidak diigini. ya, perkara ini sering kali berlaku pada setiap insan. inilah yang dikatakan dengan bahagian yang hanya ditentukan oleh Allah SWT yang saya sebutkan sebentar tadi iaitu bahagian yang tidak sedikitpun dapat dikawal oleh manusia. Apabila berlaku sebegini, perlulah kita memperkuatkan tawakal dan berputus asa akan membawa lagi kita kepada benih-benih kekufuran. seperti firman Allah


"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta" (Al-Ankabut 29:1-3)

“Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

sesungguhnya kejadian-kejadian yang berlaku itu adalah dari ujian Allah SWT dan sesungguhnya Allah lebih mengetahui apakah perkara yang terbaik untuk hambanya. Segala yang terjadi adalah pelindungan Allah SWT kepada hambaNYA. kemungkinan apa yang kita ingini itu sebenarnya ada tersimpan keburukan yang kita sendiri tidak tahu. jalan terbaik ialah bersangka baiklah kepada Allah SWT kerana Allah SWT tidak pernah melakukan kezaliman kepada hamba-hambanya tetapi kezaliman datang dari tangan-tangan manusia itu sendiri..

"Dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri. Tuhan-tuhan mereka tidak berguna bagi mereka, yang mereka seru selain daripada Allah sedikit pun, apabila perintah Pemelihara kamu datang; dan mereka tidak menambah bagi mereka, kecuali dalam kebinasaan."(surah Hud 11:101)

luangkanlah sedikit masa untuk kita memuhasah dan mengkoreksi diri dan menilai kembali sejauh mana tahap cinta kita kepada Allah SWT. jika kita berasa cukup dan sudah tinggi iman kita, maka hakikatnya iman kita masih lagi bermasalah, kerana sebanyak manapun amalan kita, sebanyak manapun cinta kita, kesemuanya tidak mungkin dapat membalas sebanyak nikmat dan rahmat yang Allah SWT telah kurniakan kepada kita. Beribadahlah, berimanlah, dan carilah ilmu sekadar yang terbaik yang kita mampu, semoga kesungguhan dan keikhlasan kita itu dinilai mulia disisi Allah SWT. rasanya cukup lah setakat ini untuk post saya kali ini, sebenarnya banyak lagi perkara yang masih lagi terbuku di hati untuk diperkatakan, tetapi apakan daya dengan ruangan post yang sedikit ini dan masa yang terhad, apa yang dapat saya katakan ialah kesyukuran yang tidak terhingga sepada Allah SWT kerana memberi saya peluang kembali untuk menulis. saya berdoa agak perjuangan ini akan berterusan sehingga nyawa di hujung halkum. biarlah kadang tertangguh tetapi janganlah ia mati ditengah jalan. apa yang saya sampaikan ini adalah datang dari Allah SWT. Segala yang baik itu adalah kesemuanya milik Allah SWT dan segala yang buruk adalah dari kelemahan saya sendiri. Isyallah saya akan terus menulis walau satu ayat kerana nabi SAW pernah bersabda " sampaikanlah dariku walu satu ayat". sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui... wallahua'lam.