Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya...!

:)

Thursday, August 25, 2011

buat baik...buat-buat baik...buat tak baik


bismillah...

emm..sedar tak sedar lagi 5 hari lagi kita dah nak raya..sedar tak sedar umur kita juga semakin meningkat..sedar tak sedar maut itu semakin dekat..sedar tak sedar dunia dah banyak berubah...islam semakin kuat walau dalam berita sering kali menyiarkan tentang kekalahan islam tapi bila dikaji semula banyak negara-negara islam semakin kuat seperti iran, turki, mesir dan libya...kemungkinan kerajaan khalifah akan tertubuh kembali dalam beberapa tahun akan datang...sedar tak sedar dunia semakin dekat kepada penghakhirannya dengan sabda nabi

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagai­mana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengang­kat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekha­lifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fit­nah). Berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah ke­hen­daki. Kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pe­nin­dasan dan penzaliman (Zaman Diktator) dan berla­ku­lah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula Zaman Kekha­lifahan (Imam Mah­di dan Nabi Isa a.s.) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Hadis (Riwayat Ahmad)

marilah sama-sama kita koreksi kembali diri ini, adakah kita bersedia dengan semua ini? adakah kita hanya mahu menjadi orang yang memerhati saja ke atas semua yang akan berlaku?marilah sama-sama kita menjadi agen penggerak dan menjadi penyumbang ke atas kemenangan islam yang pasti..takbir!!!

emm..sesuatu yang besar biasa akan bermula dengan yang kecil begitu juga dengan yang tinggi, memerlukan base yang kuat bagi menahan ketinggiannya supaya tidak tumbang. apa yang saya maksudkan ialah janganlah kita hanya bercita-cita tinggi untuk membuat benda-benda besar sedangkan yang kecil-kecil kita tinggalkan...



pernah tak anda mengalami kejadian di mana, anda sedang memandu kereta dalam keadaan hujan lebat dan hendak masuk ke simpang kanan, ketika itu, jalan hanya ada dua line sahaja dan sesak, anda teraksa memberhentikan kereta di tengah jalan raya yang sesak untuk melintas ke simpangkan. anda melihat kereta belakang sudah beratur panjang, tetapi anda masih lagi tidak dapat peluang untuk belok ke simpang kanan kerana arus kereta yang tak berhenti sejak tadi. tentu anda berasa tidak selesa dan mungkin berpeluh. tiba-tiba sebuah kereta disebelah kanan jalan berhenti dan menyalakan lampu tinggi beberapa kali menendakan orang tu beri laluan untuk anda melintas. "alhamdulillah, baiknya orang nie"..mesti dalam hati anda dengan serta merta memuji kebaikan orang itu kan?.hehe.. tiba-tiba sedang anda melintas sebuah motor laju memotong di hadapan anda, dengan cepat-cepat anda menekan brek, lalu "bodoh! tak ada otak punya orang"..lalu anda teruskan masuk kesimpang tersebut dan memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai goreng pisang yang hanya di jaga oleh seorang wanita tua, anda pun turun dan bertanyakan harga goreng pisang. "berapa makcik?" "seringgit sebiji nak"..dalam hati anda mesti berkata"wah mahalnye, aku beli kat bandar baru 2posen sebiji"..anda melihat makcik tu bersusah payah mengangkat tandan pisang yang nampak berat, "mari makcik saya tolong"..kerana kasihan anda menolong makcik tu.. "terima kasih nak"..disebabkan anda teringin sangat nak makan pisang."saya beli lima ringgit makcik".."nah nak ambil la, tak apa makcik belanja".."wah baiknya makcik nie"...dalam masa yang sama baru anda perasan ada dua orang sedang memerhatikan anda disebelah..dengan tak sengaja anda mendengar.."bodek lebih mamat nie"..dalam hati.."lah dah kenapa budak nie?"..apa perspektif anda melalui cerita ini?

banyak point saya nak amek tapi rasanya tak nak amek semua, yang lain bule pikir sendiri.hehe.

point pertama, buat baik pada orang walau bende tu kecik sangat tapi kadang-kadang ia akan sangat dihargai oleh orang yang sangat memerlukan. kalau kita lihat dari cerita tadi, kalaulah tak ada orang nak bagi laluan, mau tebal muka dan panas telinga kena hon dengan kereta belakang. dengan tak semena-mena, kita telah membuat pahala?uik?.. ya,pahala orang memuji dan pahala orang yang membuat kebaikan.kalau dalam kereta orang tu ada 4orang, tambah lagi pahala, kalau orang tu cerita kebaikan kita untuk teladan orang lain, kita dapat lagi pahala, wah, berganda-ganda!.. senangkan dapat pahala, tapi sedihnya selalu kita tak buat.em..pahala juga boleh digenerate melalui senyum, selalu aja kita dengar "senyum itu sedekah" dan sedekah itu besar pahalanya..keputusannya tetap sama, susah nak senyum..huhu..

tapi ingat...setiap kebaikan itu mestilah dengan ikhlas, sebab, kalau ada sekelumit riak atau apa-apa yang sama dengannya, maka bukan setakat kebaikan yang kita buat tak dapat pahala, malah semua kebaikan lepas juga akan terkesan..sangat menakutkan..

konsep sikit-sikit ni pun boleh jadi pada benda tak baik. macam kita parking kereta tak betol, sampai menyusahkan orang lain. gerenti ada orang yang tak senang, lagi teruk kalau ada orang maki secara tak sengaja. maka jadi lah doa, kalau sehari 40orang maki kita, tak ke buleh makbul..nauzubillah..moga-moga dijauhkan..

sampai kat sini aje post nie, macam tak bes pula berhenti awal-awal, tapi tak boleh nak tulis semua, idea kene simpan untuk post-post akan datang..hehe..quote tok post nie ialah " orang yang bijak dan cerdik adalah orang yang selalu mengambil peluang untuk membuat kebaikan walau kebaikan itu nampak kecil dan sedikit..."

wallahua'lam...

Wednesday, August 24, 2011

bersendirian atau bersamaan

Alhamdulillah dapat juga bangun tadi. Nasib tak telajak macam semalam, menyesal sungguh. harap saya dapat kekalkan prestasi untuk malam besok dan setereusnya..amin.. hehe. itu lah nak mujahadah kene lah harapkan diri sendiri.emm..

"bersendirian atau bersamaan"?

topik yang tersinggah semalam dalam otak, rase kalau tak keluarkan macam tak free pulak kepala ni. ok. persoalan yang timbul, kita ni duduk dalam dunia ni sebenarnya sendiri atau bersama-sama orang lain. jom kita scan sama-sama.

1. kita lahir dari perut ibu, rasanya semua orang lahir sendiri-sendiri kecuali kembar, betul kalau kembar lahir lebih dari seorang tapi dia still sendiri sebab tak dapat comunicate sama, ada ke lahir-lahir kembar tiba-tiba boleh borak sama-sama, takda kan...

2. kita fikir sendiri-sendiri, rasa semua orang akan bermonolog dalam hati sendiri sorang-sorang,(ada ke telepati? wallahualam).. kalau ada siapa-siapa yang pernah bermonolog lebih dari sorang boleh komen nanti.hehe

3. kita dalam kubur pun sendiri-sendiri, semua orang akan di kebumikan sendiri-sendiri. kalau dikebukan ramai-ramai pun di akhirat nanti pun kita sendiri-sendiri.. sebab dalam hadis nabi banyak menyebut, setiap manuasia itu akan dihisab mengikut amalan masing-masing..emm..



bila kita bersama-sama dengan orang?

jawapan nya kita akan sentiasa bersendiri. sebab itu kita lihat ramai orang yang berjaya adalah datang dari diri sendiri. sebab apa? sebab dia fikir tentang diri sendiri. tiada siapa yang dapat menolong kita selain diri sendiri.

dalam quran juga ada menyebut. dalam surah ArRad Ayat 11:

Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka berusaha merubah nasib mereka sendiri”.

tapi dalam kita bersendirian sebenarnya kita juga bersamaan. dengan siapa?..dengan Allah SWT. sesungguhnya Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan hambanya. Allah SWT tahu segala isi hati kita. sedang saya menulis post ini juga adalah dalam pengetahuan Allah SWT, sedang anda membaca tulisan saya ini juga adalah dalam pengetahuan Allah SWT. Begitulah bertapa dekatnya kita dengan Allah SWT.

jangan kita fikir kita bersendirian, kita boleh buat apa sahaja yang kita suka. tapi ada segelintir pihak yang sengaja menduga kekuasaan Allah SWT. mereka sering membuat dosa dengan tujuan untuk melihat balasan Allah SWT. tetapi sesungguhnya Allah SWT maha bijaksana. mereka hanya tertipu dengan diri sendiri. kerana setiap perbuatan itu PASTI akan dibalas di akhirat.

saya bawakan satu cerita yang biasa saya dengar dari kecil sampailah besar. cerita ini biasa saya dengar dari ceramah. pada zaman dahulu terdapatlah sekumpulan anak murid bersama tok guru. pada suatu hari, tok guru ingin menguji anak-anak murid nya kerana ingin menguji tahap ilmu agama yang diajarkan olehnya kepada semua anak muridnya. tok guru tersebut mengumpulkan anak-anak murid nya seraya berkata "ambillah burung ini dan sembelihlah di tempat yang tersembunyi dan jauh dari sesiapapun". lalu kesemua anak muridnya pun pergi dengan membawa seekor anak burung. setelah beberapa ketika. seorang demi seorang anak murid tok guru itu kembali dengan membawa burung yang telah disembelih. tetapi mereka berasa hairan kerana salah seorang dari anak muridnya tidak pulang-pulang sehingga senja. setelah beberapa ketika barulah nampak kelibat anak muridnya yang terakhir dengan membawa burung yang masih bernyawa. tok guru bertanya" wahai anak muridku, kemanakah engkau pergi? kenapa engkau masih tidak menunaikan permintaanku?". anak murid tersebut menjawab " wahai guruku, aku telah pergi ke merata tempat, tetapi masih tidak jumpa kawasan yang tersembunyi, di mana aku pergi pasti ada yang melihat, lalu aku pulang kerana keletihan" "wahai anak muda, siapakah yang melihatmu? semua rakanmu telah menunaikan perintahku" "wahai guruku, sesungguhnya, dimana aku pergi, aku merasa Allah SWT sedang melihatku, aku minta maaf kerana tidak dapat menunaikan perintahmu" "benarlah engkau wahai pemuda, seungguhnya tiada tempat tersembunyi di dunia ini dari pengetahuan Allah SWT"...begitu lah kisahnya...

Dengan adanya rasa ihsan(rujuk hadis 40 imam nawawi) iaitu rasa keberadaan Allah SWT, kita akan sentiasa dapat menjaga diri dari melakukan dosa, inilah sebenarnya benteng orang yang beriman dan bertaqwa. dalam ayat seribu dinar bermaksud

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

pertolongan Allah SWT sentiasa bersama orang yang bertaqwa (orang yang selalu mengingati Allah SWT). sebab itu kita lihat kebanyakan sahabat Rasullullah SAW berhijrah ke merata tempat untuk menyebarkan agama islam tanpa rasa takut sehingga ada sahabat nabi yang berjaya sampai ke negara China iaitu Saad bin abi Waqas. Orang yang mempunyai ihsan yang tinggi akan sentiasa percaya bahawa bantuan Allah SWT ada dimana-mana dan bila-bila masa. semoga kita adalah dalam kalangan orang yang bertaqwa..amin..

satu lagi persoalan timbul, kalau kita bersendirian adakah kita perlu berasa individualistik dengan meninggalkan perihal orang lain?

jika kita jawab "ya", mungkin kita telah terpengaruh dengan fahaman sekular di mana setiap perkara yang dilakukan adalah untuk kepentingan diri sendiri. oleh itu, jawapannya adalah "tidak" kerana dalam islam, walaupun kita bersendirian, kita perlu menjaga hak orang lain kerana islam menekankan konsep menjaga "hablum minAllah wa hablum minannas" bermaksud menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. bertapa islam itu syumul dan luas.

mungkin selalu atau kadang-kadang kita jumpa keadaan seperti ini....kita buat baik dengan orang tetapi tidak dapat balasan dari apa kebaikan dari seseorang. jika keadaan tersebut membuatkan kita berang atau marah, bererti kita kurang faham lagi tentang konsep "menjaga hubungan". sebenarnya kita berbuat baik kepada orang lain adalah kerana Allah SWT, maka Allah SWT sajalah yang dapat membalasnya. dan perbuatan kita itu juga adalah untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT. kerana banyak dalam hadis nabi menceritakan tentang kepentingan menjaga hubungan dengan manusia dengan keredaan Allah SWT. wah nampak tak bertapa kompleksnya hukum Allah SWT dalam menjaga keharmonian agama Islam. sebab tu semua yang kita buat, ada cerita disebaliknya yang perlu kita kaji supaya kita sentiasa dalam jalan yang benar :). oleh itu berbuat baiklah dengan semua orang tanpa mengira balasan atau habuan. percayalah setiap kebaikan yang ikhlas ada balasan baik dari Allah SWT. semua itu akan dapat dilihat diakhirat kelak..:)

ops, lame sudah menaip, lame sudah duduk depan laptop.huhu.ok. kita sambung lain masa. sekian (penutup yg tak menarik haha)



Monday, August 22, 2011

Fokus!..fokus!

Kadang-kadang saya terfikir, bagaimana kebanyakan tokoh-tokoh islam terdahulu mempunyai daya ingatan dan daya fikiran yang sangat kuat sehinggakan dapat menghafal berjuta-juta hadis. seperti imam syafie ketika belajar, imam syafie perlu menutup helaian yang tidak dibaca andai dia sedang membaca suatu helaian kerana jika dia membukanya, tentunya dia akan menghafal kesemua helaian. begitu hebatnya imam syafie. 

seperti biasa bila ada persoalan yang berlegar-legar dikepala saya, maka akan berlegar-legar juga ia mencari jawapan nya walau kadang tidak berapa tepat.huhu. apapun tidak salah mengutarakan pendapat kerana, mengikut apa yang saya baca, mengeluarkan pendapat juga adalah satu proses yang dapat mengasah minda. anda setuju? maka keluarlah teori Dinz. ketajaman minda biasa akan dikaitkan dengan "fokus". fokus bagi saya bererti peka dan berobjektif tinggi. lebih jelas "determination". sesorang yang fokus biasa akan sentiasa penuh dengan objektif dalam kehidupan nya sehingga menjadi benteng kepada anasir luar seperti ideologi-ideologi luar untuk mempengaruhi objektifnya. anda pula bagaimana?


Tahap fokus bergantung kepada beberapa faktor seperti mental, fizikal dan spiritual. beberapa artikel yang pernah saya singgah, menyatakan kesihatan mental adalah perkara utama dalam pembentukan aliran saraf pada sel otak. Ia sangat menpengaruhi pembentukan jaringan atau rankaian yang menyambungkan sel otak pada seluruh badan [sel badan yang menyambung pada sel tunjang]. Pernah saya terbaca, seorang pesakit yang mengalami kemalangan yang mengakibatkan kecacatan otak pada bahagian yang memproses pergerakan organ badan. mengikut teori, pesakit tersebut akan mengalami lumpuh kerana otaknya sudah rosak. tetapi apa yang mengejutkan. dia masih dapat bejalan, makan dan minum seperti biasa. pakar berpendapat, jaringan sel-sel otak dapat menghasilkan tugas yang sama dan dapat menyeimbangi fungsi otak yang telah rosak seperti kaedah hologram. iaitu penghasilan sesuatu fungsi dalam pelbagai arah. menarik bukan? lebih menarik kalau kita tahu bagaimana hendak menghasilkan jaringan yang optimum. mental atau otak dapat dirangsang melalui pelbagai cara, salah satunya adalah dari getaran bunyi. dengan getaran yang betul, resonan yang berlaku dapat mengaktifkan sel otak. selain itu cara berfikir, seperti berfikir secara mnemonic dan loci method. perbuatan yang disertakan dengan minda juga biasa diperaktikkan seperti bola sepak(strategi mengawal rakan dan musuh), silat(merasa pergerakan kurang sesaat untuk bertindak) dan bermain game(mungkin ramai tak percaya game dapat meningkatkan 30% tahap fokus dari biasa..hehe). mungkin banyak lagi...emm

faktor mental mungkin tidak mempengaruhi semua, jom beralih pada fizikal. ingat lagi masa kecik-kecik dulu, banyak makan tambahan yang di beli oleh mak saya tak makan. akhirnya luput tarikh dan buang begitu saja gara-gara tak suka makan "ubat". lepas tahu betapa pentingnya makan "ubat" barulah merayu-rayu minta belikan.haha. ya, memang makan tambahan amat penting memandangkan kemerosotan makanan sihat zaman sekarang. kalau beli ayam, mungkin ayam sudah di injek, kalau beli sayur mungkin telah ditabur kimia dan kalau beli ikan mungkin telah diawet. semua benda tersebut mengurangkan kadar kebaikan asal makan. oleh itu makan lah makanan tambahan terutamanya vitamin B complex. sangat penting untuk fungsi otak. tidur yang cukup juga mempengaruhi kesihatan fizikal. maka, jagalah fizikal badan agar sentiasa sihat untuk mendapatkan minda yang tajam. :)

faktor last sekali ialah faktor spiritual. tidak banyak saya jumpa atau langsung tidak jumpa jika faktor ini dicari dalam buku atau artikel "barat". mungkin mereka kurang percaya bahawa faktor spiritual adalah faktor yang mendomenasi kedua-dua faktor di atas dalam proses penajaman minda.wah. inilah kehebatan Islam yang makin dilupakan. sedar tidak sedar semakin hari kita makin melupakan bertapa pentingnya ilmu akhirat. persekiratan hanya membawa kita untuk sekadar mengejar kejayaan dunia sehingga meninggalkan akhirat. pernah suatu ketika dahulu, Umar Alkhattab r.a berkata selepas berjaya menawan baitulmaqdis. “Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…”

saya kaikan kekuatan spiritual ini dengan ketaqwaan. bagaimana ketaqwaan dapat menghasilkan kekuatan minda? emm...persolan yang subjektif, memerlukan jawapan yang heuristik. mari kita kembali kepada masa lampau bagaimana salahuddin Al Ayyubi ketika melawan Rechard LionHeart dalam menawan Baitulmaqdis. pada tengah malam sebelum hari peperangan, Salahuddin al ayyubi keluar berjalan-jalan di kemah tenteranya dengan senyap bertujuan untuk memantau. beliau melihat ada beberapa kemah yang masih bernyala lampunya. pada keesokannya, dalam proses mnyusun tetera, hanya beberapa unit tentera sahaja terpilih untuk berada dibarisan hadapan. mereka semua adalah orang-orang yang bangun pada waktu malam dan melakukan ibadah tika orang nyenyak tidur. akhirnya, Salahuddin alayubi mendapat kejayaan yang besar dalam peperangan tersebut.

peristiwa sebegini juga berlaku pada zaman sultan muhammad al fateh yang berjaya mrnawan bandar konstantinopal. pada hari jumaat pertama dalam bandar konstatinopal, berlaku masalah dalam pemilihan imam. kerana pada masa itu, pemilihan imam adalah kepada yang terbaik. oleh itu, Sultan pun meminta seluruh tenteranya berdiri dan bertanya, “Siapa di antara kamu yang sejak baligh hingga kini, pernah tinggal sholat fardhu silakan duduk!”. Tidak ada seorang pun yang duduk. Ini bererti seluruh tentera Sultan waktu itu, sejak usia baligh tidak pernah meninggalkan sholat fardhu. “Siapa yang sejak baligh hingga kini, pernah meninggatkan sholat sunat rawatib silakan duduk!” Tanya Sultan lagi. Sebahagian tenteranya masih tetap tegak berdiri dan sebahagian lagi duduk. Jadi ada sebahagian dari tentera Sultan yang sejak balighnya tidak pernah meninggalkan sholat sunat rawatib. Kemudian Sultan bertanya lagi, “Siapa yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan sholat tahajjud silakan duduk!”. Kali ini seluruh tenteranya itu duduk. Yang tinggal berdiri hanya beliau sendiri. Ternyata, rupanya sejak usia baligh Sultan sendiri belum pernah meninggalkan sholat tahajjud. Maka beliaulah yang paling layak menjadi imam sholat Jumaat. Memang benarlah kata Rasulullah SAW, “Sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.”....Berlaku juga pada perang badar. rasanya kalau hendak cerita semua memang tak habis. Memang 100% sejarah kemenangan islam adalah atas dasar ketaqwaan.

Mungkin anda tertanya-tanya, mana jawapan soalan tadi? saya jawab " tiada jawapan". ya, tiada jawapan yang spesifik saya boleh rungkaikan, ia lebih kepada metafizik dan lebih kepada ilmu "samiyyat". tetapi dari hasil kedua-dua cerita tadi, saya rasa jawapannya ada pada orang yang bijak berfikir dan saya tahu andalah orangnya :) maka sama-samalah kita berfikir, bertapa kadang-kadang kita alpa dengan keadaan sekeliling.

ar, lupa pula, tanggal 21 ogos, (semalam) adalah jatuhnya hari al-Qud(boleh google). sama-samalah kita mengingati saudara-saudara kita di Palestin, dan sama-sama kita perjuangkan tanah islam disana. akhir kata, dalam melewati hari-hari akhir ramadan ini, marilah kita tingkatkan ibadah, tingkatkan ketaqwaan tingkatkan spiritual kita kepada Allah SWT. semoga kita dikurniakan ketajaman akal dan minda supaya kita menjadi insan yang cemerlang di Dunia dan Akhirat! Insyaallah..amin ya rabbal alamin..





Friday, August 19, 2011

Ramadan Mission

enjoy this video :)


Thursday, August 18, 2011

Hati bulat hati petak hati kecil hati besar

Assalamualaikum

Fuh lama rasanya tidak memblog, tengok post yang terakhir pun dah tahu berapa lama tuan blog ni tak mengupdate blog. Apapun jangan disangka blog ini mati, ia masih hidup tanpa berpenghuni tapi ia masih bertuan.hehe. Memang saya sudah lama berhajat nak melepaskan idea-idea dalam blog ini tapi apakan daya, perasaan malas mengarang menguasai diri, idea-idea hanya mampu diekspresi melalui status facebook.

emm..kadang kala saya terfikir, sejarah menjadi pelajar Maahad Pontian hanya tinggal sejarah, bertapalah ruginya saya kerana banyak benda yang saya belajar di sana telah banyak dilupakan, kerana fikir saya ketika itu adalah untuk mengejar cita-cita sebagai penyelidik dengan berpindah ke sekolah sains. begitulah manusia, kadangkala kerakusan mengejar dunia melupakan matlamat hidup. nasib baik masih ada rahmat dan kasih dariNYA, saya ditempatkan di UIA. dapatlah saya mengutip kembali ilmu-ilmu yang telah lama saya tinggalkan.

memang terasa ketinggalan dari rakan-rakan yang telah jauh terbang kebumi anbiya untuk mendapatkan ilmu yang dapat menjadi jambatan syurga tapi apabila mendengar ceramah-ceramah ustaz shamsuri yang biasa dibeli oleh ayah saya, sebenarnya tidaklah seseorang itu dianggap ketinggalan selagi hayat dikandung badan. maksudnya, selagi seseorang itu ada hati nak menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah ketika hayatnya, selagi itu dia adalah dianggap orang yang beruntung dan yang paling penting adalah ikhlas.

Bercakap tentang hati, mengikut apa yang saya perhatikan dari keadaan sekeliling dan idea yang terlintas dibenak fikiran saya, timbullah istilah hati bulat, hati petak, hati kecil dan hati besar. dua istilah yang pertama akan digandingkan dengan istilah dua yang akhir akan membentuk sifat yang komplek. biasa kita dengar orang akan cakap "sebulat hati..." ertinya matlamat yang satu. "hati petak" ertinya matlamat yang banyak dalam satu masa. "hati kecil" dalam istilah post ini bererti semangat yang kecil dan "hati besar" adalah semangat yang besar. Gabungan keempat-empat istilah ini akan menghasilkan empat ciri.



jom lihat hasil gabungan yang pertama. "hati bulat yang besar" iaitu seseorang yang mempunyai satu matlamat yang mantap dan bersungguh-sungguh untuk dikecapi. dari hasil pemerhatian saya, orang jenis ni biasa nya akan digelar orang hebat kerana dia akan berusaha sedaya upaya mencapai matlamatnya tidak kira ada gangguan, seboleh-bolehnya nak bejaya.  Orang yang macam ni memang senang berjaya.

bagaimana pula dengan gabungan yang kedua? "hati petak yang besar" bunyinya pun sudah wow... hasilnya...seseorang yang mempunyai banyak matlamat dan dia akan bersusah payah untuk kaut semua matlamatnya. dari yang saya lihat, orang jenis adalah 50/50. Ada orang memang boleh buat banyak kerja dalam satu masa dan semua kerja jadi. itu semestinya kelebihan kepadanya. tapi pada yang tidak...mungkin satu benda pun tak jadi..emm

gabungan yang ketiga..."hati bulat yang kecil" matlamat yang satu semangat yang kecil. walaupun bunyinya kecil tapi semangat yang macam nie biasa berterusan. walaupun orang tu sentiasa jatuh dalam perjalanan, dia akan ada masa bangun dan perjalanan tetap diteruskan. menarik bukan?..huhu..kalau jumpa orang macam ni, bagilah semangat gerenti dia boleh berjaya.

Last but not least, "hati petak kecil" yang ni satu hal juga. susah kalau ada banyak matlamat tapi semangatnya sedikit. selalu saya lihat orang macam ni terawang-awang. entah mana dia nak dia pun tidak tahu. maka saya tinggalkan perenggan ini untuk anda fikirkan sendiri..hehe...

Ingin saya nyatakan, teori yang saya kemukakan di atas adalah tiada kena mengena dengan hambaNYA di muka bumi ini. apa yang saya tulis adalah sekadar untuk mengkoreksi diri sendiri. Dalam meniti kehidupan, kadang kala kita terhilang arah dengan segala bagai benda dari segala arah. Mungkin kita akan tergolong dalam salah satu hasilan teori di atas. oleh itu, mari lah sama-sama kita memperbaiki diri dengan meletakkan satu matlamat iaitu mencapai KEREDAAN Allah SWT dan satu usaha iaitu usaha JIHAD dijalanNYA.

waduh...ada lagi rasanya yang tertinggal, tapi tak dapat nak recall. ni yang malas nak menaip sebab tak pernah nak betul-betul complete..tapi yang sikit ni pun jadi la, asalkan ada dari tiada..huhu..semoga yang sedikit ini menjadi faedah..kalau tidak kepada pembaca..kepada diri sendiri pun jadilah..

akhir kata..salam ramadan..salam sepuluh malam terakhir ramadan.. :)